Tuesday, November 25, 2008

Muat Turun Gambar-gambar LAKIUM 08!

بسم الله الرحمن الرحيم



Gambar-gambar ini telah diambil menggunakan kamera Nikon COOLPIX S200 sejak dari hari pertama LAKIUM 08 sehingga hari perpisahan oleh Huzaifah dan sahabat-sahabat. Gambar-gambar yang dipaparkan di atas adalah sebahagian dari sejumlah 216 gambar. Kesemua gambar boleh dimuat-turun di sini :

http://rapidshare.com/files/167263309/gambar_lakium_huzaifah.org.zip


Resolusi gambar-gambar telah dikurangkan sehingga 1024x768 dan jika anda memerlukan gambar dengan resolusi yang lebih tinggi, sila emelkan kepada saya di huzaifah@huzaifah.org .
Fail 'zip' yang mengandungi gambar-gambar LAKIUM 08 telah dikuncikan dengan kata laluan yang boleh didapati dengan meng'emel'kan kepada saya, nama dan butir ringkas diri anda demi mengeratkan lagi silaturrahim antara kita. Sekiranya terdapat gambar-gambar yang membuatkan anda berasa kurang senang dan sebagainya, sila emel kepada huzaifah@huzaifah.org dan saya di sini memohon seribu kemaafan andai terlanjur bicara dan perbuatan. Semua yang baik itu anugerah dari Allah dan yang kurang itu datangnya dari kelemahan saya sendiri. Semoga LAKIUM 08 kali itu mempertingkatkan lagi kekuatan iman dan kesungguhan dakwah antara kita disamping mengikat ukhuwah Islamiah sesama kita. Wallahu'alam.




Sunday, November 23, 2008

Mari Sertai Usrah Perkhemahan Santuari Ikan Sungai Chiling

بسم الله الرحمن الرحيم



Usrah C-16-3 Pangsapuri Melur akan mengadakan satu perkhemahan berupa riadhah melihat kebesaran dan keagungan Allah s.w.t, Pencipta seluruh alam ini. Kami mengalu-alukan penyertaan sesiapa sahaja (muslimin) yang berminat. Kelebihan lokasi ialah terdapat air terjun setinggi lebih kurang 10m, ikan-ikan yang jinak dan kawasan perkhemahan yang banyak kemudahan.

Lokasi : Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu
Tarikh : Rabu, 26 November 2008
Pengisian : Tazkirah, 'Jungle Trekking', Berenang, Muhasabah Diri dan sebagainya



Perkhemahan ini terbuka kepada sesiapa sahaja muslimin (lelaki) yang berminat.

Sila hubungi Huzaifah (0173738674) untuk maklumat lanjut dan penyertaan.

Marilah bersama-sama merapatkan silaturrahim di samping melihat dan membesarkan keagungan Allah s.w.t. Allahuakbar!

Friday, November 21, 2008

Resolusi Ringkas LAKIUM 08

بسم الله الرحمن الرحيم




LAKIUM 08 - Latihan Kepimpinan Islam Universiti Malaya
Anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Pertubuhan Ulama' Malaysia
Bertempat di Pusat Belia Bukit Lagong, Selayang
Pada 18-21 November 2008

Alhamdulillah, pertama-tama sekali aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana masih diberi peluang untuk meneruskan tinta digital ini. Syukur alhamdulillah juga kerana LAKIUM 08 berjalan dengan lancar walaupun inilah kali pertama setelah sekian lama PMIUM tidak menganjurkan LAKIUM. LAKIUM kali terakhir ialah pada 1979 dan LAKIUM kali ini dikendali oleh generasi-generasi baru yang memang mantap dan terserlah daya kepimpinan mereka untuk mewariskan ilmu kepimpinan yang mereka miliki. Seramai 123 orang muslimat dan 39 orang muslimin yang berjaya menjadi produk LAKIUM 08 ini.

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujuraat: 13)


Walaupun program ini adalah khusus untuk pelajar Universiti Malaya namun penganjur tidak pernah lokek untuk membuka peluang kepada pelajar-pelajar lain ataupun peserta luar kerana terdapat lima sahabat dari luar yang dua daripadanya mahasiswa UNITAR dan KPTM Kota Bharu manakala selebihnya dari UNIKL MIIT. Sudah pasti aku adalah salah seorang dari peserta luar tersebut, alhamdulillah.



