Thursday, August 28, 2008

Ujian demi ujian... :)

بسم الله الرحمن الرحيم



Hari ini merupakan hari yang cukup memberi pengalaman baru untuk aku. Sedang aku masih dalam kesakitan yang amat sangat, hari ini sekali lagi aku diuji dengan kuasa Allah s.w.t. Aku terperangkap dalam 'traffic jam' semasa dalam perjalanan pulang dari Sunway Pyramid dengan tujuan dapat melupakan kesakitan yang sedang ku alami. Namun, kenangan demi kenangan singgah ni lubuk hati bila aku melintasi tempat-tempat yang pernah ku lewati bersamanya dahulu. Ice rink.... Chicken Hartz... :) semua itu kenangan manis buatku biarpun pahitnya terpaksa ku telan kini. Ketika tersekat dalam kesesakan, hujan semakin lebat dan paras air yang agak membimbangkan. Semakin lama paras air semakin tinggi sehingga air masuk ke dalam kereta. Aku terpaksa meninggalkan kereta yang ditenggelami air.. Setelah air surut, aku tolak kereta satria gaban kesayanganku ke petak letak kereta dengan bantuan Don dan orang-orang di situ. Inilah pengalaman pertama kereta aku boleh menyelam... Sekian... semoga Allah memberiku kekuatan dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi kesakitan ini. Oh, lupa lak.. Spek aku terjatuh dalam air banjir dan dibawa arus. Bila air dah surut, dapat jumpa balik tapi tinggal bingkai je.