Thursday, February 26, 2009

Teman Maafkan Aku

بسم الله الرحمن الرحيم


Teman … maafkan aku

Andai bicaraku

Melukai hatimu

Tanpa ku sendiri menyedari ..

Teman,

Terkadang aku jua begitu

Terusik jiwaku dan tingkahmu.

Namun kupasti

Bukan niatmu

Membuat rajuk di hati.

Teman … maafkan aku

Jika gurauku

Menguris nalurimu.

Tapi kau harus mengerti

Hidup takkan berseri

Tanpa usikan dan tawa keriangan.

Teman,

Tidak ku harap pendirianku dihormati.

Bukan keegoan memalut di hati

Tapi prinsipku menguasai diri.

Teman … maafkan aku

Hanya itu yang ku pinta

Ukirkanlah senyuman

Dibibirmu itu,

Sebelum jasadku

Terbujur kaku.




(Nukilan tahun 2001 The Bukit)

The Chronicles of Johan Handsome

بسم الله الرحمن الرحيم



Long ago, in a galaxy far but not too far, three warriors have decided to be the strongest by competing each other, Ribut, Taufan and Tsumawi, the Singing Master. Their battle ended in a draw so they decided to join forces and seek out an ancient sword that can bring anyone who wields it to be powerful. The sword is called “The Blue Hibiscus Sword” that is kept by the Labi-labi Master. They seek Labi-labi Master and defeated him. The Labi-labi Master was about to be killed but because of his agility, he managed to escape and seek refuge far away. Then, the three evil warriors controlled and bring chaos to the world with the sword at their clutches. Many people in the world are suffered. The sword was separated into three, each one of them had a piece of the powerful sword. Many warriors tried to defeat them but to no avail because the swords in their possession make them almost invulnerable.

Years had passed, a man called Johan Handsome seeks to learn martial art and become strong. He travel around the world accidentally met with the Labi-labi Master who has been hiding in a cave. Johan Handsome ask to learn the ‘Secret Martial Art of Labi-labi’ from the Labi-labi Master. The Labi-labi Master accepted the request but as a return he must defeat and stop the three warriors who have ravage and destroy everything, Ribut, Taufan and Tsumawi. Johan Handsome accepted the deal. Then the Labi-labi Master gave him a test to see if he is worthy of the knowledge of fighting. He passed and for months later, Johan Handsome learnt the Secret Martial Art of Labi-labi and all tricks from Labi-labi Master.

Johan Handsome met Rosalinda, Cicak Guy and Castelur during the times he learn kung fu. They all became friends and give support to Johan Handsome to learn the secret martial art and became stronger. When the time comes, Johan Handsome was ready to meet his end of the deal and save the world. But he doesn't want any help or back up from Labi-labi Master, Rosalinda, Cicak Guy and Castelur. He is become arrogant and confident that he can defeat the warriors alone. The Labi-labi Master told him that as long as the sword is with them, nobody can defeat the trio. Johan Handsome must find a way to take the sword from them and destroy it. Only then Johan Handsome can defeat them.

Johan Handsome traveled very far to the evil trio’s lair. Then they fought intensely but Johan Handsome lost because he made mistakes and doesn't listen to his master's advice. He made a tactical retreat. Johan Handsome then asks for help from his friends and his master. Johan Handsome apologize to them for being so snobbish. It's three vs three now. Johan Handsome teaming up with Cicak Guy and Castelur against the three evil warriors. Rosalinda and Labi-labi Master also help from behind. Cicak Guy uses the Taming Sari Keris to protect them. The Keris has a power to immobilize the opponent.

At last Johan Handsome was able to defeat them. They was captured and imprisoned. Peace is restored back in the land. The Blue Hibiscus Sword was destroyed for good. The people around the world thanked Johan Handsome and his friends for bringing peace to the lands. Ribut, Taufan and Tsumawi after being punished turned good and swear not to repeat their wrong doings again. After they had been released, they help Johan Handsome to restore the lands and preserve peace and prosperity.

The Taming Sari Keris was also thrown far away from their world. Thousands years later, in a planet called Earth. A group of friends traveling found an artifact piercing a rock. Then, one of them pulled out the artifact and read the writing engraved to it. It simply says “Water Proof, Shock Resistant, Not For Sale, Taming Sari Keris”.
THE END.

