Thursday, March 26, 2009

Kitabi #2 : Kepadamu Putera Puteriku

بسم الله الرحمن الرحيم


KEPADAMU PUTERA PUTERIKU

-Rohani Sheikh Omar-

kepadamu putera puteriku.jpg

Sinopsis:

Puteriku sayang,
Tidak ada seorang lelaki pun yang melontarkan senyumannya kepadamu, berbicara dengan lembut dan merayu, memberi bantuan dan layanan kepadamu, kecuali atas maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya itu adalah langkah awal untuk memerangkapmu.

Wahai puteraku,
Jangan kau biarkan dirimu menjadi korban dengan hanya kerlingan daripada seorang wanita. Perempuan yang tidak baik biasanya akan cuba sedaya upaya menggodamu dengan suara yang lembut dan merayu. Jangan biarkan dirimu dibawa arus yang pasti akan merosakkan hidupmu itu.

Putera dan puteriku,
Kamu sesungguhnya terlalu mudah jatuh cinta kerana itu adalah perkara normal kepada remaja sepertimu. Cinta yang lahir dari hati yang jujur dan ikhlas adalah tidak pernah bertentangan dengan syariat Islam...

Buku ini sesuai untuk pembacaan para remaja kerana ia mengandungi panduan dan nasihat yang boleh dijadikan amalan untuk persediaan memasuki alam kedewasaan dan rumah tangga. Selamat membaca...

Harga: RM 11.90


....

Sunday, March 22, 2009

Freelance Terbaru

بسم الله الرحمن الرحيم





Projek freelance terbaru kali ini ialah mendirikan rekabentuk dan membangunkan pembentangan e-Pembelajaran menggunakan Macromedia Flash 8.0 Pro (sekarang dikenali sebagai Adobe Flash). Harap maaf, gambar tidak boleh dipaparkan dengan jelas kerana ianya adalah Hak Cipta terpelihara empunya projek tersebut (pelanggan).
Ya Allah jika ada rezekiku di langit maka turunkanlah; dan jika ada rezekiku di bumi maka keluarkanlah; jika sukar maka permudahkanlah, dan jika ianya haram maka bersihkanlah, dan jika ia jauh maka perdekatkanlah, dan jika ia dekat maka permudahkanlah; dengan kebesaran dhuhaMu, keagungan, keindahan, kekuatan, dan kekuasaanMu. Berilah padaku sebagaimana Engkau berikan pada hamba-hambaMu yang soleh.

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Wednesday, March 18, 2009

Ghurabaa'

بسم الله الرحمن الرحيم




Ghurabaa...Nasheed & Lyrics.
Our Prophet :sallallahu alayhi wasalam: said something along the lines of "Islam initiated as something strange, and it would revert to its old position of being strange, so good tidings for the strangers".

(Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah
Ghurabaa' war tadhainaa haa shi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life) 2x

(Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali bit-tughaat
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path) 2x

(Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khulood
We never care about the chains, rather we’ll continue forever) 2x

(Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadeed
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start
Ghurabaa’ hakazhal ahraaru fii dunya-al ‘abeed
Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world) 2x

(Kam tazhaakkarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa`
How many times when we remembered a time when we were happy
Bi kitaabillaahi natloohu sabaahan wa masaa`
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening) 2x


Corrections: The underlined: By Striver
May Allah Subhanahu Wa Ta'aalaa dishonour all those who stand in the way of Al-Ghurabaa' (The Strangers)

Monday, March 16, 2009

Ya Allah, Kurniakan Daku Kekuatan

بسم الله الرحمن الرحيم




Di saat ini aku sangat memerlukan kekuatan dalaman iaitu kekuatan rohani. Ternyata, begitu lemah imanku kerana goyah dan murung bertandang ke tapak jiwa yang telah aku pasakkan kekuatan sebelum ini. Telah tampak kabur dan samar-samar pengisian dalam diri yang tidak mampu memberi sokongan kekuatan pasak itu. Aku penuh dan limpahkan perjalanan seharian dengan kerja dan kesibukkan namun ia tetap ingin bersinggah menyerang tembok diri yang semakin luntur dan retak.

“Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan; dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil; dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.”


“Ya Allah, sihatkanlah badanku, sihatkanlah pendengaranku dan sihatkanlah penglihatanku.”


“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari kekafiran dan kefakiran; Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur, tidak ada Tuhan selain Engkau.”

Wednesday, March 11, 2009

Kun Fa Yakun : Kejaiban Yang Menambah Keyakinan

بسم الله الرحمن الرحيم




Dari malam semalam, talian telefon mudah alih aku telah disekat dek penggunaan yang sudah mencecah had siling yang ditetapkan. Lalu aku masuk ke dalam laman web Celcom untuk pengguna, login dan terus klik pada Payment. Malangnya, sistem tidak dapat berfungsi untuk proses pembayaran bil secara atas talian. Petang tadi, aku membuat bayaran bil melalui CimbClicks dan segera memaklumkan kepada perunding perkhidmatan Celcom bagi membuka sekatan. Paling cepat setengah jam dan paling lewat ialah 24 jam bersamaan dengan satu hari.

Setelah setengah jam berlalu, aku terus mencuba tetapi masih gagal membuat sebarang panggilan dan menghantar sebarang mesej pesanan ringkas. Jam demi jam berlalu tetapi talian yang disekat masih belum dibuka lantaran menyukarkan aku untuk berhubung atas urusan penting. Malamnya aku perlu berjumpa dengan seorang Profesor Madya atas urusan ala-ala rasmi tetapi masalah ini membuatkan aku gusar kerana tidak dapat berhubung dengan wakil beliau bagi memastikan perjumpaan kami berjalan dengan lancar.

Walaubagaimanapun, alhamdulillah kerana setelah wakil beliau menghantar satu pesanan ringkas, aku cuba membalas dan ternyata, Message has been sent. Aku berbalas mesej pesanan ringkas menentukan masa dan tempat tatkala hemat diri untuk ke Melawati lantaran perjumpaan itu. Aku tiada masalah membuat beberapa panggilan kepada wakil Profesor Madya tersebut dan ditakdirkan, aku dan rakan-rakan selamat sampai ke majlis yang begitu mencurah-curah rezeki untuk kami kiranya, alhamdulillah. Perbincangan disamping pengisian oleh Profesor begitu lancar dan penuh berisi mengisi kekosongan ruangan memori-memori kami dan tidak lupa juga mi kari yang mengisi kekosongan perut-perut kami, alhamdulillah.

Selesai, aku dan rakan-rakan pulang ke rumah. Sebaik tiba sahaja di rumah, aku menghantar satu mesej pesanan ringkas buat wakil Profesor tersebut bagi mengucapkan ribuan terima kasih sambil bertanyakan saiz jaket beliau namun, Message barred. Retry? Ahh... masakan begini... disekat lagi? Aku lantas menghubungi lagi khidmat pelanggan Celcom dan bertanyakan masalah talian yang disekat kembali. Perunding tersebut menjawab, "Maaf encik, kes encik masih dalam proses. Sila tunggu selama 24jam." . Aku menjawab yang aku telah menghantar mesej dan membuat panggilan tanpa sebarang masalah sebelum itu. Tetapi jawabnya lagi "Encik pasti encik ada buat panggilan dan hantar SMS? Report kami di sini menyatakan yang talian encik masih disekat dan kami tidak membuat sebarang bukaan sekatan. Kes masih dalam proses.". Aku serta merta terkedu... "Takpelah.. terima kasih." aku terus mematikan panggilan hotline Celcom. Bagaimana pula sebelum pergi ke Melawati untuk berjumpa Profesor boleh buat panggilan keluar dan bila sampai di rumah talian disekat kembali? Lagi menghairankan bila orang Celcom tiada membuat sebarang bukaan sekatan dan kes masih dalam proses.

Hairan? Tiada yang mustahil bagi Allah S.W.T dan ini membuatkan aku bertambah yakin akan kekuasaanNya. Allah telah mempermudahkan urusan dalam perkara ini bagi mempertemukan aku dengan orang yang dikehendakiNya dan alhamdulillah. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Pengampun.

“Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia” (Yasin, 36: 82).
Wallahu'alam...

>>>>>>

Tuesday, March 10, 2009

Temuduga Kerja

بسم الله الرحمن الرحيم


Malam ini aku akan menduduki satu temuduga bagi mengisi apa-apa kekosongan jawatan di dalam UMP Holdings Sdn. Bhd. (InsyaAllah). Penemuduga yang bakal menemuduga aku ialah Prof. Madya Wan Maseri Bt Wan Mohd, salah seorang pakar di UMP dan pernah mencatatkan kecemerlangan apabila berjaya mengeluarkan produk berbentuk sistem yang direka dan dibangunkan oleh pasukan yang diketuai oleh beliau.

Tidak pernah aku berdebar sebegini dan inilah kali pertama aku agak 'cuak' untuk ditemuduga. Di sini agaknya barulah segala kepakaran dan ilmu yang ditimba bakal teruji. Doakan aku tenang dan lancar ketika menjawab segala pertanyaan yang bakal diajukan malam nanti. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku di dunia dan di akhirat ~ Amiin...

Wallahu'alam...

Monday, March 09, 2009

PPSMI - Di Mana Pendirian Bangsa Melayu Kita?

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum W.B.T buat pembaca yang dihormati lagi disegani. Kali ini ingin saya luahkan rasa hati mengenai isu PPSMI yang semakin serius di tanah air kita. Semalam, muka hadapan akhbar tempatan memaparkan isu perarakan untuk menghantar memorandum ke Istana Negara dan aktivis-aktivis tersebut ditemani juga oleh Dato' A. Samad Said, dan rakan-rakan FRU bagi meredakan ketegangan terbabit. Bukan itu yang ingin saya panjangkan tetapi sekadar luahan pendapat tentang-tentang PPSMI, adakah perlu diteruskan atau dimansuhkan sahaja.

Pada pendapat saya, PPSMI iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris mempunyai pro dan kontranya dari pelbagai sudut serta pandangan. Pada awal perlaksanaan PPSMI, ianya tampak seperti gah dan penuh dengan pro berbanding kontranya. Tetapi ura-ura untuk memansuhkan PPSMI timbul pula tidak lama kemudian dan sekarang baru begitu jelas penentangan bagi memansuhkan PPSMI. Apa yang saya lihat sekarang adalah masa depan penggunaan bahasa tersebut. Memang benar lebih mudah bagi kanak-kanak yang sedang membesar untuk memahami dan menangkap sesuatu untuk terus ke dalam minda mereka. Tapi kita juga perlu memikirkan masa depan penggunaan bahasa ibunda kita.

Tahukah anda semua apa itu janjang? apa itu penunu? bagaimana pula dengan pengamiran? Mungkin sekali anak-anak yang diajar di sekolah dengan PPSMI langsung tidak mengenali istilah-istilah tersebut. Cuba kita tinjau sebentar negara-negara maju yang bertamadun. Apakah mereka menggunakan bahasa ibunda ataupun Bahasa Inggeris untuk terus maju ke hadapan. Jepun, Jerman, Russia, Amerika, Perancis hatta China sekalipun menggunakan bahasa ibunda mereka dan mereka begitu patriotik dan berdiri megah untuk negara mereka. Mereka bertapak di atas satu pendirian yang teguh untuk memajukan diri sendiri dan tidak berpaksikan kejayaan bangsa lain semata-mata. Mari kita tinjau pula kejayaan tamadun Islam pada zaman silam. Apakah Al-Khawarizmi dan Ibnu Sina menggunakan Bahasa Inggeris dalam kajian mereka? Oh, saya lupa bahawa Algebra itu pada asalnya ialah Al-Jabar. Orang Inggeris pula yang mengambil istilah arab dan menjadikannya istilah ibunda mereka sendiri.

