Tuesday, April 28, 2009

Selesai Fizik Kejuruteraan II

بسم الله الرحمن الرحيم





Alhamdulillah, hari ini selesai sudah kertas Fizik Kejuruteraan II. Memang mencabar kewibawaan calon-calon yang sering mengulangkaji pada saat-saat akhir seperti aku, hoho. Tapi tak mengapa sebab rasanya alhamdulillah juga saat menjawab tadi biarpun bersin tak henti-henti sehingga terbang hingus-mingus. Kifarah lagi agaknya tapi alhamdulillah juga lagi kerana dengan ketidaksihatan ini, moga terampun dosa-dosa yang menggunung tinggi (ya Allah, ampunilah dosa hambaMu yang hina dina ini) .

Esok, kertas yang lebih mencabar. Kertas apa? Sistem Pengoperasi (Operating Systems) yang ditunjuk ajar oleh Sifu Redhat iaitu En. Syaiful Nizam dan mesti mahu dapat terbaik untuk kertas ini. Kenapa? kerana di dalam kuliah subjek inilah melekat nama 'Abang Ubuntu' sampai sekarang. Asalkan nama disebut En.Sifu, pasti ada yang menyampuk dengan panggilan 'Abang Ubuntu!!!!' . Fuh, mencabar sungguh kertas ini.

En. Sifu Razman, akan daku sahut cabaranmu itu untuk mencapai gred cemerlang dalam subjek ini insyaAllah. Kenang daku dalam setiap kali doamu, sifu! Oh, sahabat-sahabat minta tolong doa juga buat Encik Abang Ubuntu sebab insyaAllah apabila kalian mendoakan sahabat-sahabat dan insan lain, itulah doa gred pertama (yang terbaik) . INSYA-ALLAH ~

Wallahu'alam

Monday, April 27, 2009

5 Don'ts When You're Sleeping

بسم الله الرحمن الرحيم





1 - DON'T SLEEP WITH WATCH
Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on your health.



2 - DON'T SLEEP WITH BRA

Scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. So go to bed without it.



3 - DON'T SLEEP WITH PHONE

Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged. Though some of us will use phones as alarm clocks, but please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system. Therefore if you need to put your mo! bile phone near you, switch it off first.



4 - DON'T SLEEP WITH MAKE UP

People who sleep with make up might have skin problems in the long run. Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in perspiring. You will also need a much longer time to go into deep sleep.


Lastly.....


5 - DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE / HUSBAND

You may never wake up again. : )



source : forwarded email

Sunday, April 26, 2009

Barakah Surah Al-Ikhlas

بسم الله الرحمن الرحيم





Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.



Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.



Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).



Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.



Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan..
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.


Nota :

Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


…Wallahu a'lam

Saturday, April 25, 2009

Wajah Baru Hijrah Huzaifah!

بسم الله الرحمن الرحيم




Setelah sekian lama merancang untuk merubah wajah Hijrah Huzaifah, hari ini aku melaksanakan segala yang telah disusun terlebih dahulu dan alhamdulillah. Hijrah Huzaifah kini tampil dengan wajah baru bertemakan merah sebagai warna pilihan! Masih terdapat beberapa aspek yang memerlukan sedikit sentuhan tetapi akan aku ubah secara perlahan-lahan agar Hijrah Huzaifah dapat terus berfungsi di atas talian.
Buat rakan-rakan 'blogger' dan pembaca sekelian, komen-komen anda amatlah dialu-alukan! Terima kasih.

Mari Muat Turun Ubuntu 9.04 (Jaunty Jackalope)

بسم الله الرحمن الرحيم




Semenjak 2-3 hari yang lalu saya cuba untuk memesan CD Ubuntu versi terbaru iaitu 9.04 (Jaunty Jackalope) melalui laman web https://shipit.ubuntu.com/ . Ubuntu menyediakan khidmat pemberian CD secara percuma kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakan Ubuntu dan sememangnya ia adalah percuma 100% . Selama ini, sejak dari versi 5.04 lagi saya sudah memesan CD Ubuntu dari Canonical Ltd. sehingga versi 8.10 (Intrepid Ibex). Namun kali ini saya telah menghadapi masalah di mana apabila saya cuba memasuki laman web untuk memesan tetapi gagal kerana mereka telah mengeluarkan mesej ini.

