Saturday, June 25, 2011

Firefox 5? Bukan Firefox 4 Baru Lagi Keluar Ke?

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum W.B.T.

Hari ini, sedang aku menghadap laptop tiba-tiba keluar prompt dialog untuk upgrade Mozilla Firefox 5. Wah! Aku rasa baru lagi Firefox 4 keluar dan aku masih lagi belum memasterkan diri untuk guna Firefox 4. Al-maklum, selama ini aku guna Google Chrome atas sebab ringan, pantas dan kurang memakan RAM. Tapi memandangkan fungsi Chrome agak terhad dimana aku tak boleh nak guna banyak add-ons yang disediakan oleh peminat-peminat Firefox makanya aku pun beralih kepada Firefox 4. Tapi sebelum-sebelum ini memang aku pengguna setia Firefox cuma gatal tangan nak guna Google Chrome.


Aku pun serta-merta klik OK untuk menaiktaraf Mozilla Firefox sedia ada kepada Firefox 5. Tengah-tengah memuat turun installer Firefox 5, aku pun menggoogle kenapalah cepats sangat jadi versi 5? Haaa... kat sini jawapannya -->  http://blogs.ajc.com/news-to-me/2011/06/24/firefox-4-quickly-replaced-by-version-5/ .
Kamu-kamu semua boleh baca kenapa tiba-tiba jadi versi 5. Difahamkan bahawa Mozilla ingin mempercepatkan perkembangan Firefox dan akan menaiktaraf versi pelayar internet itu setiap 3 bulan. Ini disebabkan Google menaiktaraf Chrome mereka setiap 6 bulan.

Fabulous Tabs dari Mozilla untuk Firefox 5!

Sekarang, aku menulis entri ini dengan menggunakan Firefox 5. Setakat ini, alhamdulillah dan aku sukakan fungsi terbaru tab Firefox 5 iaitu App Tab. Nak tahu apa itu App Tab? Mari cuba Firefox 5!


Wallahu'alam...

Friday, June 24, 2011

KISAH BENAR: Jangan berkata mahu mati. Kata-kata itu satu doa.

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum W.B.T buat semua pembaca yang dihormati. Memang. Aku tahu sudah tersangat berhabuk blog yang tidak ter'update' ini. Namun apakan daya. Tapi insyaAllah aku akan terus berusaha untuk mengemaskini sekerap mungkin. Semoga Allah kurniakan aku kekuatan dan ilham untuk itu.

Kali ini aku nak berkongsi tentang perkataan dan doa. Kadangkala kita tanpa sedar mengeluarkan kata-kata yang tidak baik. Mungkin bagi kita itu sekadar senda jenaka ataupun hanya habis dibibir sahaja. Hakikatnya, kata-kata yang kita ucapkan itu adalah doa hatta berkata "matilah aku kali ni" sekalipun.

Kalau kita perhatikan, Islam menganjurkan kita untuk mengeluarkan atau mengucapkan dengan perkataan-perkataan yang baik dan lembut. Dalam Al-Quran, Allah juga ada berfirman tentang ini. Maka kita perlu berhati-hati dalam berbicara agar tidak mengguris perasaan orang lain dan juga tidak mendoakan sesuatu yang buruk.

Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 83 maksudnya :
"Dan (ingatlah) tatkala Kami membuat janji dengan Bani Israil, supaya jangan mereka menyembah melainkan kepada Allah, dan terhadap kedua ibu ­bapa hendaklah berbuat baik, dan (juga) kepada keluarga yang hampir, dan anak-anak yatim dan orang ­orang miskin , dan hendaklah mengucapkan perkataan yang baik kepada manusia, dan dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat. Kemudian, berpaling kamu , kecuali sedikit, padahal kamu tidak memperdulikan."


Allah berfirman lagi dalam surah An-Nisaa ayat 12 maksudnya:
"Allah tidak suka kepada perkataan buruk yang dikatakan terang-terang. Kecuali (hanya di muka pengadilan saja) oleh yang dianiaya."

Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Dan ingin sekali aku kongsikan beberapa kisah tentang kaitan kata-kata dengan doa. Kisah ini adalah kisah benar yang memang berlaku. Tiada kebetulan melainkan kehendak Allah S.W.T semata-mata.


Kisah 1

Kisah yang pertama ialah pada satu ketika dulu aku masih menuntut diploma disalah sebuah IPT di sini. Tiba-tiba aku terima satu SMS dari rakan sebilik asrama mengatakan rakan kami telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalanraya. Sehari selepas kejadian, seorang rakan telah menyedari bahawa di Friendster arwah telah mengemaskini sesuatu sebelum ditimpa kemalangan. Sila lihat keratan skrin yang aku ambil dari profile friendster arwah.



"Die, to have an extra-ordinary games"


Kisah 2

Baru-baru ini sahabat kepada sahabat aku telah meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru. Arwah adalah seorang penulis blog yang agak dikenali ramai. Aku pun memang tak buang banyak masa terus melayari blog arwah tersebut dan agak terkejut. Kamu semua boleh lihat pada keratan skrin.


"Job: Student sampai mati"


Memang benar seperti yang diletakkan di profile, ketika arwah menghembuskan nafas yang terakhir beliau masih seorang penuntut di sebuah IPTA.



Lihatlah rakan pembaca sekelian. Seandainya kita terlepas cakap ataupun kurang berhati-hati, apabila tersedar mintalah perlindungan dari Allah. Mintalah padaNya agar segala perkara yang buruk itu dijauhkan.



"Segala apa yang baik itu dari Allah dan yang sebaliknya dari kelemahan diri aku sendiri"