PPSMI memang mampu menaiktaraf Bahasa Inggeris generasi baru kita tetapi dalam pada yang sama ianya membunuh bahasa ibunda kita. Tinjau saja di bandar-bandar dan ibukota kita zaman ini. Ibubapa sudah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dan bilakah mereka berinteraksi menggunakan Bahasa Melayu? Semasa subjek Bahasa Melayu yang selama 4 jam seminggu itukah?

Bagi saya, penekanan perlu diberi kepada Bahasa Melayu disamping menyelitkan istilah Bahasa Inggeris bagi mengelakkan tenggelamnya bahasa kita.

Wallahu'alam...

.........

Sunday, March 08, 2009

Kemalangan Di Kala Senja - Kifarah Lagi?

بسم الله الرحمن الرحيم


Baru-baru ini aku selalu hilang tumpuan dan seringkali melompat masuk ke awangan tanpa amaran oleh fikiran secara tiba-tiba. Sering juga kemalangan hampir berlaku dek kehilangan tumpuan secara spontan ini dan baru sahaja tadi, sebuah Honda c70 lampu petak merempuh kuat bahagian tepi depan kereta Mak yang dipandu aku. Ahhh... Bagaimana sahaja boleh terjadi... Lampu isyarat ke kanan sudah ku beri... Redha... perlu redha dan pasti redha dengan segala ketentuanNya. Mungkin sekali samar-samar senja menjadi tambahan sebab. Besar hikmahnya dan kali ini aku terlepas solat maghrib berjemaah tepat waktu kerana insiden berlaku benar-benar di hadapan pintu masuk Masjid di Batu Caves. Salah penunggang itu juga kerana memotong di garisan kembar. Siapa suruh, sudah baik-baik sahaja aku berikan lampu isyarat dan hendak membelok ke masjid tiba-tiba datang tanpa diundang sambil melanggar undang-undang.

Syukur alhamdulillah cuma C70 penunggang yang dikenali sebagai 'Gboy' (setelah berkenalan untuk sesi ganti rugi di kemudian hari) dan kereta Mak sahaja yang cedera. Insiden yang pasti akan lebih mengingatkan aku untuk berhati-hati dan lebih kerap menjeling ke arah cermin sisi demi mendapatkan kepastian yang lebih tinggi dan untuk mengelakkan kemalangan seperti ini berlaku lagi.

Aku muhasabah diri dan baru sahaja aku teringat. Ah, ini pasti kifarah dosa hari ini. Petang tadi Mak pesan beli Bahulu Classiq di Jusco Equine tetapi aku abaikan sebab bahulu tu untuk adik di rumah dan aku agak malas untuk ke Jusco memandangkan hari ini hari Ahad dan sudah pasti tempat letak kereta penuh sepenuh-penuhnya. Maafkan anakmu, Mak kerana tidak patuh suruhanmu. Tapi jangan risau sebab dah beritahu pada Mak sejurus kemalangan berlaku dan Mak pun dah cakap 'okay'. Ya Allah, ampunkan dosaku kerana kadang-kadang terleka dengan suruhan ibuku...

Wallahu'alam...

..........

Saturday, March 07, 2009

Maulidur Rasul dan Mid Term

بسم الله الرحمن الرحيم




Khutbah Jumaat yang lalu banyak memetik tentang sirah Rasulullah S.A.W bersempena dengan Maulidur Rasul pada 9 Mac ini bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1430H. Di antara cerita yang dibaca oleh khatib pada hari itu adalah mengenai kehidupan Rasulullah S.A.W dan yang paling kuat menusuk ke dalam ingatan ialah perihal penyembahan taghut pada waktu itu. Taghut adalah sesuatu sembahan selain dari Allah S.W.T dan pada zaman Jahiliyah taghut terdiri daripada berhala-berhala, pohon-pohon nan rimbun, batu-batuan dan gunung-ganang yang rupanya gagah. Bukan itu sahaja malah api dan juga haiwan turut menjadi sembahan.

Kini, akhir zaman sudah menghampiri. Perilaku manusia semakin jahil dan menandakan zaman Jahiliyah sudah kembali. Taghut pada zaman ini mungkin bukan lagi seperti di zaman Jahiliyah sebelum kerasulan Rasulullah S.A.W tetapi lebih moden iaitu pelbagai ideologi yang karut-marut, pembesar-pembesar hidung tinggi yang dipuja-puja, artis-artis yang disanjung-sanjung serta dimartabatkan lebih tinggi dari keagungan Allah S.W.T. .

