Thursday, August 29, 2013

Android 4.3 JellyBean For HTC Sensation XE / Pyramid (CM10.2)

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum WBT. I have already tested the latest version of Android 4.3 JellyBean on my Sensation XE. Though it is not the official release by HTC, it is still one of the most trusted release which is based on CynogenMod 10.2. The update is pretty neat with all the function working except for few minor bugs. You can get the ROM on the xda forum. Here is the link http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=2402665.

If you are looking for how to root the phone and flashing custom ROM, see my old post here http://www.huzaifah.org/2012/05/how-to-root-htc-sensation-xe-official.html.

Wallahu'alam.

Wednesday, August 28, 2013

Video : Fakta Sebenar Untuk Syiah. Salasilah Keluarga Khulafa Ar-Rasyidin.

بسم الله الرحمن الرحيم



Ini adalah klip dari kuliah "The natural successor-Abu Bakr [ra] The Shia Sunni debate (Pengganti alami -Abu Bakr [ra] Debat Sunni Syiah" di mana ramai dari kalangan muslim yang tidak mengetahui fakta ini tidak kira Ahlisunnah mahupun dari kalangan Syiah sendiri.

Sheikh Mumtaz Ul-Haq menceritakan tentang bagaimana para Ahlu Bait menamakan keturunan mereka dengan nama Abu Bakar, Umar dan Uthman. Pernikahan para Ahlu Bait dengan Abu Bakar, Umar dan Uthman.

Hayatilah. Wallahu'alam...

Monday, August 26, 2013

Video : Harimau Pelihara Anak Babun. Sayang Itu Sunnatullah.

بسم الله الرحمن الرحيم



Seekor harimau bintang betina memelihara anak babun yang baru dibunuh ibunya. Haiwan pun tahu erti kasih sayang. Manusia pula bagaimana?

Al-fatihah buat saudara-saudara kita yang terkorban di medan jihad Syria, Palestin, Mesir dan seluruh dunia.

Video : Si Cilik Comel Mengaji Quran. Kagum!

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum WBT. Di kala YouTube dan Facebook dipenuhi dengan video-video yang dirakam oleh masyarakat Melayu hasil dari angin taufan barat dan negara-negara bukan Islam seperti GYOMI yang sekadar merosakkan lagi akhlak remaja Islam, inilah video yang paling dikagumi sekali!

Semoga menjadi titik-tolak anjakan paradigma ibubapa di tanah air ini untuk mendidik zuriat mereka dengan didikan Islam. in sya Allah.

Wednesday, August 21, 2013

[MTV] Black - Takkan Terpisah

بسم الله الرحمن الرحيم


Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku
Tersimpan takkan pernah berubah
Andainya kau tahu
Apa maksudku lafazkan cintaku padamu
Dengan cara yang berbeda
Mengapa seharusnya kita masih bersengketa

Demi cintaku demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta
Takkan terpisah
Takkan terpisah
Andai ku tak mampu
Leraikan semua kekusutan yang melanda percintaan kita
Mungkin ini semua
Tetap menjadi satu pertanyaan selagi hati belum ada kepastian
Mengapa seharusnya kita masih bersengketa

Demi cintaku
Demi cintamu

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku

- Takkan terpisah hingga ke syurga in sya Allah - 

Monday, August 19, 2013

Inilah Sebab Pengkhianat Mesir Menggulingkan Dr. Mohamed Morsi

بسم الله الرحمن الرحيم




Saudara-saudaraku, lihat dan hayatilah video ini. Pasti bulu roma kalian akan meremang kerana inilah pemimpin ISLAM yang ditakuti dan digeruni musuh ISLAM. Lihat bagaimana ISLAM disuntik dalam kalangan rakyat MESIR!! Alangkah indahnya~ Aku berimpian akan ada pemimpin seperti Dr. Mohamed Morsi [Presiden Mesir] di MALAYSIA khususnya dan seluruh negara yang mengaku agama rasmi sebagai agama ISLAM amnya yang akan meremangkan bulu roma mujahid di MALAYSIA~ ALLAH ALLAH ALLAHUAKBAR!! Ingat ISLAM tetap akan menang, tapi bukan mudah sebab syurga ALLAH itu mahal.

Parlimen Jerman Berkabung Untuk Mesir. Malaysia...?

بسم الله الرحمن الرحيم


Ahli Parlimen Jerman berdiri sebagai tanda berkabung


Allahuakbar!!
Kelihatan keseluruhan Ahli Parlimen Jerman berdiri beberapa minit sebagai tanda berkabung kepada roh-roh rakyat Mesir yang syahid sekaligus mengutuk tindakan yang dilakukan oleh Jeneral As-Sisi dan tenteranya.
Tentera Mesir pula tergamak membakar mayat-mayat para syuhada!!
Ahli-ahli Parlimen Malaysia masih sibuk dengan rumah terbuka ke?
Manakala Parlimen Malaysia masih teragak-agak atau enggan mengadakan sidang tergempar.

