Wednesday, July 28, 2010

Musa Majid

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum. Ahah! Baru kau terkejut tengok entri aku kali ni kan, Musa? Memang kali ni aku sengaja tujukan khas untuk kau yang sangat setia membaca blog aku yang tak seberapa ni. Dan lagi, pada siapa-siapa yang tak kenal abang Musa kita ni, nanti insyaAllah aku akan kenalkan dalam blog aku tapi bukanlah sekarang memandangkan aku letih baru sampai rumah aku kat Kuala Kubu Bharu.

Siang tadi aku memang berbanyak-banyak terima kasih sebab kau tembak aku banyak kali. Sebabnya, dalam "Crypto" tadi kalau tak ada orang yang tembak soalan alamatnya memang tersangatlah bosan. Lagipun soalan kau boleh buat aku nampak 'cool' jawab kat depan tu. Lain kali masa kau, aku akan cuba bagi kau nampak lagi 'cool' dari aku pulak.

Oh, lagi sekali aku lupa sticker Ubuntu yang kau nak. Kenapalah asyik lupa? Dah tua sangat agaknya aku ni. Ada je satu lagi sticker tu khas aku simpan untuk kau. Lain kali jugaklah agaknya kot.


Aku rasa sengal satu badan. Auf Wiedersehen!

Saturday, July 24, 2010

Adoi!

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, selamat pulang dari berbasikal di Bukit Kiara. Namun dengan izin Allah, bahu aku tergeliat akibat bermain 'stunt' di tempat letak kereta pangsapuri Melur. Abaikan tentang bahu aku yang tangan aku dah tak boleh nak angkat tinggi-tinggi buat masa ini.

Bukit Kiara memang tempat untuk kaki-kaki mountain bikers dan juga downhillers yang gemarkan cabaran hutan. Tapi, aku teringin nak pergi ke satu tempat yang insyaAllah memang sangat best untuk ber mountain bike. Nikmati video kegemaran aku ini!




Tuesday, July 20, 2010

Mengarut Tapi Tak Mengarut

بسم الله الرحمن الرحيم





Pintu dah terbuka. Masa yang baru. Mulakan dengan Bismillah. Tak kira. Jangan putus asa. Bukan itu sahaja yang ada. Mungkin di sini bukan kita. Angkat tubuhmu. Gerakkan kemudi. Kembangkan layarmu. Ayuh kayuh. Ubahlah. Hijrah. Hijrah. Hijrah. Ke mana? Ke alam yang lebih afdhal. Diri yang maju. Aku. Engkau. DIA Maha mengetahui. Apa tunggu lagi? Cukup sudah MENGARUT.



Saturday, July 10, 2010

Vancouver BC, Canada - Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم







Dengan persetujuan aku untuk mengambil tempat dalam pertandingan CaseIT 2010 tersebut bersama Amin, maka terjadilah Team Aries Consulting disertai seorang lagi, Mohd, Azizul dan Jurulatih kami En. Razman Shah Rajab. Pada awalnya memang tak pernah terlintas untuk dapat memasuki ke peringkat akhir dan aku sekadar untuk menimba pengalaman dalam pertandingan sebegini. Kami mendaftar dengan SFU (Simon Fraser University) dan case untuk preliminary round diberikan pada November.

Case study tersebut berkenaan Clypt, sebuah syarikat pengeluar VoIP dan kami perlu memberikan penyelesaian terhadap masalah syarikat itu dalam masa 2 minggu menggunakan slide power point, tidak lebih daripada 12 slides keseluruhan. Ini menyukarkan kami membentangkan idea di dalam slide yang begitu terhad sekali. Tambahan pula, ia akan dihantar tanpa sebarang pembentangan oleh pembentang. Para juri hanya akan menerimanya dalam bentuk digital dan akan menilai secara keseluruhan melalui slide yang dihantar melalui emel sahaja.

Kami dalam masa yang sama bergelut dengan peperiksaan final semester, terpaksa jua bersengkang mata untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Clypt tersebut dengan harapan akan terpilih ke pusingan akhir CaseIT 2010 di Vancouver, Kanada.

Dipendekkan cerita, dengan girang tak terkata cuma Alhamdulillah yang mampu dituturkan kami berjaya diterima ke peringkat akhir bersama-sama 15 lagi pasukan di seluruh dunia. Maka dengan itu bermulalah cabaran kami yang berikutnya iaitu mencari gali ongkos bagi menampung perjalanan kami ke sana.

Berikut adalah senarai pasukan yang terpilih ke CaseIT 2010.

American University of Beirut
Athabasca University
Carnegie Mellon University
Hong Kong Baptist University
Indiana University Kelley School of Business
Kwantlen Polytechnic University
National University of Singapore
Pforzheim University
Queen's University
Ryerson University
Simon Fraser University
Università Commerciale Luigi Bocconi
Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of Information Technology
University of British Columbia
University of Calgary
University of Manitoba

...bersambung