Thursday, January 29, 2009

Jaket Ubuntu Muslim Edition - Tempahan DIbuka

بسم الله الرحمن الرحيم













Akhirnya, saya sedia menerima tempahan bagi Jaket Ubuntu Muslim Edition yang julung kalinya. Terdapat dua jenis jaket iaitu Executive Jacket dan Windbreaker. Windbreaker pula terdapat beberapa warna pilihan dan maklumat lanjut serta tempahan boleh dibuat di
http://forum.lowyat.net/topic/879342

Saturday, January 24, 2009

Tugasan : Linux & Windows Benchmarking

بسم الله الرحمن الرحيم




Memandangkan di kala demam dan tidak berapa sihat, tidak mampu untuk mencambahkan idea yang perlahan berputik, lantas aku cuma kuat untuk berkongsi tugasan yang diberi oleh En. Syaiful Nizam, pensyarah subjek Sistem Pengoperasi (Operating Systems). Tugasan tersebut berbunyi :

* Form a group of 3 students to :
  • Find out benchmarking softwares in Windows and Linux
  • Download, install and test on at least 3 different platforms
  • Summarize the results

Setelah sekian lama tidak mendapat tugasan yang agak memberangsangkan, inilah kali pertama nafsuku bergejolak untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Kalau ditanya pasal linux, memang akulah orang yang akan dituding jari oleh segenap rakan sekuliah. Untuk tugasan ini, aku sudah pun memilih Phoronix Test Suite sebagai benchmarking tool di dalam linux dan untuk Windows masih belum diputuskan lagi. Sekian, setakat ini dahulu perkongsian dari aku.

Friday, January 23, 2009

Peminat Berang Malaysia Tewas 5-0. Palestin Bagaimana?

بسم الله الرحمن الرحيم




Tersentak dengan gelagat dan telatah peminat bola sepak negara malam tadi membuatkan saya berasa terpanggil untuk mencoret sedikit sebanyak luahan perasaan dan juga kesedihan ditambah lagi dengan kekecewaan di hati. Jika anda ada menonton warta berita malam tadi, pasti anda dapat lihat betapa kemarahan dan kegeraman yang memuncak, diluahkan oleh peminat-peminat bola sepak negara ibarat kematian anak mereka. Persoalannya, apakah yang begitu penting dalam ketaksuban bola sepak sehingga ke tahap menyerang jurulatih pasukan sendiri dan lawan?

Saya pasti berasa sangat bangga sekiranya perasaan sedemikian adalah luahan marah kepada Zionis yang menghentam Palestin baru-baru ini. Sungguh dukacita kerana amarah itu sekadar disebabkan tewas kepada UAE 5-0 dalam permainan bola sepak. Menyerang jurulatih dengan membaling botol minuman pula. Alangkah bagus jika yang diserang itu puak Zionis laknatullah.
Mungkin tidak salah menonton dan meminati bola sepak tetapi pada hemat saya, biarlah berpada-pada kerana ia cumalah satu sukan dan permainan sahaja.

Semoga kita lebih berwaspada dan lebih mengambil berat isu serangan Zionis terhadap Palestin. Biarpun gencatan senjata sudah dibuat, namun ianya cuma setelah ribuan rakyat tidak berdosa terkorban. Genap sepuluh kali serang dan gencatan senjata oleh Zionis, licinlah Palestin agaknya kerana itu sudah terang-terangan taktik dan rancangan Zionis untuk menghapuskan Palestin.

Wallahu'alam

...

Thursday, January 22, 2009

Kifarah Dosa : Demam

بسم الله الرحمن الرحيم




Hari ini masuk hari ketiga aku menghidap demam dan batuk. Mungkin sekali perjalanan menyucikan diri dari kafarah dosa selama ini. Kuliah-kuliah tidak dapat aku sertai menjadikan aku bimbang ketinggalan. Ya Allah, ampunilah dosa ini yang tanpa sedar aku lakukan.