Pengisian LAKIUM 08 begitu bermakna dan penuh dengan pengisian ilmiah dan menarik. Ceramah-ceramah dari penceramah yang memang mantap seperti ustaz Hasrizal (SaifulIslam.com) dan ustaz Anwar Ridhwan. Tidak kurang juga di antara urusetia LAKIUM 08 juga terdapat ustaz yang mampu memberikan tazkirah dan kata-kata peransang seperti ustaz Yusri Hafiz dan ustaz Shafie. Bukan itu sahaja malah aktiviti-aktiviti 'Team Building' membina serta mencungkil bakat kepimpinan, merancang strategi dan semangat kerjasama ukhuwah sesama peserta. Bak kata saudara Hadi, 'partisipasi' adalah penting di kalangan peserta bagi menjayakan sesuatu program.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) juga sangat bermakna dengan topik-topik perbincangan yang diberikan membentuk usrah dalam kumpulan. Biarpun fasilitator-fasilitator dan urusetia kebanyakannya sebaya dan lebih muda dariku namun mereka terdiri dari barisan hebat PMIUM. 'Besar jangan disangka bapa dan kecil jangan disangka anak', pepatah yang paling sesuai dianalogikan untuk mereka. Kagum dengan mereka, menyalakan api semangat dalam jiwa untuk terus menimba ilmu yang tidak seberapa ini.

Latihan Kepimpinan Islam memang tidak lengkap sekiranya cuma diberi persediaan rohani. LAKIUM 08 bukan sahaja mencurah pengisian rohani namun dilengkapi dengan latihan fizikal dan aktiviti jasmani yang menarik. 'Flying Fox' dan 'Wall Climbing' adalah diantara aktiviti yang mampu menguji keberanian dan kekuatan fizikal peserta.

Semoga LAKIUM 08 kali ini mengikat ukhuwah di kalangan sahabat dan sahibah sekalian, insyaAllah. Akan aku kemaskinikan lagi 'entries' mengenai LAKIUM dengan foto-foto yang aku 'cheese' tapi memandangkan kamera teringgal di rumah emak tersayang, terpaksalah niat murni ini ditangguhkan. InsyaAllah, minggu hadapan aku sediakan muat turun bagi sahabat-sahibah semua.

Tuesday, November 18, 2008

Latihan Kepimpinan Islam, Aku Datang!

بسم الله الرحمن الرحيم




Lebih kurang setengah jam sebelum bertolak ke LAKIUM, kem Latihan Kepimpinan Islam Universiti Malaya anjuran PMIUM (Persatuan Mahasiswa Islam UM) dan aku masih sempat 'memulun' sebuah 'entry' blog di sini. Kem ini akan berlangsung selama tiga hari dua malam dan selama itu juga aku tidak akan meng'atas-talian'kan (online) diri aku, jadi tiadalah akan dikemaskini tinta digital ini sehinggalah aku selamat kembali dari kem. Buat sahabat dan sahibah, doakan aku dapat meningkatkan lagi diri ini dari semua segi insyaAllah.

Sabda Rasulullah SAW : 'Sesiapa yang mempelajari ilmu kerana Allah, tidak mempelajari ilmu kerana inginkan harta dunia, tidak akan dia temui kecuali Syurga hari akhirat kelak.' -Riwayat oleh Abd. Razak.


Semoga aku mampu mencedok sebanyak-banyak ilmu dan pengalaman dari kem ini. Wassalam...

Monday, November 17, 2008

Moyang Lahirkan Anak Kembar Tiga

بسم الله الرحمن الرحيم

Akhirnya, moyang yang mempunyai tiga cicit itu selamat melahirkan tiga anak lagi pada jam lebih kurang 5 pagi tadi. Moyang yang dikenali dengan nama 'Nenek' itu adalah kucing belaanku yang sudah bertahun-tahun dalam jagaan keluargaku. Pagi tadi lebih kurang jam 3 aku dikejutkan dengan kehadiran Nenek disebelahku. Ia baring dan tidur betul-betul bersebelahan denganku. Pelik kerana aku sudah menutup pintu bilik sebelum tidur tapi dengan izin Allah s.w.t, telah tiba waktu untuk ia melahirkan anak. Sewaktu aku bangun untuk menunaikan solat subuh, aku lihat kesan darah pada lantai di bawah katil dan alhamdulillah, Nenek selamat melahirkan tiga ekor anak di dalam kotak yang aku sediakan.