Please try again

Thanks for your interest in ordering Ubuntu CDs!

Ubuntu's ShipIt CD ordering system is offline right now due to exceptionally high interest following the release of Ubuntu 9.04. Come back here in a day or two if you'd like try again.

The best way to get hold of Ubuntu 9.04 right now is to download a CD image via BitTorrent.

Visit the Ubuntu download site.

Thanks for your patience.


Kelihatan nampaknya tiada rezeki pada kali ini untuk memiliki CD Ubuntu secara percuma, maka marilah kita memuat-turun sahaja ISO ataupun fail "image" yang kemudian boleh dirakam (record/burn) ke dalam CD kosong.

Download Ubuntu 9.04!

Friday, April 24, 2009

PERMOHONAN TAJAAN JPA DAN MARA BAGI TAJAAN LUAR NEGARA 2009

بسم الله الرحمن الرحيم





PERMOHONAN TAJAAN JPA DAN MARA UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008 DI BAWAH PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA 2009

1. Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 untuk mendapatkan tajaan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti
pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara tahun 2009.


2. Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui
laman web http://www.jpa.gov.my mulai tarikh keputusan SPM 2008
diumumkan secara rasmi.

3. Tarikh tutup permohonan tajaan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2009 adalah
7 hari selepas permohonan dibuka.

4. Maklumat lanjut mengenai program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan
cara memohon boleh diperoleh dengan melayari laman web
http://www.jpa.gov.my mulai tarikh iklan ini disiarkan. Calon hendaklah
membaca dan memahami kesemua maklumat mengenai program/bidang kursus,
syarat-syarat permohonan dan cara memohon sebelum membuat permohonan.

5. Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan
yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 5 hari mulai 23 sehingga
27 Mac 2009. Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk
mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.

6. Calon-calon dikehendaki menyemak maklumat terkini mengenai permohonan
melalui laman web http://www.jpa.gov.my:
a. Keputusan panggilan bagi mengikuti program Pendedahan Kerjaya
Seorang Doktor : 18 Mac 2009
b. Keputusan panggilan temuduga JPA : 25 Mac 2009

7. Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 31
Mac hingga 3 April 2009. Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga
diwajibkan untuk membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan
Keluarga yang telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan.

8. Pelajar-pelajar yang memohon tajaan MARA boleh menyemak maklumat terkini
mengenai permohonan melalui laman web http://www.mara.gov.my :
a. Keputusan panggilan dan maklumat temuduga MARA : 27 Mac 2009

9. Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan
atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853550 atau 03-
88853559. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00
malam mulai tarikh keputusan SPM 2008 diumumkan secara rasmi.

10. Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi
talian 03-88853892 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi
hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2009@jpa.gov.my.

11. Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi
Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111 (sambungan
1133, 1109, 1120, 3623, 3624, 3629, 3620 dan 3619) pada setiap hari bekerja
mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat
webmaster@mara.gov.my.

12. Calon-calon hendaklah sentiasa melayari laman web http://www.jpa.gov.my dan
laman web http://www.mara.gov.my dari semasa ke semasa untuk mengetahui
perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan PILN 2009.


Iklan ini dikeluarkan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
JPA PENERAJU PERKHIDMATAN AWAM

maklumat lanjut : http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=af224a07-6492-47a0-8c36-a221d42968bf&groupId=10131

Thursday, April 23, 2009

Manusia, Ciptaan AI Paling Sempurna

بسم الله الرحمن الرحيم




Termenung seketika aku di perpustakaan kampus dan tika itu juga terlintas di sudut benak mengenai projek semester akhir nanti yang semakin menghampiri. Projek yang berkemungkinan menerapkan elemen-elemen AI atau Artificial Intelligent iaitu kepintaran buatan. Apabila timbul perkataan AI, sudah pasti 'robot' akan menjadi kaitan utama kerana robot adalah ciptaan yang pintar yang mampu meniru perbuatan manusia.