Wahai teman dan taulan, andai ada tersalah kira terkasar bahasa dan berdosa, maafkan aku selamanya. Lemah tubuh ini aku gagahkan jua. Segala pancaindera terasa seperti hendak luluh dan begitu goyah sekali. Barangkali aku tersalah guna segala pancaindera yang dikurnia. Jarang mensyukuri nikmat yang diberi dan hanya tahu bersungut dan lalai pada diri sendiri.

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cobaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”

(HR. Bukhari-Muslim)


SETIAP orang pasti pernah mengalami sakit. Rasulullah SAW sendiri mengalami sakit demam berat. Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah. Beliau mengatakan kepada Ibnu Mas’ud ra, bahwa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.

Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”

Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)

Hikmah Sakit

Dalam sebuah buku yang berjudul Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat dan dikutip dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi menulis ada lima hikmah dari sakit yang dialami manusia. Pertama, sakit merupakan kesempatan untuk beristirahat. Kecendrungan manusia saat sehat adalah memperlakukan tubuhnya laksana robot. Ia terus bekerja demi mengejar kenikmatan dan kesenangan materi tanpa henti dan tanpa memperhatikan kesehatan diri sendiri. Ia tidak menyadari bahwa otot-otot yang ada dalam tubuhnya memiliki keterbatasan.

Maka ketika seseorang sakit, ia memperoleh kesempatan untuk beristirahat, sambil melakukan introspeksi dan berpikir untuk memperbaiki pola hidupnya setelah ia sembuh nanti.

Kedua, sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang sakit parah, ia akan memahami betapa mahalnya nilai kesehatan. Ia pun rela mengeluarkan segala yang ia miliki demi kesembuhan penyakitnya.

Ketika seseorang sakit, ia akan meresakan betapa nikmatnya selalu ditemani, dilayani, disediakan makanan, dan yang paling nikmat dihibur. Maka, setelah sembuh nanti, ia akan tahu apa yang harus ia lakukan ketika orang lain yang sakit.

Ketiga, sakit merupakan teguran atas kesombongan manusia. Ketika sehat, manusia terkadang bertingkah seolah-olah dialah yang paling gagah, paling berkuasa dan paling berpengaruh. Tapi ketika sakit menderanya, segagah apapun menusia, sebesar apapun manusia dan sebesar apapun pengaruhnya, ia tidak dapat beranjak dari tempat tidurnya. Ketika itu, ia tidak lebih dari seonggok tulang dan darah yang dibungkus kulit.

Keempat, sakit merupakan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Hal ini bukan hanya dilakukan oleh yang saleh, orang sejahat apapun ketika sakit parah tak bisa berbuat apa-apa. Tangannya tidak ringan lagi. Mulutnya tak mampu mencacimaki lagi. Yang ada hanyalah penyesalan dan penyeselan.

Di samping itu, sakit yang diderita manusia merupakan kesempatan untuk memohon ampun atas dosa-dosanya. Dalam hadits diterangkan. “Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan keruwetan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).

Kelima, sakit merupakan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang sakit, kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab. Ketika seorang anak sakit, orang tua akan semakin sayang dan perhatian terhadap anaknya. Sebaliknya, ketika orang tua sakit, sang anak akan semakin sayang dan hormat kepada orang tuanya.

Alangkah mulianya Allah yang telah meciptakan segala-galanya tanpa sia-sia. Hanya satu sakit yang Dia timpakan kepada manusaia. Akan tetapi, begitu banyak kebaikan yang dikandungnya. Kebaikan bagi si sakit yang sabar, kebaikan bagi orang tua dan keluarga yang melayani, kebaikan bagi masyarakat yang berbondong-bondong menjenguk, kebaikan bagi semua doa yang terucap.


Hikmah sakit dipetik dari http://zaldym.wordpress.com/2008/10/23/hikmah-sakit-bagi-manusia/


.....

