Friday, April 23, 2010

Kisah Aku Dan Budak Perempuan Tahfiz Amal

بسم الله الرحمن الرحيم


Dalam perjalanan pulang dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, aku singgah di Shell R&R Plus. Masih lagi terngiang-ngiang suara Kai Jern, direktor teknikal memaki aku di dalam telefon. "What is the fucking wrong with you? You didn't fucking call me! Are you trying to be a hero? If you can solve the problem then you don't have to call me and if you cannot solve the problem, you are supposed to fucking call me!" makian yang agak kencang dalam corong Blackberry kepunyaan En. Fauzie.

Aku masuk ke kedai di Shell dan mengambil 3 bungkus roti dan sebotol air mineral lantas terus ke kaunter. "Pam 4 RM30, terima kasih." lalu aku berjalan kembali ke kereta untuk mengisi minyak. "Assalamualaikum, pakcik. Saya dari tahfiz amal Aloq Setaq Kedah untuk jualan amal ubat herba. Cuma RM20 sahaja dan boleh juga buat sumbangan ikhlas." seorang gadis perempuan berbaju kurung dan menutup aurat datang menegur. Dia panggil aku pakcik, amboi tuanya aku. Aku pun menjawab salam sambil mengisi minyak petrol kereta.

Sambil-sambil itu, aku mengaju beberapa soalan yang agak lazim bagi orang-orang yang ingin tahu. Budak perempuan yang dalam lingkungan belasan tahun dan masih menuntut di tahfiz amal tersebut menjawab soalan aku satu-persatu sehinggalah beliau bosan agaknya dan menganggap aku tidak mahu percaya dengan jualan tahfiz amal tersebut.

"Pakcik ambillah resit ni, orang yang banyak tanya kena ambil resit." kata-kata yang mencuit hati sanubari aku ketika itu. "Banyak tanya maksudnya nakkan kepastian. Dalam menuntut ilmu pun kita perlukan kepastian. Biarpun dalam agama, menyuruh kita mencari kepastian terlebih dahulu. Takkan nak main terjun dalam lubang je kan. Nabi Ibrahim mencari Tuhan pun banyak mencari kepastian." aku jelaskan kedudukan yang sebenar lantas budak tu pun jawab "yelah, yelah... pakcik ambillah resit ni, ambillah". "Saya taknak resit tu. Saya derma ikhlas, bukan nak beli resit tu."

Wallahu'alam...

Wednesday, April 21, 2010

Jurnal Vancouver, CaseIT 2010 - PART 1

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum. Dari hari-hari dan minggu-minggu sudah lagi aku memang nak membuang masa bercerita tentang pengalaman "merantau warrior" aku dan teman-teman. Perjalanan dan pengalaman CaseIT 2010 di Simon Fraser University, Vancouver selama lebih kurang 7 hari. Memandangkan aku sedang lepak-lepak sekadar stand-by dan monitor network kat Majlis Perbandaran Seremban ni, bosan jugak. Sekali-sekala kenalah pekena sesuatu yang boleh membunuh kebosanan ini. Al-kisah, bermula dari sini...

Bermula dari Oktober 2009 lalu, cerita bagaimana terjebaknya aku ke dalam CaseIT 2010 ini bila aku terjumpa Amin di lobi kampus dan tiba-tiba mengajak aku untuk menyertai pertandingan CaseIT 2010 peringkat saringan awal. Ajakan beliau disarankan oleh En. Razman Shah Rajab, iaitu pensyarah kami yang memang kentang. Amin pun menjelaskan pada aku ciri-ciri pertandingan tersebut memandangkan aku memang tak pernah tahu menahu mengenai pertandingan seumpamanya tambahan lagi kurang arif tentang pengurusan perniagaan. Namun, pengetahuan teknikal yang lebih kurang kiranya menjerumuskan aku ke dalam pengalaman ini. Alhamdulillah.

Dah nak masuk waktu Asar, aku berhenti kat sini dulu dan sambung nanti bila ada masa insyaAllah.

Kuala Kubu Bharu - Medan Peperangan Terbaru

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah macam medan peperangan! Polis di sana-sini. Berek pengawal di merata tempat. Bendera parti di kiri dan kanan jalan. Bila hadir pilihanraya, beginilah. Sampai waktu sudah, semuanya hilang entah kemana. Seolah-olah pilihanraya sahaja tanggungjawabnya. Selesai semua, terabailah jawabnya. Aku nak balik ke rumah pun was-was. Tadi sewaktu tiba di rumah, kedengaran suara Pakcik Anwar Ibrahim mendendangkan ceramahnya. Tak jauh pun. Buka tingkap bilik, memang jelas bait-bait syarahan bagi memancing pengundi-pengundi. Tak kurang juga dengan parti lawan, serupa juga mata kailnya. Tak banyak yang berbeza. Kakak aku pun sekali-sekali berleter sendirian entah mana satu patut menjadi pilihan. Tapi bagi aku, memang jelas nyata dan terang. ISLAM itu perlu jadi pilihan. Lainlah kalau kedua-duanya memang muslim. Suka atau tidak, itu sahaja pilihan yang ada. Biar bukan anak jati tapi masih beragama Islam. Dah jadi bahan caturan politik negara. Berserahlah pada Allah, pilih ikut yang mana lebih kurang kekurangannya kerana dah tak nampak kelebihannya.

Wallahu'alam.

Friday, April 09, 2010

Bila Nak Dapat Gayung's Gallery Ni?

بسم الله الرحمن الرحيم




Tertunggu-tunggu sudah. Masih belum ketemu jua. Dari terbit nun terbenam. Lantas ku coretkan hadapan muka ini. Bagai penantian tak kunjung tiba. Sekadar nukilan buat teman-teman.