Wednesday, March 31, 2010

Vancouver? Alhamdulillah.

بسم الله الرحمن الرحيم




Akhirnya kami selamat tiba ke destinasi kami, Vancouver pada jam lebih kurang 10 malam waktu tempatan. Setibanya di lapangan terbang, kami terus keluar dan mengambil teksi untuk ke tempat penginapan iaitu Hyatt Regency Hotel.

Suhu Vancouver pada malam ini ialah 4 darjah selsius. Aku dan rakan-rakan memang terasa sejuk amat sebab dah nak hampir-hampir dengan suhu peti ais kat rumah kita semua kan. Selepas daftar masuk ke hotel, kami bersia-siar sebentar merasai angin malam serta melihat suasana di sini. Makan McD, dah tentu Fillet'O' Fish. Oh, dah lewat sangat. InsyaAllah ada kesempatan nanti aku akan kemaskini lagi...

Wallahu'alam...

Tuesday, March 30, 2010

Kanada Memanggil!

بسم الله الرحمن الرحيم




Baru hari ini dapat aku tambahkan lagi isi perut Hijrah Huzaifah yang sudah sekian lama berhabuk tanpa pengisian. Cuma sekadar coretan tambahan perjalanan hidup sebagai musafir di bumi Tuhan ini. Hari ini aku akan ke Vancouver, Kanada bagi menyertai CaseIT 2010. Pertarungan hidup-mati yang aku dan 2 lagi rakan pasukan sertai selama seminggu akan berlangsung pada 31 April di Simon Fraser University. Hidup-mati maruah dan kewibawaan sebagai makhluk Tuhan yang bernama manusia.

Serius, semua barang masih tidak dikemas lagi. Sebarang persiapan pakaian dan segala-gala hanya akan dibuat pada pagi ini selepas subuh insyaAllah. Sebabnya? Baru pulang dari Kuala Lumpur, jadi pemandu sementara untuk ketua pasukan yang tersangatlah sibuk sehingga tiada masa untuk diri sendiri.

Doakan kejayaan kami, selamat bertemu Vancouver!

Wednesday, March 03, 2010