Wednesday, January 21, 2009

Wanita Yang Ku Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم





Ada seorang wanita yang ku cinta
Tidak kan berubah selama-lamanya
Ya Allah, ampunkan dosaku terhadap dirinya
Berjuta-juta tiada terkira

Ada seorang wanita yang ku cinta
Wajahnya dibasahi keringat dan air mata
Mencurahkan pengorbanan secukup rasa
Namun kekadang aku terlupa
Ya Allah, terimalah taubatku setiap masa

Ada seorang wanita yang ku cinta
Memastikan daku sentiasa berjaya
Susah senang ditempuh jua
Asalkan aku hidup bahagia
Berumah tangga hingga ke syurga

Oh wanita yang ku cintai
Kau sentiasa ada disisi
Tidak kira jatuh bangunku berkali-kali
Tidak kau jemu walau seinci

Oh wanita yang ku cintai
Kaulah ibu permata hati
Jasamu menggunung tidak terperi
Redhakan aku setiap kali
Perbuatanku yang kau sukai
Izinkan aku melalui
Telapak kakimu pintu syurgawi

...

Tuesday, January 20, 2009

Monday, January 19, 2009

Humayra's Writing Den

بسم الله الرحمن الرحيم




Kali ini ingin saya kongsikan bersama para pembaca, sebuah blog yang penuh dengan pengisian serta penulisan yang bersih, indah dan menarik. Penggunaan bahasa Inggeris yang boleh dikatakan sempurna bagi saya membuatkan diri ini begitu asyik membaca blog Humayra's Writing Den. Penulis adalah seorang muslimat yang masih menuntut ilmu di peringkat universiti.

Biarpun hiasan dan rekacorak blog serba ringkas, namun itu tidak bermakna ianya hambar dan kurang menyerlah. Humayra's Writing Den mampu membuatkan pembacanya bagai dibuai puitis indah dengan kata-kata dan bahasa yang belum mampu lagi dikaryakan oleh saya.

Bukan sekadar blog kosong, penulisnya juga terpilih untuk menulis karya Hilal Asyraf dalam bahasa Inggeris iaitu http://aim4dalight.blogspot.com/ . Tidak saya nafikan bahawa beliau memang layak dan inilah antara penulisan yang hebat dikalangan remaja yang sebaya beliau malah mungkin sahaja menandingi para penulis yang lebih matang.

Dengan panuh rasa hormat dan bangga kerana kita mempunyai seorang muslimah yang mampu menulis dengan mantap, saya menjemput sahabat-sahabat agar mengambil peluang untuk menziarahi blog Humayra's Writing Den.
....

Sunday, January 18, 2009

Kemenangan Di Kuala Terengganu

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedang aku menjamah selera bersama Hamzah, teman serumah sewa, Mak dan Nenek ku di rumah, Ayahku tiba-tiba menjengah dari ruang tamu depan sejurus keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu diumumkan. "Pas menang di Kuala Terengganu", bicara ayahku sambil menguntum senyum. Mana tidaknya, wakil Pas kali ini ialah salah seorang sahabat perjuangannya yang sama-sama menuntut di UPM dahulu. "Alhamdulillah, Wahid tu memang baik orangnya" tambah Mak. "Mustajab, doa orang yang betul-betul mencari redha Allah..." tambah Nenek pula.

Pas merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) apabila calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut, menang dengan majoriti 2,631 undi.

Abdul Wahid yang juga Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu memperoleh 32,883 undi menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mendapat 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, hanya menerima 193undi, sekali gus hilang deposit.

Undi rosak pula sebanyak 665 undi manakala peratusan keluar mengundi ialah 79.73 peratus atau 63,967 pengundi.

Pilihan rakyat Terengganu memang aku kira bijak dan tepat kerana rekod bersih Mohd Abdul Wahid Endut memaparkan kejujuran dan dedikasi beliau terhadap rakyat. Sudah menjadi yang sepatutnya bagi kita rakyat untuk mengundi dan menentukan pemimpin yang terbaik untuk semua. Bukan sekadar melihat pada parti politik terbabit tetapi memastikan jua individu calon tersebut kerana, sekiranya calon tersebut benar-benar ikhlas dan mengikut agama Islam, tidak kira di parti manakah dia, pasti mampu bersatu dan mewujudkan kerajaan yang bersih. Kerana itu "ISLAM ADALAH CARA HIDUP". Merangkumi setiap aspek kehidupan tanpa meninggalkan sedikitpun. Mari wujudkan negara Islam yang bukan sekadar pada namanya.... insyaAllah...