وَفِي خَلْقِكُمْ وَمَا يَبُثُّ مِنْ دَابَّةٍ آيَاتٌ لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
٤٥:٤
Dan pada penciptakan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang bertebaran (di muka bumi) terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk kaum yang meyakini, (Al-Jaathiya:4)
Sebelum ini, Nenek pernah melahirkan sehingga lima ekor anak sekaligus tetapi kali ini hanya tiga ekor. Mungkin kerana ia sudah terlalu tua dan yang pastinya selepas ini kami sekeluarga mengambil langkah untuk memandulkan semua kucing-kucing betina kami yang sudah matang agar bilangan kucing tidak bertambah lagi dalam masa terdekat ini kerana pada hari ini, jumlah semua kucing di rumahku ialah 14 ekor. Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga dan hamba-hambaNya yang pemurah lagi penyayang.

Sunday, November 16, 2008

Tiga Kucing Beranak Serentak

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t... Kali ini aku nak berceritera mengenai kucing belaanku. Sekarang ini, jumlah kucing yang dibela adalah 4 ekor dan sebelum ini pernah mencecah sehingga 15 ekor tetapi diberi pada jiran-jiran, lari, mati dan sebagainya. Nak dijadikan cerita, kucing-kucing aku dah mencecah ke generasi ke-6 kalau tidak silap. Dan baru-baru ini sahaja tiga dari empat ekor kucing tersebut telah bunting. Yang paling menarik sekali ialah, ketiga-tiga ekor kucing tersebut mempunyai tali persaudaraan generasi iaitu, mak-anak-cucu.

Nenek yang sarat buntingNenek yang sarat bunting
Rocofoco yang comelRocofoco dan 3 ekor anak-anaknya

Kucing yang bernama 'Nenek', anaknya 'Antidote dan cucunya 'Rocofoco'. Antidote dan Rocofoco telah selamat beranak pada semalam dan hari ini. Nenek masih lagi mencari tempat strategik bagi melahirkan anaknya. Sekarang, kucing-kucing ini telah sampai ke generasi yang ke-7 dan Nenek sudah menjadi moyang. MasyaAllah... Betapa hebatnya kuasa Allah s.w.t yang menjadikan. Itulah 'kun fayakun'. Semoga kita dikurniakan hati yang pemurah lagi penyayang terhadap makhluk-makhluk Allah s.w.t. .

Friday, November 14, 2008

Islamic Operating System - Ubuntu ME

بسم الله الرحمن الرحيم


Ubuntu Muslim Edition

UbuntuME stands for Ubuntu Muslim Edition. Ubuntu Muslim Edition is a free, open source operating system based on the popular Ubuntu Linux.

What is Linux?

Linux is a free, efficient and secure operating system. Unlike Microsoft Windows and other proprietary systems, Linux is publicly open and extendible by contributors.

What is Ubuntu?

Ubuntu is a popular Linux distribution, designed with the intent of overthrowing Microsoft Windows as the world's most widely-used operating system.

The distro is composed entirely of open source components, which have been heavily modified for easy of use and migration for users familiar with Microsoft Windows, take a look here. The name Ubuntu is derived from the Zulu word for humanity, which has been incorporated into South African culture as “humanity towards others”.

What is Ubuntu Muslim Edition?

Ubuntu Muslim Edition is a set of packages that customizes the Ubuntu distro by installing islamic software (prayer times, Quran study tool, web content filtering tool etc.) and by changing its design.

Why a "Muslim Edition"?

Ubuntu is a great distro, easy to use for a novice user, with the most-used Office, Internet, Graphics and Video applications already installed but we think that for Muslim users it would be great to have “out of the box” Islamic software and tools installed as well.

How do I install UbuntuME?

Follow these instructions.


more informations on http://www.ubuntume.com/


..............................................

Wednesday, November 12, 2008

Kenderaan Penyelamat Dunia

بسم الله الرحمن الرحيم

Dunia hari ini diancam dengan pemanasan global kesan dari penggunaan tenaga yang melampau ditambah dengan pencemaran yang tidak putus-putus oleh manusia, hambaNya. Apakah itu pemanasan global? Secara ringkas, pemanasan global adalah peningkatan suhu rata-rata permukaan bumi yang dapat kita rasakan semakin ketara baru-baru ini. Apakah peranan kita demi menyelamatkan bumi kita? Kita sebagai khalifah perlu bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan juga kesuburan bumi kita.

