Sunday, August 30, 2009

Tips Untuk Laptop Yang Panas!

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum w.b.t, adakah anda merasakan bahawa laptop anda mampu memanaskan telur sehingga ke tahap boleh menjadi telur mata goreng? Ramai diantara kita yang menggunakan laptop cooler pad sebagai jalan penyelesaian dan menganggap bahawa masalah telah selesai. Namun begitu sedarkah anda bahawa sebenarnya laptop cooler pad hanya menyejukkan bahagian luaran laptop dan bukan bahagian yang sepatutnya disejukkan. Walaupun begitu, laptop cooler pad masih memberikan kesan yang positif walaupun hanya sedikit.

Bahagian dalam laptop yang menjadi punca utama kepanasan dikenali sebagai Cip Unit Pemprosesan (Processor/CPU) dan juga Kad/Cip Grafik (Graphic Card) yang juga dikenali sebagai GPU (Graphic Processing Unit) dimana semakin laju atau semakin berkuasa kedua-dua cip berkenaan maka semakin tinggi juga haba yang dihasilkan. Memang menjadi lumrah, tenaga kinetik yang lebih laju menghasilkan haba yang lebih banyak sepertimana meteor yang jatuh dari angkasa menghasilkan haba yang terlampau akibat dari geseran dengan udara.

Justeru, bagi melegakan hati semua pengguna laptop dan tidak menjadikan laptop mereka sebagai 'kuali untuk menggoreng telur mata', saya kongsikan sedikit tips mengenai kepanasan laptop dan cara-cara mengatasinya.



Bagaimana untuk mengetahui suhu laptop saya?
Kebanyakan laptop masakini dilengkapi dengan sensor bagi mengesan suhu CPU dan juga GPU. Suhu ini boleh dilihat menggunakan perisian tertentu seperti SpeedFan yang boleh digunakan pada hampir semua jenis laptop dan juga Nvidia nTune untuk maklumat yang lebih terperinci bagi laptop yang dilengkapi dengan cip Nvidia.

Muat turun SpeedFan di sini!
Muat turun Nvidia nTune di sini!

Berapakah suhu yang ideal bagi sesebuah laptop?
Bukan semua jenis laptop mempunyai suhu yang sama mengikut penggunaan. Ini disebabkan kerana setiap jenis laptop mempunyai CPU dan juga GPU yang berbeza. Suhu laptop diklasifikasikan kepada dua iaitu :
  1. Idle Temperature - Penggunaan laptop yang minima tanpa menggunakan perisian yang membebankan.
  2. Maximum Temperature - Penggunaan laptop dengan beban yang tinggi seperti memindahkan data yang banyak (copy files) dan juga permainan komputer 3D yang berspesifikasi tinggi.
Suhu yang ideal bagi sesebuah laptop ialah :

50'C < Idle Temperature < 70'C
70'C < Maximum Temperature < 85'C


Sekiranya laptop anda mencapai ke 85'C dan keatas, maka anda mempunyai laptop yang telah melebihi suhu ideal dan ini boleh menyebabkan jangka hayat laptop anda menjadi singkat dan kebarangkalian untuk laptop anda menjadi rosak adalah lebih tinggi. Jaga-jaga agar laptop anda tidak menjadi pengganti kuali anda di dapur!

Mengapakah laptop saya begitu panas?
Pengaliran haba bagi laptop adalah kurang baik berbanding dengan komputer peribadi desktop dan ini disebabkan oleh faktor saiz yang kecil mengakibatkan haba tidak boleh dialirkan dengan baik. Terdapat laptop yang bersuhu ideal dan juga tidak ideal. Kebanyakan laptop yang panas adalah laptop yang mempunyai CPU yang berkuasa tinggi seperti Core 2 Duo 2.0 Ghz dan ke atas serta GPU yang mantap seperti keluaran dedikasi Nvidia dan juga Ati.

Tips mengurangkan kepanasan laptop
  1. Gunakan laptop cooler pad.
  2. Jangan menghadang ruang pengaliran haba (lubang-lubang di tepi atau belakang laptop).
  3. Tinggikan bahagian bawah laptop (bahagian yang terdapat kipas).
  4. Jangan guna laptop dipermukaan yang kurang mengalirkan haba seperti kain dan tilam.
  5. Kurangkan penggunaan yang membebankan seperti permainan komputer 3D.
  6. Ubahsuai sistem penyejukan laptop agar lebih efisyen!
Laptop saya masih begitu panas. Apa yang patut saya lakukan?
Sekiranya suhu laptop anda masih begitu tinggi iaitu melebihi suhu ideal, anda perlu melakukan pengubahsuaian pada sistem penyejukan dan pengaliran haba laptop anda. Anda boleh merujuk pada saya bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pengubahsuaian tersebut.

Apa yang akan berlaku sekiranya saya membiarkan laptop saya kepanasan?
Laptop anda berisiko untuk rosak lebih cepat dan komponen yang paling berisiko ialah motherboard. Anggaran kos bagi menggantikan motherboard dan membaikpulih laptop anda adalah sekitar RM500 - RM2000 bergantung kepada jenis laptop anda.

Berapakah harga bagi pengubahsuaian sistem penyejukan laptop saya?
Dengan kos yang serendah RM100, anda boleh mengurangkan suhu CPU dan GPU anda sehingga 10% - 30%. Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut!

Wallahu'alam....

Friday, August 21, 2009

Ahlan Wasahlan Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum w.b.t, saya kira bulan yang penuh kemuliaan ini bulan yang kita tunggu-tunggu selama ini. Ramadhan sering mengingatkan kita tentang 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang sentiasa perlu ditanam dalam ingatan.

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w., antara lain menyatakan perguna lima perkara sebelum datang lima perkara; masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin dan masa hidupmu sebelum mati.

Maka, saya mengajak rakan-rakan muslim sekelian marilah kita pulun habis-habisan beramal dan rebut segala peluang yang ada di bulan yang tersedia dengan rahmat tanpa putus ini, insyaAllah. Sebagai menutup tirai bicara kali ini, saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa ~

Wallahu'alam.

Thursday, August 13, 2009

Ustaz Asri Rabbani, Kembali Ke Rahmatullah

بسم الله الرحمن الرحيم


Ketua Kumpulan Rabbani Meninggal telahpun meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat.


Ikhsan dari http://blog.kusu.cc/

Jelajah Berbasikal Merdeka 2009 @ UniKL City Campus

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum w.b.t. Setelah agak lama memencilkan diri dari penulisan blog yang sepi lagi menyepi, baru aku perasan tulisan terakhir aku ialah pada 22 Julai yang lalu. Lantas aku meringankan tulang-temulang jari-jemari aku untuk menulis kali ini. Isnin yang sudah, aku mengikuti program Le Tour D' Sepang, jelajah berbasikal sejauh 114KM anjuran UniKL Kampus Kota (City Campus) bersempena dengan sambutan kemerdekaan negara kita yang ke-52. Perjalanan yang bermula di halaman bangunan UniKL tersebut berakhir di Bagan Lalang Resort, Sepang. Seramai lebih kurang 37 orang peserta yang terdiri dari pelajar UniKL Kampus Kota menjayakan program ini dan alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Tidak ingin aku ulaskan lebih panjang lebar lagi dan sekiranya kamu-kamu sekelian ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila klik di sini

Wallahu'alam...