Friday, January 16, 2009

Persediaan Untuk INTRA

بسم الله الرحمن الرحيم



Selesai sahaja taklimat Latihan Industri di Dewan Bestari, aku bergegas ke perpustakaan lantas menghidupkan komputer riba peribadi ini. Penulisan yang agak hambar baru-baru ini memujuk diriku agar menulis tentang diri yang mungkin sedikit-sebanyak mampu menambah isi buat tinta digital ini. Semester hadapan adalah semester ke-7 dan lebih tepat lagi semester untuk keluar mencari pengalaman dalam dunia industri. Walaupun sebelum ini sudah pun menjalani latihan industri semasa di peringkat diploma dan tidak kurang juga bekerja selama 1 tahun di IRIS, sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkan MyKad, e-Passport, Sistem Touch'N'go untuk bas-bas RapidKL, KTM Komuter dan KL Monorel. Diri ini masih dalam perancangan samada mahu kembali menyertai sahabat-sahabat sekerja di IRIS dengan plan 'belajar sambil bekerja' dan sesudah itu terus bekerja di syarikat tersebut. Dalam pada yang sama, aku masih mempertimbangkan untuk memohon kepada sebuah syarikat di Kuantan kepunyaan ibu kepada seorang sahabat. Syarikat perisian yang lebih menjurus kepada 'Sumber Terbuka' sudah pasti membuka selera. Ketandusan pengalaman dan ilmu-ilmu dari pihak-pihak yang lebih handal dan mahir dalam bidang ini membuatkan aku lebih ingin meningkatkan ilmu di dada seiring dengan tuntutan Islam. Bagaimana harus ku mulakan? Ah... hilang sudah ide-ide menarik untuk dikongsikan. Terlalu menusuk ke sumsum kesejukkan hawa dingin. Mungkin kerana kerus-kerusi yang tiada diduduki. Kosong. Lengang. Hambar. Namun tidak sunyi kerana ditemani bualan-bualan dan siulan-siulan beberapa makhluk yang mungkin berilmu dan terpelajar tetapi tidak mampu menganalisa papan tanda yang tergantung di sana-sini.

"ZON SENYAP / QUIET ZONE"

Thursday, January 15, 2009

Untukmu Mujahidah Sejati

بسم الله الرحمن الرحيم






Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indah nan permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah
menjadi muqarrabin, bermujahadah
menuju cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam diri dengan dosa-dosa



Tuesday, January 13, 2009

Boikot Bukan Cara Rasulullah?

بسم الله الرحمن الرحيم





Assalamualaikum w.b.t. . Entri kali ini adalah untuk memberikan pandangan atau pendapat bagi menjawab pertanyaan yang dilontarkan kepada saya oleh seorang sahabat seperjuangan. Dan dengan ilmu serta sedikit-sebanyak usaha selidik yang saya lakukan, saya menjawab soalan beliau yang tertera di bawah. Anda dialu-alukan untuk mencambah sebarang pandangan bagi mendapatkan perbincangan yang lebih sihat dan mantap, insyaAllah.

Soalan : "ada orang cakap boikot bukan cara Rasulullah. bahkan dalam peperangan dan juga perang saraf baginda, tidak pernah ada cara boikot. So, orang tu pun x nak boikot..what's ur opinion?
Saya memang xstuju sangat2..ada hujjah tambahan?huhu.."