Saturday, February 21, 2009

Lelaki Yang Patut Di Baham Tanah

بسم الله الرحمن الرحيم




Tajuk kali ini dipetik dari blog seorang sahabat karib. Beliau menceritakan tentang ciri-ciri lelaki yang patut dibaham tanah.Di sini aku bukan hendak menceritakan tentang isi-isi yang terdapat dalam tajuk tersebut tetapi nak cerita mengenai minggu yang padat lagi terisi dengan keletihan walaubagaimanapun penuh dengan kepuasan. Sebelum itu nak tambah sedikit, mengenai lelaki yang patut dibaham tanah sepertimana disebut oleh sahabat karib saya itu ialah lelaki yang menyimpan bekas kekasih di belakang isterinya namun tidak mengakui hakikat sebenar. Begitulah ayat-ayat kuasa (power) yang diungkap oleh beliau. Aku serta-merta setuju.

Minggu ini penuh dengan test, assignments, presentation, dan juga latihan persediaan untuk menghadapi Hari Bahasa di kampus. Test Engineering Physics II dan assignment Operating Systems ibarat mencengkam masa. Tambahan pula aku dijemput sebagai speaker seminar Operating Systems untuk pelajar akhir semester diploma dan diberi tajuk Ubuntu. Lagi dan lagi, latihan sehingga lewat malam bagi memastikan segalanya berjalan lancar pagi tadi dan alhamdulillah.

Tajuk drama pendek kami bagi Hari Bahasa ialah The Chronicles of Johan Handsome dan akan aku selitkan pautan untuk muat turun skrip yang telah aku reka bersama dua lagi sahabat.

Wallahu'alam.

Tuesday, February 17, 2009

Kuliah Maghrib Malam Ini - 8 Doa Khusus Ketika Solat

بسم الله الرحمن الرحيم




Setelah agak lama tidak solat maghrib berjemaah di Masjid Amru bin Al-'As di Bandar Baru Sentul, baru kali ini dapat kulaksanakan bersama Hamzah di sana. Jadual semester ini agak membebankan kerana kebanyakkan kuliah berada di awal dan hujung hari, pagi dan malam sedangkan diantaranya tidak terdapat kuliah. Waktu kekosongan itu tidak aku ambil untuk pulang berehat tetapi lebih banyak meluangkan masa di perpustakaan walaupun internet agak lembab. Selalu pulang lewat telah menyebabkan aku kurang ke Masjid Amru bin Al-'As pada semester ini dan hanya berjemaah di surau kampus sahaja.

Kuliah malam ini dimulakan dengan penerangan mengenai doa dan solat. Dalam solat kita telah meminta 8 permintaan kepada Allah s.w.t. Permintaan yang khusus iaitu ketika duduk diantara dua sujud.

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'ni warzuqni wahdini wa'afini wa'fu 'anni.


Yang di mana maksudnya ialah :

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Itulah 8 perkara yang kita minta kepada Allah s.w.t secara khusus setiap kali kita membaca bacaan duduk di antara dua sujud. Solat itu adalah doa dan lihatlah betapa pentingnya meminta kepada Allah s.w.t dan begitu banyak sekali doa-doa ketika solat.

Setiap kali kita menunaikan solat, Allah telah menyediakan hadiah buat kita. Sudah pasti tidak mampu untuk kita lihat ketika ini tetapi Allah telah menyimpan hadiah-hadiah tersebut untuk diberikan kepada hamba-hambaNya yang soleh ketika di syurga kelak.

Antara gambaran yang diceritakan ketika di syurga kelak, penghuni-penghuni syurga akan tertanya-tanya bilakah masuknya waktu solat dan bagaimana hendak melakukan solat di syurga. Tetapi Allah menjawab bahawa tiada solat ketika di syurga kerana syurga adalah tempat balasan baik dan tempat untuk beristirehat. Pada setiap waktu solat ketika di syurga, malaikat akan mengetuk pintu-pintu penghuni syurga dengan membawa hadiah untuk mereka. Begitu banyak sekali hadiah-hadiah yang diberikan sehingga penghuni-penghuni syurga tidak mampu menghabiskannya.