Pernah ketika aku mengayuh basikal persoalan ini timbul di fikiran. Manusia mencipta mesin-mesin dan alatan yang AI dan ingin mengejar AI yang sesempurna mungkin. AI yang boleh mempelajari dengan sendirinya seperti manusia sendiri. Namun, sedarkah manusia bahawa sebenarnya kita sendiri adalah ciptaan yang AI. Dicipta oleh Yang Maha Kuasa, Allah s.w.t dan diberi akal, ciptaan yang tidak diberi kepada makhluk lain selain Manusia.

Kerana akal inilah manusia menjadi makhluk yang paling sempurna. Sesungguhnya kita memang tidak akan mampu mengejar ataupun tidak akan menyamai dengan hasil ciptaan Allah s.w.t. . Mata yang mampu melihat, telinga yang mampu mendengar, lidah yang mampu berkata-kata indah. Dari manakah datangnya kemampuan itu?

Bersyukurlah kita kepada Allah S.W.T di atas segala kurniaanNya dan semoga kita saling ingat mengingati sesama kita. Terkadang, aku juga terlupa akan segala nikmatNya dan lalai dengan segala kemudahan yang diberi. Ya Allah, jadikanlah aku dan semua saudaraku sebagai hamba-hambaMu yang bersyukur.

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setetes air mani yang bercampur. Kami hendak mengujinya dengan beban perintah dan larangan. Karena itu kami jadikan ia mendengar dan melihat. Sesungguhnya kami telah menunjukinya jalan yang lurus: Ada yang bersyukur, namun ada pula yang kafir. (Al-Insan: 2-3)

Tuesday, April 21, 2009

Meredah Peperiksaan

بسم الله الرحمن الرحيم




Majoriti varsiti di tanah air kini dalam bibit-bibit peperiksaan penghujung semester dan bagi Universiti Kuala Lumpur yang bakal menjadi salah satu varsiti awam, minggu hadapan ialah penentu segalanya. Biarpun minggu ini adalah minggu ulangkaji, namun masih terdapat kuliah-kuliah yang berlangsung. Sebagai penutup barangkali ataupun mungkin kerana terpaksa demi mengakhiri topik yang perlu dikhatamkan oleh pelajar kuliah. Aku sendiri masih mempunyai beberapa kuliah terakhir yang perlu dihadiri dan semuanya adalah pembentangan akhir bagi mengutip mata-mata peratusan kerja kursus.

Baru-baru ini aku kekurangan peluang menulis isi-isi yang menarik terutama sekali tazkirah untuk dikongsi bersama. Ketandusan pemikiran yang lahir dari hati serta keikhlasan menjadi titik sebab kurangnya penulisan sebegini dan aku hanya mampu menceritakan sedikit sebanyak kehidupan harian yang berlalu. Sudah semestinya peluang yang dicari itu adalah begitu payah untuk digandingkan bersama ilham dan angin penulisan yang tidak tahu bila lagi hadir.

Seribu kemaafan aku pohonkan bagi semua sahabat dan pembaca Hijrah Huzaifah. Kesibukkan yang melanda turut menjadi penyebab kelembapan penulisan dikemaskini. InsyaAllah, akan aku perbaharui dan kongsikan segala ilmu dan buah fikiran yang terlintas pada masa akan datang. Buat semua rakan dan sahabat, selamat menduduki peperiksaan dan semoga berjaya aku doakan buat kalian.

Wallahu'alam

Sunday, April 19, 2009

PC Untuk Dak Dayah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t.... Akhirnya selesai jua tugas hari ini. Pasang dan menyempurnakan dengan sebaik mungkin sebuah komputer yang pada mulanya cuma bermula dengan sekeping "mainboard" dan "processor (cpu)". Hasil dari pengumpulan semula barang-barang lama yang masih boleh digunakan dan alhamdulillah, sempurnalah sebuah komputer peribadi yang aku dedikasikan buat adik sepupuku yang sedang membuat persiapan ke matrikulasi dalam masa terdekat ini insyaAllah. Terima kasih buat Dato' (Dak Ateh) kerana menyumbangkan "ram" dan juga "power supply", jasamu akan ku kenang dalam doaku dan jaga dirimu di rantau orang (Kano). Singgah di Piramid Giza jangan lupa naik unta, nanti kita boleh borak sama-sama.