Jawapan : "Boikot ini pernah dilaksanakan pada zaman Rasulullah terhadap orang Yahudi. Sebagai contoh Telaga Ruumah (Bir Ruumah) yang dimiliki oleh Yahudi, telah diboikot oleh umat Islam di Madinah. Begitu juga dengan pasar-pasar Yahudi yang diboikot di Madinah. Ini kerana berlaku penipuan yang dilakukan terhadap orang Islam,"
Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18679&Itemid=1

Jika kita fikirkan secara logik, selami maksud boikot itu sendiri. Memboikot ISRAEL & AMERIKA bermaksud memulaukan atau tidak membeli barangan buatan mereka atau lebih tepat lagi, tidak menyalurkan sumber ekonomi kepada mereka. Mudah, di sini kita dapat lihat bahawa tidak memboikot bermaksud 'menyokong' kerana kita menyalurkan sumber ekonomi kepada MUSUH ISLAM dan sumber ekonomi ini digunakan pula untuk menghancurkan Islam. Di manakah kita? Pembantu saudara-saudara kita ataupun pembantu musuh-musuh ISLAM untuk menghancur-leburkan Palestin?

Jika ada pihak yang mengatakan boikot bukan cara Rasulullah, ambillah segala-galanya yang dikatakan bukan cara Rasulullah. Rasulullah menunggang kuda sebagai pengangkutan, pedang, panah dan tombak sebagai senjata. Jadi adakah kita mesti melawan ZIONIS dengan menggunakan pedang, panah dan tombak?

Kita mengambil pendekatan yang seiring dengan zaman selagi tidak melanggar syarak. Tiada pengharaman dalam menggunakan senjata api untuk menentang MUSUH ISLAM bahkan DIPERINTAHKAN lagi untuk umat ISLAM berperang sekiranya DIPERANGI dan tiada juga pengharaman BOIKOT. TIDAK MEMBOIKOT boleh menjadi syubhah dan haram kerana ia membantu MUSUH ISLAM.

Sesetengah pihak memperlekeh bahawa BOIKOT tidak akan memberi kesan kepada serangan Zionis terhadap Gaza. Apakah tindakan MEMPERLEKEH boleh menghentikan serangan tersebut dan membebaskan Gaza dari tindakan kejam yang tidak berperikemanusiaan? Jika sekadar 'berhenti dari membeli barangan mereka' pun tidak mampu kita lakukan, apatah lagi menghantar bala tentera Islam untuk menghulurkan tangan bagi yang memerlukan. Pergilah menghadirkan diri sebagai tentera perang mewakili Melayu kita menuntut hak keamanan Islam di Gaza sekiranya boikot bukan cara Rasulullah. Perangilah mereka yang memerangi dan menzalimi saudara kita dan itu cara Rasulullah.

Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barang siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman.’” (HR. Muslim).

"Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir." (Al-Jaathiya: 13)


Wallahu'alam.

Monday, January 12, 2009

10 Steps To Support Gaza

بسم الله الرحمن الرحيم




1) Follow up the news about what is happening in Gaza. The number of shuhada', injured people, the volume of destructions etc.
2) Download pictures of the massacre and distribute to your friends via print outs, e-mails, on the mobile.
3) Follow up on the achievements of the Palestinian resistance heroes in Gaza. What victories they achieve every day, how many soldiers they kill, how many tanks they destroy.
4) Call the people of Gaza tell them where you from and share with them your feelings of sympathy and support and your confidence that they will win in this war. You can call this number 009708285xxxx. Replace the x's with any number.
5) Paste pictures of Gaza on your notebooks, in your romm, PC desktops.
6) Participate in as much activities about Gaza as you can. Talks, gathering, seminars.
7) Organize activities on what is happening in Gaza in your neighborhood, in your collage, surau's (e.g: Organize Qiyamullai in grops especially for the people of Gaza) etc.
8) MAKE THIS THE MOST IMPORTANT TOPIC OF YOUR DISCUSSIONS AMONGST YOUR FRIENDS. MAKE IT THE FIRST THING AFTER GREETING THE PEOPLE YOU MEET THAT YOU TELL OR ASK ABOUT.
9) BOYCOTT!!! BOYCOTT!!! BOYCOTT ISRAELI & AMERICAN PRODUCTS.
10) REMEMBER THEM IN YOUR DO'A AND PRAYER.

