Friday, June 26, 2009

Hindari Wabak H1N1 Dengan Doa

بسم الله الرحمن الرحيم

Saban hari sering merisaukan kita dengan peningkatan angka penghidap H1N1 di Malaysia tercinta ini. Keadaan yang lebih buruk mungkin berlaku sekiranya kita sebagai rakyat selaku masyarakat dan nadi penggerak negara, tidak mengambil langkah-langkah mencegah dan merawat dengan segera. Mungkin, usaha itu ada dilakukan dan sesungguhnya ia tidak lengkap tanpa tawakkal memohon ke hadrat Allah s.w.t. . Justeru, saya sertakan di sini doa menghindari penyakit dan wabak seperti H1N1. Bersama-samalah kita memohon dariNya, semoga Allah s.w.t. memelihara kita dari wabak ini insyaAllah.


Wednesday, June 17, 2009

Roti Canai Perisa Tapak Kaki

بسم الله الرحمن الرحيم


Beberapa hari yang lalu, saya sekeluarga makan di Kembangan Paradise sebuah restoran tunggal yang paling hampir dengan Kondo Rimbun, Bandar Putra Permai. Malam itu, ayah saya berborak dengan tuan punya restoran yang juga sahabat lamanya. Antara cerita yang begitu menarik perhatian saya ialah mengenai restoran mamak muslim yang sebenarnya tidaklah 100% muslim kerana ramai pekerja mereka terdiri dari mamak atau india yang beragama Hindu.




Yang paling mengejutkan ialah tepung roti canai yang diuli dengan kaki. Ini bukanlah satu khabar baru kerana sebelum ini sudah juga kedengaran di corong-corong angin namun saya tidak mengambil sepenuhnya kerana kesahihan yang tidak dibuktikan. Kemudian saya mengambil keputusan untuk menyiasat sejauh mana kebenaran cerita tersebut. Menurut Haji kawan ayah saya tersebut, restoran berkenaan telah ditutup dan bertempat di Seri Kembangan.

Lagi baru, saya menjengah ke blog ujie.com dan terdapat cerita mengenai restoran Ali Maju di Rawang. Di situ, seorang rakan penulis ujie.com telah melihat sendiri tepung roti canai diuli dengan kaki. Bukan itu sahaja, untuk pengetahuan umum, restoran Ali Maju tersebut bukanlah restoran muslim bahkan ianya restoran Kristian. Bukan ingin menyatakan salah kerana ianya restoran bukan Islam tetapi salah kerana bertopengkan restoran mamak muslim.

Lantaran cerita panas ini, saya telah mengangkat ikrar kepada diri saya sendiri untuk tidak makan roti canai di mana-mana restoran mamak dan mungkin sekali memboikot restoran mamak. Maaf wahai pengusaha-pengusaha restoran mamak sekelian.

Maka, saya berpesan kepada semua pembaca yang melintas mahupun terlintas di laman saya ini untuk lebih berhati-hati dalam memilih makanan. Islam turut berpesan agar carilah kita, makanan yang halal lagi suci kerana dari makanan yang kita hadam itu menjadi darah daging dan masuk ke hati.

Ini sejajar seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 168, bermaksud: "Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak syaitan"

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menyebut bahawa dalam satu jasad ada seketul darah apabila ia rosak, akan rosaklah jasad itu tetapi apabila ia baik, maka baiklah jasad itu. Seketul darah dimaksudkan itu adalah hati. Maka, peliharalah hati kita dengan memilih makanan baik lagi halal supaya kita diberkati Allah SWT dan diterima segala amalan.

Wallahu'alam...

Rujukan:
http://ujie.com/blog/2009/02/03/goli-den/

Wednesday, June 10, 2009

'Handphone' Cicah Teh Ais

بسم الله الرحمن الرحيم





Itulah, siapa suruh gatal sangat tangan duk main 'handphone' waktu menghadap rezeki Allah.

Kan dah dapat pengajaran. Lain kali jangan main-main semasa makan, bersyukurlah dengan rezeki Allah.

Jangan jadi macam aku, masa makan tengah hari main-main dengan handphone.


Sekali terlepas masuk dalam teh ais. Dapat lah minum teh ais berperisa Sony Ericsson.

Memang rezeki semalam. Dan juga memang tiada rezeki nak terus guna handphone tersebut lebih lama.

Perlu beli yang lain sebab handphone tersebut dah sewel lantaran terminum teh ais yang tidak sepatutnya.

Walaupun memang tiada dalam instruction manual yang handphone tersebut dilarang keras meminum teh ais, namun ia sudah pun termaktub dalam logik akal elektronik bahawa air adalah sejenis konduktor yang mengalirkan arus sekaligus merenjatkan komponen-komponen dalam handphone secara rambang.

Handphone dah sewel. Rezeki handphone lain nampaknya.

Kepada rakan-rakan, mohon maaf sekiranya panggilan dan mesej pesanan ringkas anda tidak berjawab. Harap maklum.

Sekian.

Moral cerita :

1. Bersyukur kepada Allah dengan apa yang ada
2. Jangan bermain ketika menghadap rezeki (pesan mak selalu degil, ya Huzaifah)
3. Handphone tidak perlu minum kerana ia tidak dahaga teh ais.

Wallahu'alam.

Saturday, June 06, 2009

Debu-debu Dosa

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t . Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca setia Hijrah Huzaifah lantaran blog yang sudah lama tidak dikemaskini. Bagi mengurangkan kesunyian blog, saya kepilkan bersama nasyid yang menyentuh kalbu selajur memupuk keinsafan. Terimalah Debu-debu Dosa dari Hijjaz.



Debu-Debu Dosa

Artist: Hijjaz
Album: Damai
Song Category: Nasyid


Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi