Saturday, February 27, 2010

Ni Gila Punya Kerja!

بسم الله الرحمن الرحيم


Petang semalam aku pergi melawat kenalan ayah yang pada satu waktu dahulu tersangatlah rapat. Aku dan anak-anak beliau merupakan teman sepermainan waktu kecil-kecil cili padi. Pakcik Radin merupakan seorang yang sangat aku hormati bahkan seumpama ayahanda kedua.

Pernah satu setika dulu, aku tersalah naik bas terus sampai ke Puduraya. Beliaulah yang bersusah payah mencari aku walau tanpa petunjuk sekalipun. Kehendak Allah S.W.T beliau bertemu dengan aku yang sedang menangis tanpa silu di kaki lima Cathay Pacific depan Royale Bintang sekitar tahun 1993.

Dan kali ini aku menziarahi beliau di kediaman. Simpati dan aku harapkan beliau cepat sembuh insyaAllah. Aku, kakak, mak dan baba makan bersama Pakcik Radin dan Makcik Syam pada malam semalam sambil berbual mengenai penyakit yang menimpa.



Sangat mesra kurasakan walaupun beliau seorang yang berada di kedudukan tinggi ketika ini namun tidak tampak sedikit pun kesombongan di wajah beliau.
"Ni gila punya kerja. Takda siang, takda malam, takda cuti"
beliau meluahkan perasaan sebagai seorang Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi. Tambah beliau lagi,
"Memang ada hikmahnya, sekurang-kurangnya boleh berehat dan tambahkan amal."
Memang sudah sedia maklum, kalau sudah bergelar Ketua Pengarah di salah satu kementerian pastilah kerja datang tanpa henti.

Aku doakan agar beliau cepat sembuh dan diberikan kekuatan serta ketabahan dari Allah S.W.T.

Wallahu'alam...

Tuesday, February 16, 2010

Takziah

بسم الله الرحمن الرحيم


Ucapan takziah buat sahabat, John Bin Bacangit yang baru sahaja kehilangan adiknya akibat serangan penyakit jantung. Semoga beliau tabah menghadapi ujian ini.

Wallahu'alam...

Tuesday, February 09, 2010

ARIES Malaysia Luncheon!

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari-hari yang penuh kesibukkan dilalui dengan terkadang kelam kabut dan terkadang penuh ketenangan. Hari ini majlis makan tengah hari ARIES Malaysia di restoran Ooh Cha!. Baju F1 korporat tertinggal. Memang alamatnya kena 'bahan'. Lain kali baru kemaskini dengan ilmu yang lebih bermanfaat (memang selalu tulis begini).