Kepada masyarakat yang bukan berasal dari Melaka, perkataan "dak" digunakan apabila merujuk kepada seseorang yang dikenali seperti penggunaan perkataan "si", contohnya "si Abang" tetapi di Melaka menggunakan "dak Abang" (akulah tu). Buat sepupu sepapat sekelian, jangan iri hati kepada dak Dayah sebab komputer peribadi ini memang telah dijanjikan buat beliau (lagipun korang semua dah ada "laptop" kan?). Akhir kata, selamat menggunakan teknologi sebaik mungkin dan gapailah setinggi-tinggi ilmu dengannya.

nota kaki:
"Entry" ini ditaip menggunakan "PC" yang baru sahaja sempurna dipasang dan diselenggarakan.
Foto tidak dapat dimuatnaik memandangkan tiada peralatan "bluetooth" bagi pemindahan foto dari telefon bimbit. Abang Zai balik dulu ya.. Belajar rajin-rajin, jangan guna untuk main "game" sahaja.

Wallahu'alam.

Friday, April 17, 2009

Mutiara Hari Ini

بسم الله الرحمن الرحيم




"Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah,bertenang dalam menanggung kepahitan,sifat sabar terbentang dalam dadamu,lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal,rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja,namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum,perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal,pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut,siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai,malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan,Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan..."

Mati Hidup Kembali

بسم الله الرحمن الرحيم





Butterfingers Mati Hidup Kembali

Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka ada
Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Angkasa penuh dengan berlian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan

Wednesday, April 15, 2009

RoboRealm, Pandangan Mata Untuk Robot Anda!

بسم الله الرحمن الرحيم




Pada minggu sebelum ini, saya telah menerima emel dari seorang sahabat sekuliah semasa menuntut di German-Malaysian Institute. Beliau meminta pandangan dan pengetahuan saya dalam bidang pengaturcaraan (programming) dalam bahasa C dan gabungan bersama perisian RoboRealm.

Memandangkan projek robot diploma saya ketika itu juga menggunakan kamera untuk tujuan pengawasan, sedikit sebanyak saya mempunyai pengalaman untuk dikongsi dengan beliau. Namun begitu, pada kali itu saya menggunakan JMF (Java Media Framework) dan kali ini beliau pula mengambil C dan RoboRealm sebagai alternatif.


Ini adalah kali pertama saya mendengar tentang perisian RoboRealm dan setelah membuat sedikit sebanyak pencarian melalui google, kiranya dapat saya kongsikan pula bersama rakan-rakan di blog saya ini.

RoboRealm adalah perisian yang digunakan untuk penglihatan komputer (menggunakan kamera), pemprosesan imej dan juga bagi tujuan-tujuan lain dalam penglihatan robot. Dengan menggunakan perisian ini, segala tugasan bagi anda untuk mengaturcara robot anda akan menjadi mudah dan ringkas!

Anda boleh mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai RoboRealm di sini

http://www.roborealm.com/help/Getting%20Started.php

Mi Segera Berperisa Khinzir Dengan Logo Halal

بسم الله الرحمن الرحيم




Baru-baru ini saya mendapat satu emel yang di'foward'kan oleh seorang sahabat dan ianya berkenaan dengan mi segera jenama Lucky yang mempunyai logo halal tetapi berperisa khinzir. Kelakar tetapi mengingatkan saya pada satu kes yang pernah juga terjadi sebelum ini iaitu khinzir dalam tin tetapi mempunyai logo halal. Apakah yang cuba diketengahkan oleh pihak pengeluar produk ini?