Indah dan sungguh gah sekali gambaran yang diberikan di syurga kelak. Justeru, apa yang kita tunggu lagi? Jom menunaikan solat lima waktu beserta tambahan-tambahannya insyaAllah ~

Sunday, February 15, 2009

Jika Ditimpa Musibah

بسم الله الرحمن الرحيم

Apakah yang akan kita lakukan jika ditimpa sesuatu musibah? Musibah ialah apabila sesuatu perkara yang buruk berlaku menimpa kita. Misalnya ahli keluarga kemalangan, barang berharga dirompak, anak terlibat dengan dadah dan sebagainya. Apakah yang akan kita perbuat ketika itu? Adakah kita akan mengambil sikap menceritakan kepada semua orang yang berjumpa kita? Adakah ketika itu pun kita pun mempamerkan sikap kecewa, tidak berpuas hati dan kesedihan atas apa yang telah berlaku. "Barang saya hilang.....anak saya terlibat dengan dadah..." dan sebagainya.
www.familiazam.com
Sikap suka menceritakan kesusahan atau musibah yang menimpa diri secara tak langsung memperlihatkan sikap kita memprotes takdir Tuhan. Apakah dengan sikap suka menceritakan kesusahan ini boleh menyelesaikan masaalah? Sejauh mana kawan-kawan yang mendengar dapat menolong sedangkan mereka juga makhluk Allah yang juga banyak masaalahnya.
www.familiazam.com
Sekiranya kita ditimpa musibah, tempat yang paling baik kita mengadu ialah kepada Allah SWT. Kita bangun malam, bersolat tahajud. Kemudian menangis dan merintih kepada Allah kerana Dialah sebaik-baik tempat pengaduan. Kita mesti yakin Dia sahaja yang dapat menolong. Oleh itu, apabila ditimpa musibah, sebutlah seperti apa yang Allah firmankan di dalam Al Quran iaitu: orang-orang yang ditimpa musibah mengucapkan "INNALILAHI WA INNA ILAHI RAAJIUN" (Surah Al Baqarah : Ayat 156). Nabi juga berpesan jika ditimpa musibah, supaya ditambahkan pula dengan doa: "Ya Allah, berikanlah kepadaku pahala dalam musibah ini, dan gantikanlah aku dengan yang lebih baik daripadanya".
www.familiazam.com
Malangnya zikir ini disalah ertikan. Ramai dikalangan kita membaca zikir ini ketika diberitahu tentang kematian sesaorang, sedangkan kita boleh membacanya apabila ditimpa musibah dalam bentuk lain.
www.familiazam.com
Pernah Ummu Salamah yang telah tua (hampir 70 tahun) kematian suaminya Abu Salamah. Dia merasa sungguh sedih kerana terlalu sayang kepada suaminya ini. Siang dan malam matanya tidak boleh tidur. Tiba-tiba dia teringat suaminya pernah memberitahu, jika ditimpa sesuatu musibah Nabi Muhammad SAW mengajarkan membaca zikir seperti disebutkan tadi. Ummu Salamah terus membacanya siang dan malam. Selepas habis edahnya, dia dilamar oleh Syaidia Abu Bakar r.a, tetapi ditolaknya.
www.familiazam.com
Kemudian Ummu Salamah dilamar Syaidina Umar Ibni Al Khattab, namun dia menolak lamaran itu. Akhirnya Rasulullah menghantar orang untuk melamarnya, namun dia menolak dengan alasan sudah terlalu tua, ramai anak dan pencemburu orangnya. Namun Rasulullah tidak keberatan, mka berlangsunglah perkahwinan Ummu Salamah dengan manusia yang paling baik didunia sebagaimana permintaannya di dalam zikirnya sebelum ini.
www.familiazam.com
Oleh itu, sekiranya kita ditimpa musibah, bersabarlah dan redha disamping membaca zikir tadi. Yakinlah bahawa Allah sentiasa mendengar apa yang terlintas dihati kita dan sentiasa bersama kita.

Dipetik dari : http://www.familiazam.com/ditimpa_musibah.htm

Sunday, February 08, 2009

Skrin Ubuntu 8.10 Muslim Edition Linux Saya - Ringkas, Pantas, Syabas!

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t. . Ingin saya kongsikan bersama penulis-penulis dan pembaca blog sekalian paparan skrin (screenshot) desktop saya pada kali ini. Dengan bersistem pengoperasiankan Ubuntu 8.10 Muslim Edition, saya mula mencorakkan desktop mengikut citarasa dengan menggunakan perisian-perisian yang ringkas tetapi menarik.

Saya kira tidak ramai dikalangan sahabat-sahabat yang menggunakan Ubuntu sebagai sistem pengoperasi, lantaran itu saya paparkan keseronokkan apabila kita bebas menggunakan perisian yang diberi percuma tanpa mengeluarkan satu sen pun tidak seperti Microsoft Windows yang begitu mahal sekali. Ahhaa... itu tidak termasuk Windows cetak rompak yang kebanyakkannya digunakan oleh rakyat Malaysia kita, murah tetapi syubhah :p . Tanpa membuang masa, jom kita nikmati paparan-paparan skrin yang telah saya rakam sebelum ini.

