Thursday, May 19, 2011

Masuk Syurga Kerana Rahmat Allah. Mengapa Beramal Sekarang?

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum WBT. Pada awal bulan Mei yang lalu, Keluarga HIKMAH telah menganjurkan "Hari Keluarga HIKMAH" di pantai Bagan Lalang dan terbuka kepada semua warga Keluarga HIKMAH. Untuk makluman, Keluarga HIKMAH terdiri daripada cucu-cicit Atuk dan Nenek aku yang sebelah Mak. Kami sekeluarga telah membentuk organisasi dan diberi nama Keluarga HIKMAH.

Salah satu dari aktiviti hari keluarga tersebut ialah ceramah dari Prof. Muhd. Kamil Ibrahim. Beliau berkongsi mengenai pengalaman hidup yang amat menarik dan sangat menyentuh kalbu. Di penghujung ceramah, seorang ahli keluarga telah bertanya tentang kemusykilan terhadap ceramah beliau. Beliau menyatakan, masuk syurga itu adalah dengan rahmat Allah SWT, bukan kerana amal ibadah yang dilakukan seumur hidup.

Soalan : "Apa gunanya kita beramal ibadah dengan banyak, jika masuk syurga itu hanyalah dengan rahmat Allah semata-mata?"

Jawapan: "Firman Allah dalam surah Adz-Zaariyat : 56, maksudnya,"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." Memang kita perlu beramal ibadah kepada Allah kerana itu tanggungjawab dan tujuan hidup di dunia ini, namun yang memberi keizinan untuk seseorang itu masuk ke dalam syurga hanyalah Allah semata-semata. Itulah rahmat Allah.


Wallahu'alam


Sunday, May 08, 2011

Your Mother

بسم الله الرحمن الرحيم


Hari ini, bersempena hari ibu aku dedikasikan lagu dari Yusuf Islam yang berjudul Your Mother buat mak tersayang, Maimunah Binti Ibrahim. Ku pohon infiniti kemaafan dan keampunan darimu. Infiniti terima kasih juga kerana telah membesarkan diri ini sehingga ke hari ini. Jasa dan budimu adalah infiniti. Kasih dan infiniti sayang untukmu Mak. Semoga Allah merahmati dan memberkati Mak dari dunia hingga ke akhirat.



Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?

Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

Friday, May 06, 2011

Slideshow Animasi Menarik Tentang Islam

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum. Slideshow Adobe Flash ini aku dapat dari blog Makan Dalam. Artis sebenar lukisan slideshow ini adalah Nayzak. Enjoy!