Bodohkah mereka kerana menyangka khinzir itu boleh dihalalkan dengan logo halal cetakkan mereka atau lebih bodoh lagi kita, jika mencari rezeki tanpa mengetahui halal atau tidak sumbernya. Di sini saya kongsikan gambar-gambar yang disertakan bersama emel yang diberi oleh sahabat tersebut.






Wallahu'alam.

Sunday, April 12, 2009

Gambar Blogspot/Blogger Dengan "Picasa Web Albums"

بسم الله الرحمن الرحيم


Kadangkala kita melalui saat-saat yang memeningkan dan menegangkan urat-urat otak kita apabila kita terbuang gambar-gambar yang telah dimuatnaik ketika menulis dengan blogger. Bayangkan lebih 10 gambar yang telah dimuatnaik hilang begitu sahaja dan perlukah kita muatnaik semula gambar-gambar terbabit. Dan jika kita memuatnaik gambar-gambar tersebut, kemanakah ia pergi?



Pernahkah anda menghadapi keadaan di atas? Untuk pengetahuan semua, Blogger atau Blogspot mempunyai servis penyimpanan gambar-gambar yang dimuatnaik ke dalam servis yang dikenali sebagai Picasa Web Albums . Servis ini diberi oleh Google secara percuma 1GB kepada setiap pengguna akaun Blogger.

Setelah memuatnaik gambar-gambar anda, semua gambar tersebut boleh dicapai melalui http://picasaweb.google.com . Jangan lupa untuk login bagi mendapat akses ke album-album gambar tersebut.

Sekian, Wallahua'alam.

Saturday, April 11, 2009

10 Sebab Mengapa Kita Perlu Gunakan Perisian Yang Tulen (Original)

بسم الله الرحمن الرحيم




  1. Halal lagi Suci (Yang cetak rompak mungkin haram/syubhah)

  2. Terpelihara dari segala anasir-anasir yang tidak baik kerana perisian cetak rompak berkemungkinan besar telah dicemari oleh virus yang mampu mencuri data-data peribadi kita secara tidak langsung.

  3. Selamat dari diserbu dan disaman sekurang-kurangnya RM20,000 kerana memiliki perisian cetak rompak.

  4. Perisian tulen lebih efektif dan stabil berbanding produk cetak rompak yang telah digodam (hack).

  5. Memartabatkan hak-hak pemilik perisian terutamanya warga Malaysia dan beragama Islam.

  6. Menggalakkan pertumbuhan perisian berasaskan sumber terbuka (open source).

  7. Memajukan industri perisian negara.

  8. Mengurangkan risiko kerosakan komputer akibat diserang virus dari perisian cetak rompak.

  9. Memupuk sikap lebih menghargai sesuatu perisian.

  10. Memberi peluang kepada orang seperti saya untuk menulis idea-idea yang tercambah ke dalam blog.
huzaifah.org dengan ini menyatakan terang-terangan hasrat bersama, menyokong perisian tulen dan membantah perisian cetak rompak! Islam adalah cara hidup!
Wallahu'alam...

Friday, April 10, 2009

Tutorial Menggunakan Tulisan Arab Di Dalam Windows

بسم الله الرحمن الرحيم


Bagi sesiapa yang berminat untuk menggunakan tulisan Arab/Jawi, Ini adalah tutorial/cara-cara bagaimana untuk mengaktifkan tulisan Arab (Arabic) di dalam Windows Vista dan Windows 7 walaupun tiada papan kekunci bertulisan Arab/Jawi. Selamat mencuba!

1. Buka 'Control Panel' melalui 'Start Menu'.




2. Kemudian klik pada "Change keyboard or other input methods" di bahagian "Clock, Language and Region".




3. Sesudah itu, klik pada "Change keyboards..."




4. Klik pada butang "Add..."




5. Pilih bahasa yang ingin digunakan. Saya pilih untuk menggunakan Arabic (Saudi Arabia) dan tandakan (tick) pada "Keyboard > Arabic(101)" kemudian klik "Preview" untuk melihat susunan huruf.