Thursday, February 05, 2009

Mesir Pengkhianat Islam

بسم الله الرحمن الرحيم



Luluh hati dan berkaca mata ini dengan rintik kesayuan saat saya terpaku mononton Buletin Utama 3 malam lalu. Tergamak dikau menutup jalan bantuan bagi saudara-saudara kami di Palestin sana yang merintih dalam kedhaifan tatkala dihujani limpahan letupan dan tujahan peluru Zionis laknatullah.

Kami di sini begitu berharap segala bantuan makanan dan perubahan dapat tiba di bumi Gaza dan Palestin agar penderitaan saudara-saudara kami dapat diringankan. Namun ini yang engkau lakukan? Luka yang berdarah lagi ditikam-tikam hingga membuak darah merah pekat mengalir.

Pedihnya berlipat ganda berbanding kezaliman Zionis. Pedih dan sungguh perit sekali dalam di hulu hati ibarat tertikam duri. Mesir, mengapa kau begini? Bukan sahaja tangan tidak kau hulurkan namun tangan-tangan lain juga kau pintas dan kau tutup pintu-pintu harapan kami.

Palestin: Pemerintah Mesir didakwa pengkhianat
Imran Al-Malizi
Fri | Jan 23, 09 | 4:29:40 pm MYT


SAANA, Yaman: Baru-baru ini sebuah pertubuhan pelajar telah menganjurkan satu majlis penerangan berkenaan isu yang sedang berlaku di Gaza. Dr Omar Abu Ubaid dari Institut Antarabangsa Al-Quds telah dijemput untuk menyampaikan penerangan tersebut.

Latar belakang beliau yang berasal dari Palestin dan pernah bertugas sebagai wakil Hamas di Sudan menjadikan beliau salah seorang pemimpin komuniti Palestin yang selalu dijadikan tempat rujukan dalam isu-isu negara tersebut. Turut sama menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut ialah Ahmed Al-Bashy yang merupakan Ketua Bahagian Kajian dan Penyelidikan, 'Paletinian Return Community' (Wajeb) yang berpusat di Damsyik, Syria.

Dalam majlis itu, Dr Omar menjelaskan latar belakang peristiwa yang sedang berlaku di wilayah Gaza ketika ini. Enam bulan lalu, satu usaha gencatan senjata telah dilakukan dengan harapan tiada berlaku serangan di antara dua pihak. Antara syarat yang dipersetujui oleh pihak Hamas dalam genjata senjata ini ialah perjanjian ini akan berterusan dalam tempoh enam bulan, supaya musuh berundur ke Tebing Barat dalam tempoh tersebut, dibuka seluruh laluan di sempadan Gaza dan supaya pihak musuh Zionis menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin.

Dalam perjanjian ini, kerajaan Mesir telah menjadi perantara di mana Hamas telah menandatangani perjanjian dengan mereka dan satu perjanjian berasingan pula dibuat antara mereka dan pihak penjajah Israel. Akan tetapi pihak musuh tidak berpegang dengan perjanjian gencatan senjata ini. Mereka tidak membuka pintu-pintu sempadan melainkan sebahagian kecil. Hanya 5 peratus keperluan penduduk yang dibenarkan untuk dibawa masuk. Pihak Mesir pula tidak membuka sempadan Rafah.

Pihak Israel pula tidak menghentikan permusuhan mereka. Maka para pejuang di Gaza dari segenap lapisan yang telah berdiam diri selama ini dapat melihat dengan jelas bahawa gencatan senjata ini tidak mencapai apa-apa maksud. Lalu mereka bersepakat untuk tidak memperbaharui tempohnya..

Dr Omar kemudian menegaskan dengan berterus terang bahawa pihak Mesir yang beriya-iya menuntut Hamas menerima perlanjutan tempoh kekuasaan Mahmoud Abbas dalam pemerintahan Palestin yang sepatutnya berakhir pada 8 Januari lalu.

Namun pihak Hamas tidak mahu menerimanya dan tidak akan mengiktiraf jawatan beliau selepas tarikh tersebut. Hamas juga masih mengekalkan pendiriannya untuk tidak mengiktiraf negara Israel. Tindakan ini telah menaikkan kemarahan pemerintah Mesir.

