Friday, June 20, 2014

Terbang Tunduk

بسم الله الرحمن الرحيم




Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

Friday, June 13, 2014

Wednesday, June 11, 2014

Permaisuri

بسم الله الرحمن الرحيم


 


Mahu ku mahu terus
Jadi yang satu untukmu
Mahu terus dalammu mengalir
Menjadi merah darahmu
Biar ke mana
Kau tetap bertakhta

Jika benar cinta itu buta
Biar ku buta kerana cinta
Kerna cinta
Ku sempurna

Jika benar cinta itu buta
Biar hati memberi cahaya
Dan kau pasti
Permaisuri

Mahu ku terus selalu
Menjadi indah mimpimu
Mahu terus menjadi jantungmu
Menjadi nadi cintamu
Sampai ku mati
Kau satu di hati

Dan ku selalu
Arjunamu

Dan kau pasti
Permaisuri
Kau tetap permaisuri

Thursday, June 05, 2014

Aquaria KLCC - Kupon Diskaun di Group On

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum WBT. Saja-saja nak cerita, minggu lepas aku bawa isteri dan anak-anak jalan-jalan ke Aquaria KLCC. Pada awalnya bercadang nak ke Zoo Negara tapi memandangkan harga yang agak mahal bagi poket kecil macam aku, aku buat keputusan untuk ke Aquaria sahaja. Lebih sesuai untuk anak aku yang umurnya baru mencecah setahun tujuh bulan.



Lagi menarik, ada kupon diskaun RM10 untuk orang dewasa dari RM38 jadi RM28 sahaja! Cun dan murah alhamdulillah! Terima kasih Frederick Tay atas informasi canggih tersebut. Tapi nak dapat kupon diskaun tersebut kena beli terus tiket melalui GroupOn (saudara-saudari boleh google terus). Beli terus dari Google On, cetak kupon yang telah dibeli dan bawa bersama ke Aquaria. Diskaun RM10 untuk setiap tiket. Selamat menziarah ikan-ikan dan juga memerang dalam tu!