6. Susunan huruf akan terpapar.




7. Klik "Close", "Apply", "OK" dan tutup semua tetingkap. Satu ikon "EN" akan terpapar pada taskbar anda. Klik pada "AR" untuk tukar kepada tulisan Arab.




Tutorial ini saya dedikasikan buat seorang makcik yang sedang giat dengan enam buah syarikat miliknya. Selamat mencuba ya makcik! (jangan marah makcik nanti cepat tua)

Sekian, Wallahu'alam.


Guna Windows 7? Biar Betul?

بسم الله الرحمن الرحيم


Hari ini aku membuat satu tindakan drastik akibat kelembapan Windows Vista yang begitu melampau. Aku telah mem-format Windows Vista lalu meng-install Windows 7 pre-release yang diberikan oleh Imran. Aku adalah pengguna Ubuntu dan pengguna Windows dalam masa yang sama memandangkan terdapat sebab musabab yang kukuh untuk aku menggunakan Windows (dual-boot) di dalam komputer riba ku ini. Antara sebabnya ialah kebanyakkan pelanggan dan sahabat-sahabat menggunakan Windows dan aku perlu terus bersaing dengan diri sendiri untuk meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan bagi membanteras segala jenis masalah di dalam sistem pengoperasi Microsoft ini. Tambahan lagi, Windows Vista adalah sistem pengoperasi masa kini lantas menjadi penyebab untuk aku menggunakannya dan alhamdulillah, komputer riba kecintaanku ini memang disertakan dengan Windows Vista Home Premium (Genuine, Halalan Toiyyiban) :D .



Tetapi hari ini, apabila Adobe Photoshop CS4 dibuka untuk pengubahsuaian grafik, Ya Allah! Terlalu kura-kura (maafkan hamba si kura-kura) lagaknya. Pergerakan penunjuk tetikus yang tidak mampu langsung mengejar gerakan arnab di skrin. Lantas aku putuskan untuk melontarkan sahaja Windows Vista ini ke dalam ruang maya iaitu format.


Sebaik Windows 7 selesai di install, ia lebih perlahan dari Windows Vista yang baru sahaja aku buang sebentar tadi. Oh, rupa-rupanya pemandu grafik masih belum di-install, memang patutlah perlahan. Aku pun update serta mengaktifkan Windows 7 dan seterusnya me-rebootkan komputer riba ini.



Hasilnya? Memang pantas sesuai dengan nombor 7 kegemaran aku. Bagaimana pula dengan Ubuntu? Masukkan CD dan repair semula GRUB supaya dapat dual-boot kembali. Semoga cepat-cepat Microsoft keluarkan keluaran sepenuhnya (full version) bagi Windows 7 supaya pengguna-pengguna Windows dapat bergerak lebih pantas dari kura-kura.


Monday, April 06, 2009

Cell Phone and The Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone?

What if we carried it around in our purses or pockets?

What if we flipped through it several time a day?

What if we turned back to go get it if we forgot it?

What if we used it to receive messages from the text?

What if we treated it like we couldn't live without it

What if we gave it to kids as gifts?

What if we used it when we traveled?

What if we used it in case of emergency?


This is something to make you go....hmm... where is my Quran?.

Oh, and one more thing.


Unlike our cell phone, we don't have to worry about our Quran being

disconnected

Makes you stop and think 'where are my priorities? And no dropped calls!
.

P. S. DO WHAT YOU THINK ALLAH SWT WOULD WANT YOU TO DO WITH THIS EMAIL

Trust in ALLAH SWT and *ASAP (Always Say A Prayer)
.

Courtesy of Humayra's Writing Den
........

Wednesday, April 01, 2009

Kesibukan Terulung

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t... kepada semua pembaca, umumnya sekelian sahabat-sahabat saya. Maaf kerana saya terlalu sibuk sehingga tidak mempunyai ruang untuk mengisi kekosongan blog pada waktu ini. InsyaAllah akan saya kemaskinikan dengan pengisian-pengisian jika terdapat kelapangan kelak. Namun begitu ingin saya kongsikan bersama pembaca, peringatan yang sempat diberi oleh seorang sahabat pada hari ini.