Israel melalui wakil keselamatannya yang berkunjung ke Mesir dikatakan telah mengarahkan agar pergerakan Hamas 'dipancung kepalanya'. Menteri Luar Israel pula dalam pertemuannya dengan Presiden Mesir, Hosni Mubarak beberapa hari lalu dilaporkan telah berkata: "Kami tidak akan membiarkan Hamas mencapai kemenangan dalam peperangan ini!"

Dr Omar juga mendedahkan tiga matlamat penjajah Israel dalam peperangan ini yang dilaksanakan secara berperingkat. Yang utama ialah untuk menghapuskan Hamas dari pemerintahannya sebagaimana yang disepakati Israel dengan beberapa pemimpin negara-negara Arab dan ini disarankan sendiri oleh Amerika Syarikat. Pihak musuh sangat menyedari mereka tidak mampu untuk melakukannya.

Sekiranya tidak dapat mencapai matlamat tersebut maka mereka perlu meletakkan sasaran yang lain iaitu melakukan serangan udara kepada penduduk awam di Gaza.
Lalu mereka melaksanakan peringkat kedua iaitu serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh tentera Israel di selatan negara itu.

Serangan dilakukan selama seminggu dan mereka dapat menjangkakan bahawa kekuatan Hamas tidak dapat dipatahkan. Akhirnya untuk peringkat ketiga, sekiranya mereka masih gagal, satu ketetapan telah dibuat oleh Majlis Menteri-menteri Israel, Majlis Keselamatan, Menteri Luar dan Menteri Pertahanan mereka untuk melancarkan serangan habis-habisan terhadap Gaza dan semua penduduknya mesti dibunuh.

Ini kerana menyedari mereka akan gagal sehinggalah serangan darat yang dilakukan baru-baru ini. Dalam tempoh tersebut, mereka dapat melengahkan waktu dan menambahkan tekanan terhadap Hamas.
Kata Dr Omar lagi: "Kita adalah umat yang bersedia untuk menghadapi kematian, manakala orang-orang Yahudi sangat cinta pada kehidupan dunia."

Penduduk Gaza sudah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh pemerintah Mesir. Dr Omar juga pada akhir ucapannya secara menegaskan: �Wahai saudara-saudaraku! Saya bercakap dengan berterus terang, sesungguhnya yang mengepung wilayah Gaza adalah Mesir dan bukannya Israel atau Amerika Syarikat.

"Walaupun Israel menyerang kami dengan peluru berpandu dan jet-jet pejuang, mereka membuka juga laluan sempadan untuk dibawa masuk beberapa bentuk bantuan, bahan makanan dan ubat-ubatan. Manakala Mesir menolak sepenuhnya sebarang bantuan dibawa masuk melalui sempadan (mereka di) Rafah."

Kata beliau lagi, satu perancangan jahat telah dilakukan oleh Israel, Amerika Syarikat, Mesir dan pemerintah Palestin dengan satu tujuan iaitu menghapuskan Hamas untuk membuka jalan kepada Mahmoud Abbas menguasai pemerintahan di Gaza.
Dalam majlis yang sama, Ahmed Al-Bashy turut sama mengulas isu yang sedang bergolak di Gaza. Beliau menyatakan bahawa penentangan rakyat terhadap penjajahan Israel sekarang ini adalah di atas nama Islam.

Maka peperangan yang dilancarkan oleh Israel adalah peperangan terhadap Islam. Kenapa sasaran ditujukan kepada Hamas? Kerana Hamas mewakili umat Islam dalam peperangan menghadapi Yahudi di Palestin yang mana peperangan ini akan berkembang ke seluruh umat Arab dan Islam di dunia ini.

Namun beliau meyakini kemenangan tetap datang dengan melihat umat Islam masih mendokong perjuangan rakyat Palestin.

Daripada penerangan ini, jelaslah bahawa peperangan kini telah mengambil di seluruh dunia Islam. Dalam keadaan kita menyaksikan di hadapan mata kita kezaliman dan kebiadaban bangsa Yahudi itu, namun seolah-olah tiada apa yang dapat dilakukan oleh negara-negara umat Islam.

Sedangkan penduduk Israel sebenarnya tidak melebihi lima juta. Kerana itu terdapat pandangan dari kalangan pemerhati politik yang menyatakan bahawa jika umat Islam ingin memerangi bangsa Yahudi dan melenyapkan negara haram Israel, mereka perlu menghadapi peperangan dengan sekutu-sekutu yang mempertahankan kedudukan musuh.