Berwaspadalah kita insyaAllah. Aku pun perlu sentiasa beringat-ingat dan berjaga-jaga agar tidak terjerumus mengikut nafsu dan hasutan yang sentiasa memburu iman yang dipupuk. Entri kali ini aku tuliskan ketika berada di rumah Mak Bah sambil menunggu adik bongsu bersiap-siap untuk dijemput ke rumah Telok Mas. Peperiksaan Mid Term yang menanti benar-benar di anjung Hari Keputeraan Rasulullah S.A.W. 10 Mac bakal merentap segala otot-otot di kepala dengan keserabutan assignments yang diberi.

Test Operating Systems - 10 Mac
Test Engineering Physics II - 10 Mac
Test Innovation Management - 11 Mac
Test Real-Time & Embedded Systems - 13 Mac

Assignment Engineering Physics II - 10 Mac, 13 Mac
Lab Reports Operating Systems - 10 Mac
Assignment Professional Communication II - 10 Mac
Berwaspadalah Huzaifah!! Di kala kerisauan dengan beban-beban tersebut, masih terpaksa berjalan ke Melaka dan ke Puchong (ikhlas demi Mak tercinta) namun tidak mengapa, kerana kasih dan cinta Mak di bawa hingga ke syurga ~ Lupa nak tambah. Tengah menaip-naip entri ini, pakcik aku Pak Cu bawa pulang ikan parang yang agak besar. Baru balik dari memancing di laut. Alhamdulillah ada rezeki...


Wallahua'alam...

Friday, March 06, 2009

Melupakan Masa Lalu : Bagaimana?

بسم الله الرحمن الرحيم




Hari ini aku terbaca "Learn to forget the past", tajuk blog yang baru dikemaskini di http://blog.kusu.cc/ . Menarik lagi tertarik lantas aku pun tidak membuang masa dan klik pada pautan berkenaan. Mungkin sekarang ini memang keadaannya paling sesuai lagikan seperti si Kusu tu menulis untuk aku. Aku pun terus membaca segala yang terpapar dalam ruangan penulisan berkenaan. Ringkas tapi padat dengan pengertian untuk orang yang mengalami masalah macam aku sekarang. Masalah apa? Masalah dah terjauh dari sumber yang mampu menenangkan sekelian makhluk di samping membekalkan kuasa untuk terus hidup dengan penuh yakin dan bersemangat. Terima kasih Encik Kusu!!

“I learn to forget the past. Because there is no future in the past.”

But wait.. Al Quran always remind us by telling the past time story called “Sirah”. Maybe you realized it or not, 2/3 of the holy Quran stated about the Sirah. Because why? We learn from mistake. Thats all.

Kronologi senang. Jika kau berjalan hari ini ke sesuatu tempat, tiba-tiba kau termasuk ke dalam lubang najis tanpa kau sedari. Esok atau mendatang, korang mesti takkan lalu jalan tu dah kan. Itu dah pasti. Pekejadah nak masuk lubang yang sama berulang kali.. hee..

I’m now back to the basic. Al Quran :grin:

Kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku tengah sedih. Bila orang tengah susah hati, baru dia nak ingat tuhan kan. Sombong punya manusia.

Ini petikan dari penulisan blog Kusu. Pinjam sebentar ya Encik Kusu! Memang begitulah manusia, aku pun ada menyelitkan firman Allah mengenai manusia yang hanya bertaubat dan mengingati Allah ketika ditimpa musibah dan kembali kepada kemungkaran bila nikmat sudah didepan mata (Sila baca entri sebelum ini).

Hohoh... Apa la nak jadi dengan aku ni yang semakin lemah.. 0o0oppss.. Mari mari kita cas semula iman dalam diri kita supaya kembali berkuasa insyaAllah...

"Back to the basic. Al-Quran & Sunnah"


Wallahu'alam....