Sedang Rasulullah saw telah memberi ingat;
" Barangsiapa yang berpagi-pagi dan fokus keutamaan dalam dirinya perihal dunia semata-mata, tiadalah Allah punyai apa-apa urusan untuknya, dan barangsiapa yang tidak mengambil tahu berkenaan urusan kaum Muslimin yang lain, tidaklah mereka dalam kalangan mereka (muslim)" ( Riwayat At-Tabrani, Majma' Az-Zawaid, 10/248 ; terdapat perawi bertaraf Matruk)

Dipetik dari :  http://mhuzazi.blogspot.com

Sunday, August 18, 2013

'Repair' Sport Rims Bengkok atau Rosak

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum WBT. Ni nak cerita tempat baikpulih sport rims kereta yang bengkok ataupun dah rosak. Sekian maklum jalan kat tanah air kita ni memang "cantik-cantik" sampai dah jadi kebiasaan pemandu terpaksa mengelak lubang macam main game lumba kereta. Sebelum raya baru-baru ni aku ada hantar dua biji sport rims kereta aku yang dah bengkok kritikal untuk dibaikpulih sepenuhnya. Nak beli lain tak mampu, makanya terpaksalah repair sahaja. Aku tak pernah hantar untuk repair sport rims sebelum ni melainkan hanya tahu yang kedai-kedai tayar boleh tolong hantarkan dengan kadar bayaran lebih kurang RM100-RM120 untuk setiap satu.

Di zaman serba-serbi canggih yang penuh dengan jaringan maya, aku pun menggoogle tempat yang boleh repair sport rims kereta. Daripada forum-forum internet, Wan Sing Sportrims Services adalah tempat yang dicari. Aku tak pernah tengok dan tak pernah tahu macam mana dia orang ni buat untuk pulihkan balik sport rims yang dah bengkok. Tambahan pula sport rims kereta aku yang dua biji tu memang bengkok amat sampaikan tayar pun rosak. Aku bayangkan dia orang ni mesti ada mesin yang canggih memang khas untuk baiki sport rims. Sekali masuk terus elok. Macam tu la agaknya kan.

Tapi setibanya aku kat Wan Sing Sportrims Services, sangkaan aku meleset. Tempat dia macam kedai jual tayar buruk. Macam kilang pagar besi pun ada jugak. Hati dah lain macam. Betul ke dia orang ni boleh repair sport rims kan? Lepas aku parkir kereta depan kedai tu, keluarlah seorang lelaki cina. Edwin namanya. Dia tunjukkan dalam kedai dia sport rims yang dah siap dibaikpulih. Aku tengok salah seorang pekerja sedang khusyuk mengetuk rim yang ligat berputar atas mesin. Lagak pekerja tu memang sangat pakar. Ketuk sambil rim kereta tu tengah pusing. Aku borak-borak dengan dia pasal ketuk rim ni. Sing nama dia. Dah sepuluh tahun kerja, memang pakar habis la jawabnya. Sambil-sambil ketuk, dia panaskan pakai api welding untuk melembutkan rim lepas tu sambung ketuk lagi. Dia orang ni memang bukan pakar kereta tapi pakar besi! Mesin-mesin kelihatan old school, sekadar memutarkan rim. Tapi kepakaran mereka tak dapat dinafikan.

Ilmu dan bahan yang Allah dah bagi pada kita manusia. Disebutkan lagi dalam surah Al-Hadid.

Surah Al Hadid, Ayat 25
Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Dipendekkan cerita, dia orang pinjamkan aku rim sementara untuk siapkan dua biji sport rims aku. Aku hantar pukul 12 tengah hari boleh siap dalam pukul 5 petang. Aku pesan untuk pasangkan sekali tayar baru yang aku beli. Senang kerja tak perlu dua tiga kali. Dia orang akan betulkan rim siap buat on wheel balancing. Lepas dah siap semua, bayaran hanya RM60 untuk sebiji sport rim 17 inci (asalnya RM70 tapi diskaun sebab pakai keahlian MyForte Club). Murah kan? Memang sedap pandu kereta dengan sport rims yang sudah disempurnakan kembali. 160km/j pun tak bergegar. Masih terasa amat lancar. Jadi, aku sangatlah menyarankan pada sesiapa yang ada masalah dengan sport rims kereta tu, boleh hantar ke Wan Sing ni. Jangan kata rim bengkok, yang berlubang besar penumbuk pun boleh baiki lagi. Cayalah. Ilmu Allah yang setitik ni Allah bagi, kalau kita kuasai in sya Allah memang jadi pakar.



Brother Sing, pakar besi

Bahagian hadapan kilang

Mesin baikpulih 



Ni butiran kedai Wan Sing :

Lokasi :

View Larger Map

Bersebelahan dengan KIA 3S (seberang jalan).

Friday, August 16, 2013

Dataran Yang Mencengkam

بسم الله الرحمن الرحيم


Lalu kau mulakan dengan setitik hitam
Langkah perlahan meniti anak-anak tangga usia
Memalit tompok biarpun kau bersujud
Bisikan membentuk cangkuk-cangkuk
Menarik kuat lantas jatuh berdarah kembali

Lalu sudah bertompok-tompok
Masih mencangkuk diparut-parut
Pada Tuhan kau masih bersujud
Hilang tidak jua parut luka dicarik cangkuk
Terlalu indah cangkuk memaut

Lalu menjadi dataran yang mencengkam
Tatkala cangkuk cuba kau lepaskan
Semakin dalam cengkaman tertusuk
Menarik kembali ke lubuk busuk
Sujudmu masih belum sampai ke ufuk

Lalu dataran yang mencengkam kau patahkan
Cangkuk-cangkuk cakaran tajam kau lumpuhkan
Larilah dikau dari dataran yang mencengkam
Sujudkan dahimu ke bumi Tuhan
Padamkan jemu dari kamus hidupmu
In sya Allah, Tuhan ampunkan
Hidup lalumu dalam dataran


Dataran Yang Mencengkam
Abu Khalifah
8 Syawal 1434H
16 Ogos 2013

P/S: sajak ini tiada kaitan dengan orang lain melainkan diri sendiri, tq!