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ . ٢٨:٧٧
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. [Al-Qasas:77]

Mengambil langkah yang bijak setelah mempertimbangkan beberapa perkara, inilah sumbanganku dalam tidak menambah lagi pencemaran alam dan pemanasan global. Berbasikal ke kampus. Aku telah berbasikal dari rumah ke kampus sebagai kenderaan utama sejak awal Julai 2008. Dengan jarak lebih kurang 5km dari rumah, memang ideal untuk berkayuh disamping mampu meningkatkan lagi tahap stamina dalam diri. Basikal, kenderaan yang mampu menyelamatkan dunia. Aku sarankan kepada rakan-rakan agar mari bersama-sama denganku jika jarak perjalanan itu tidak terlalu jauh, tidak diabaikan jua aspek-aspek keselamatan marilah kita mengayuh basikal. Kurangkan karbon monoksida, kurangkan haba di jalanraya.




Dua minggu lalu, kunci basikal yang aku kuncikan di 'basement' tempat meletak kenderaan hilang bersama-sama dengan pagar besi DBKL. Selama ini, pagar besi itulah yang menjadi tempat sandaran "BMC Virus 01" ku itu. Puas aku cari di seluruh 'basement' namun tidak bertemu jua. Aku sandarkan saja basikal pada pagar besi yang lain dan bertawakkal kepada Allah agar nasib basikalku tidak serupa dengan kunci bernilai rm60 yang telah hilang. Dan dua hari lepas, alhamdulillah rupa-rupanya pagar besi DBKL mudah alih itu sudah dibawa ke atas. Aku lantas cepat-cepat membuka kunci yang masih terkunci di pagar tersebut dan mula mengayuh semula ke kampus. Bila hari hujan, aku akan menggunakan RapidKL aliran Ampang (Star LRT) dan bertukar ke Monorel untuk sampai ke universiti. Demikianlah kisah aku dengan kenderaan penyelamat dunia... Mengapa kita tidak mampu menjadi seperti di negara-negara yang sudah menggunakan basikal sebagai pengangkutan utama di bandar seperti di Jepun dan sebagainya? fikir-fikirkanlah... Wallahua'lam...

.....................................

Tuesday, November 11, 2008

Kepala Lutut Juga Boleh Berfikir

بسم الله الرحمن الرحيم




Tidak disangka-sangka, rupa-rupanya bukan sahaja akal di dalam kepala yang boleh berfikir malah kepala lutut juga boleh melakukan perkara yang sama. Cuma yang tinggal bila kepala lutut yang digunakan untuk berfikir, hasilnya akan menjadi sangat jahil dan sama sekali tidak sebijak akal yang berfikir. Baru-baru ini, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa pengkid atau tomboi adalah haram. Definisi pengkid dan tomboi boleh dirujuk di sini http://fiq-life.blogspot.com/2008/11/pengkid-cabar-fatwa.html . Sejurus MFK mengeluarkan fatwa sedemikian, satu demonstrasi telah tercetus menentang fatwa berkenaan sambil memaparkan sepanduk-sepanduk yang jahil dan melaungkan kata-kata yang kesat kepada agama Islam itu sendiri.


Ini adalah klip video demonstrasi tersebut dan yang antara fakta video ini ialah:
1) Hampir semua yang kelihatan 'berdemo' ini bukan Islam. Chinese ramai
dan India..
2) Antara tagline dan kata-kata yang dikeluarkan dan dipaparkan sepanjang berarak ialah
"Short hair,who care..STUPID FATWA EVERYWHERE"
"Moral diri BUKAN penentu kestabilan masyarakat"
"Tomboy is not A CRIME"
"Keadilan untuk semua tanpa batasan"
"Lawan SEMUA FATWA menindas perempuan"-Main Banner
"Berhenti mengawal pemakaian,tingkahlaku,dan pemikiran rakyat"

Di manakah moral dan kebijaksaan pemikiran mereka? "Moral diri BUKAN penentu kestabilan masyarakat", mungkin sahaja bagi mereka apabila dunia ini penuh dengan golongan yang tidak bermoral seperti perogol, perompak, peragut dan sebagainya barulah masyarakat akan stabil. Ini adalah contoh apabila lutut digunakan untuk berfikir dan bukan akal yang dianugerahkan Allah s.w.t. Fatwa dituduh 'STUPID' dan adakah mereka sendiri memahami apa itu fatwa? Ini ibarat memijak-mijak Islam yang syumul. Saya kira mereka tidak mempunyai kesedaran, moral dan akal untuk berfikir dengan baik oleh itu baru mereka berfikir menggunakan lutut. Marilah kita sama-sama menegakkan agama Islam yang syumul.