Mereka adalah para pemimpin negara-negara Arab yang menjadi barua kepada Israel dan Amerika Syarikat. Pada hari ini, pihak yang bertanggungjawab membiarkan sungai darah terus mengalir di Gaza adalah pemerintah Mesir.

Sekiranya mereka membuka pintu sempadan di Rafah, ramai para pejuang akan masuk dari luar sebagaimana para mujahidin pernah memasuki Afghanistan, Bosnia, Chechnya dan rantau lain. Mereka adalah pengkhianat sebenar! Di hadapan Allah kelak mereka tidak akan terlepas!

http://nowforeverkit.blogspot.com

Sunday, February 01, 2009

Blog Menjadi Haram. Bilakah?

بسم الله الرحمن الرحيم




Hari ini tergerak hati saya untuk berkongsi pendapat dan pandangan mengenai penulis-penulis blog yang menulis sambil mencari rezeki di sebalik penulisan digital mereka. Girang rasanya dan terbuka kalbu kerana saya juga salah seorang dari penulis digital yang mencubit sedikit rezeki melalui tinta digital ini. Apa yang ingin saya tumpukan di sini ialah apabila timbulnya satu atau lebih persoalan mengenai pendapatan melalui blog. Tidak ramai yang mengambil kisah tetapi pernahkah kita terfikir atau paling tidak terlintas di rongga pemikiran samada halal, haram atau syubhahkah jalan rezeki itu?

Mungkin masih ada yang masih samar dengan punca rezeki ini jadi biar saya rungkaikan sedikit sebanyak punca-punca rezeki yang boleh didapati melalui blog. Antaranya ialah :

1. Iklan melalui ejen seperti Google Adsense, Nuffnang dan Advertlets
2. Penjualan produk-produk (e-perniagaan)
3. Sumbangan dari pembaca dan pelayar internet

Tiga jalan di atas adalah antara yang paling kerap dan biasa untuk mencuit sedikit sebanyak rezeki di samping berdakwah, menulis dan meluahkan perjalanan hidup di hamparan digital yang dilayari oleh hampir setiap lapisan masyarakat.

Pertama sekali jalan yang ingin saya kupas, iklan melalui ejen pengiklan seperti Google Adsense, Nuffnang, Advertlets dan sebagainya. Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi

"Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan"
"Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini"

"Bantu saya dengan satu klik pada iklan"


Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas. Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklan. Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika mengklik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut.

Melalui penjualan produk-produk pula, tertakluk pada sumber jualan, produk yang dijual, dan juga untung yang diambil perlulah memenuhi segala hukum syarak. Namun begitu kebanyakkan manusia akhir zaman bersikap lebih sembrono dengan mengambil mudah tidak kira produk yang mereka jual itu cetak rompak, tiruan dan sebagainya tanpa mengira halal dan haramnya.

Seterusnya, disebabkan terdapat sahabat yang musykil mengenai sumbangan ikhlas kepada blog seperti derma dan sebagainya, saya tambah dan selit sebagai informasi tambahan buat sahabat sekelian. Sebagai contoh, saya petik blog Ustaz Hasrizal yang dikenali dengan nama SaifulIslam.com .



Terdapat ruangan yang meminta sumbang sama atau sumbangan ikhlas kepada SaifulIslam.com dan ini tidak sekali-kali menyalahi hukum syarak kerana sumbangan ikhlas itu datangnya dari wang anda sendiri tetapi pastikan ianya dari sumber yang bersih. Diharap sahabat dapat membezakan sumbangan melalui klik pada iklan yang salah dan juga sumbangan ikhlas dari akaun bank kita terus kepada akaun penulis blog tersebut.

Blog juga berpotensi untuk menjadi haram apabila sumber penulisan itu dipetik dari blog lain tanpa kebenaran dan kredit kepada penulis asal. Apatah lagi apabila penulisan itu berunsurkan fitnah yang mampu merobek kesucian individu lain. Sekaligus, saya ingin menyeru kepada sekelian umum dan sahabat blog marilah kita memastikan kesucian serta kehalalan blog kita dari fitnah, sumber-sumber yang syubhah dan haram. Sama-samalah kita jujur, ikhlas dan menyalurkan unsur dakwah dalam blog kita. Semoga Allah s.w.t bersama-sama kita dalam memperjuangkan cara hidup Rasulullah, iaitu cara hidup dengan Islam sebagai kehidupan.

Wallahu'alam...