Source: Al-Aqsa Friends Society UIAM , Humaira's Writing Den

.....

Sunday, January 11, 2009

Perhimpunan Aman Palestin. Di Mana Pemuda Pemudi Kita?

بسم الله الرحمن الرحيم






Lewat pagi semalam saya tiba di Stadium Melawati Shah Alam bersama Abu Jihad Rafsanjani, sahabat seperjuangan di kampus. Hadir saya di sini demi menyatakan rasa tidak puas hati dan membantah kezaliman dan keganasan rejim zionis yang mengabaikan erti kasih sayang serta nilai-nilai kemanusiaan. Pembunuhan dan penyeksaan terhadap rakyat juga umat Islam Palestin di Gaza, terlalu menyayat hati saya. Pasti juga meluluhkan perasaan seluruh saudara Islam sedunia. Memijak bendera Israel laknatullah yang menjadi hamparan kaki-kaki melontarkan kutukan terhadap ketidakberperikemanusiaan rejim itu di pintu masuk stadium dan sejurus menjejakkan kaki ke dalam lokasi, sedikit hampa yang mampu saya ungkapkan. 'Deklarasi Rapat Umum Selamatkan Gaza' tidak semakmur sambutan TAHUN BARU 2009 yang kuantitinya melebihi berganda-ganda. Sepintas itu jua hati berbisik di manakah anak-anak muda yang lain? Yang kononnya gagah berani mati dengan 'merempit' enjin-enjin mereka, yang kononnya mampu berjuang dengan 'membelasah' orang-orang yang tidak bersalah. Ah... Bagaimana harus ku suntikkan kesedaran dan keinsafan dalam lubuk hati mereka. Keluhan atas dasar kelemahan diri sendiri yang kadang-kala cuma mampu menegur dengan hati dan itulah selemah-lemah iman. Memang perlu Islam sebagai pemimpin agar mampu menggerakkan tangan dan bukan sekadar kata-kata kosong dan teguran dalam kalbu. Ayuh rakan, lakukan yang termampu. Jihad menentang rejim zionis, nyatakan bantahan serta kutukanmu, hulurkan sumbangan jika dirimu tidak pergi berperang. Bangun kita bermunajat pada Allah di tengah malam, pohonkan padaNya keselamatan disulami kekuatan untuk memerangi musuhNya Israel laknatullah.

Khaibar Khaibar Ya Yahud! Jaisyu Muhammad saufa ya'ud!!!
Jaga-jaga wahai Yahudi! Tentera Muhammad pasti datang!!

Thursday, January 01, 2009

Kesibukan Yang Melanda

بسم الله الرحمن الرحيم


Sedar tidak sedar hari ini sudah 1 Januari 2009 bersamaan dengan 4 Muharram 1430 Hijrah dan aku masih belum keluar dari kancah kesibukan yang terpaksa kuharungi sejak bermulanya cuti semester yang sudah berpenghujung ini. Masih banyak yang perlu diselesaikan dan lebih tepat lagi perlu cepat diselesaikan. Ide-ide bernas sudah terkumpul di ruangan temporary tempurung otak tetapi belum sempat ku hamparkan ke hamparan digital ini dan oleh itu aku ingin mengambil kesempatan ini memohon kemaafan kepada semua pembaca, sahabat-sahabat blog, dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam penulisan blog ini. Belum berkesempatan untukku menekan papan kekunci XPS ku bagi mengarang himpunan ide-ide penulisan. Design-design baju yang masih belum ku photoshopkan, semak-samun belakang rumah yang masih belum tercantas, laman web pelanggan yang masih belum kusempurnakan, logo UniKLux yang tidak terlakar, tutorial XAMPP buat sahabat dan kerja-kerja yang masih terkumpul menanti untuk dibereskan. Tambahan pula semester yang bakal bermula, melambai-lambai bersama nota-nota dan buku-buku yang baru sahaja aku pinjam dari kakak kesayanganku membuat aku bertambah bimbang. Ya Allah, bantulah hambaMu ini dan permudahkanlah segala urusanku...