Kredit untuk http://blog.kusu.cc/ kerana ikhsan gambar dan petikan penulisan beliau.

.................

Tuesday, March 03, 2009

T-shirt Linux || Linux T-shirt

بسم الله الرحمن الرحيم




Tengah malam tadi ketika kekacauan jiwa melanda, aku telah menyiapkan rekabentuk baju Linux terbaru iaitu T-shirt berkolar, leher bulat dan juga ' quikcdry'dengan logo Tux di bahagian hadapannya. Sudah pasti inilah yang ditunggu-tunggu selama ini sebab aku sendiri pun sudah lama mencari baju Linux seperti ini namun apakan daya kita berada di Malaysia. Sukar hendak aku bertemu dengan produk Linux di negara 'Tetingkap" ini.


Saiz : XS, S, M, L, XL, XXL

Harga :

Berkolar = RM25
Round-neck = RM20





Quick-Dry = RM24




Penghantaran : Poslaju = RM6

Hubungi : huzaifah@huzaifah.org
/ 0162384416

.......................

Monday, March 02, 2009

Demam Lagi? Aku dan Saya Dalam Hijrah Huzaifah.

بسم الله الرحمن الرحيم





Hari ini aku demam lagi. Kifarah dosa lagi agaknya. Semoga Allah S.W.T menghapuskan dosa-dosa aku di dunia ini dengan balasan sakit sebagai ganti balasan di akhirat. Sesungguhnya sudah pasti aku tidak dapat menahan azab di akhirat kelak. Kali ini ingin saya ceritakan tentang penggunaan bahasa dalam Hijrah Huzaifah. Jika anda semua biasa mengunjungi dan mengimbas sedikit sebanyak artikel dan kupasan di blog ini, sudah pasti anda dapat melihat perbezaan penggunaan bahasa di segenap penulisan yang saya tuliskan.

'Saya' dan 'Aku' adalah ganti nama yang sama maksudnya tetapi mempunyai nilai yang tersendiri di dalam penggunaannya. Di Hijrah Huzaifah ini, terdapat hasil tulisan yang menggunakan 'Aku' dan juga terdapat penulisan yang menggunakan 'Saya'. Mengapa bukan 'Aku' sahaja? Dan mengapa tidak 'Saya' sahaja? Tidak selaras? Mungkin itu yang anda rasakan tetapi saya mempunyai alasan yang tersendiri di sebalik penggunaan dua ganti nama tersebut.

Saya menggunakan 'Saya' ketika menulis sesuatu yang formal seperti artikel, tazkirah, lontaran pendapat dan sebagainya. Ianya lebih sesuai kerana lebih sopan kepada pembaca-pembaca yang tidak mengenali diri saya dan secara tidak langsung menjadikan penulisan itu formal. 'Saya' menunjukkan juga karya itu lebih serius dan sesuai untuk dibaca oleh segenap lapisan masyarakat tanpa berbaur apa-apa perasaan yang kurang menyenangkan.

Manakala 'Aku' digunakan ketika meluahkan perasaan yang terbuku, dan juga perjalanan hidup atau jurnal kehidupan diri ini. Lebih mudah dan lebih mendalam nilainya. Seperti contoh, penulisan yang dilabelkan dengan 'hijrahku' lebih banyak menggunakan ganti nama 'Aku' kerana ia memaparkan perjalanan hidup yang dilakarkan sedikit sebanyak ke dalam blog ini. 'Aku' juga digunakan ketika penulisan itu seolah-olah luahan hati kepada diri sendiri dan juga ketika berkata-kata dengan empunya badan yang menulis. Lantaran penggunaan bahasa yang mudah dan kurang formal, menjadikan penulisan itu lebih realistik dan tidak terlalu formal. Ringan dan ringkas untuk dibaca.

Semoga perkongsian ini dapat memberi lebih kefahaman kepada semua pembaca Hijrah Huzaifah. Teruskan menyokong saya di masa hadapan dan InsyaAllah, saya akan terus menulis dengan segala kudrat yang ada. Terima kasih atas sokongan anda sekelian.

Wallahu'alam.

................