Monday, November 10, 2008

Kem Sempena Cuti Semester!

بسم الله الرحمن الرحيم



Mari mengisi masa terluang ketika cuti semester yang bakal tiba. Jom kita sertai LAKIUM!
LAKIUM adalah program yang dianjurkan oleh PMIUM (Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya) dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia kepada mahasiswa Islam Universiti Malaya sebagai usaha mempertingkatkan lagi kefahaman Islam kepada semua. LAKIUM merupakan peluang terbaik buat semua mahasiswa dalam memahami konsep Islam yang syumul disamping meningkatkan ketahanan fizikal, mental dan spiritual dengan pelbagai pengisian dan aktiviti menarik. Penerapan nilai-nilai kepimpinan sepanjang program memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengasah bakat kepimpinan mereka.

Pada 18 November 2008 sehingga 20 November 2008
Bertempat di Sukida Resort, Semenyih

AKTIVITI LAKIUM
- Kuliah : Pengisian yang bersifat motivasi dan ilmiah dalam membangunkan pemikiran kritikal di kalangan peserta.

- Team Building : Membina semangat kerjasama dan menyuburkan ukhuwwah di kalangan peserta dan menerapkan kemahiran insaniah dalam pembinaan individu yang berkualiti dan berkebolehan.

- Pengisian rohani : Menerapkan pembangunan insan dan spiritual di kalangan peserta untuk menjadi mahasiswa muslim yang berkualiti.

- Outdoor Game : Memberi ketahanan fizikal kepada peserta melalui aktiviti sukan yang menarik seperti flying fox, jungle trekking dan berkayak.

BERBAYAR TAK??????????????

Air kosong gelas kecik pun dah 30sen sekarang ni, jadi kalau nak sertai LAKIUM yang penuh dengan aktiviti dan pengisian, ditambah pulak dengan tempat program yang indah di pandang mata berserta makan minum yang menyelerakan, sudah pasti perlu menginfakkan sedikit rezeki pemberian Allah iaitu sebanyak RM15 SAHAJA untuk mahasiswa UM dan RM30 untuk peserta bukan mahasiswa UM. Berbaloi kan untuk sebuah lagi pengalaman???

Jom sertai LAKIUM beramai-ramai semoga mendapat redha Allah di akhirat kelak!

Hubungi 0173738674 untuk sertai bersama saya.

Hubungi 019-3747589 atau 0125841704 untuk mahasiswa UM.

Atau boleh hantarkan e-mail ke :

LakiumPMIUM@gmail.com

Maklumat lanjut sila lawati http://nuwairahazzahra.blogspot.com/

Pakcik Buta yang Celik

بسم الله الرحمن الرحيم


Suatu hari ketika dalam perjalanan ke 'Bandar Raya Islam' Kota Bharu, aku terasa bas berhenti dengan tiba-tiba. Bila ku celikkan mata rupa-rupanya kami sudah tiba di Merapoh, kawasan rehat rutin bagi pemandu-pemandu bas untuk berhenti dan penumpang-penumpang berpeluang untuk ke bilik air mahupun mengisi perut buat sebentar dalam setengah jam lebih kurang. Aku tidak ketinggalan untuk mengambil peluang itu ke tandas, takut-takut nanti ketika dalam perjalanan seterusnya mungkin boleh berisiko untuk terpaksa menahan dengan segala kekuatan. Aku masuk ke tandas yang ibarat seperti 'hab' tandas yang penuh dengan pintu-pintu tandas kecil dan menjurus ke dalam. Paling kurang terdapat 12 tandas di dalam tandas tersebut dan bayaran sebanyak RM0.30 dikenakan untuk sekali masuk. Selesai hajat, aku singgah ke kedai untuk membeli pau dan aku beli 2 biji pau ayam yang rasanya macam dah lama tapi disebabkan itu rezeki aku, alhamdulillah aku telankan sahaja. Kembali ke dalam bas, aku lihat pakcik di tempat duduk belakang masih belum mengisi ruang. Aku duduk di kerusi sambil membuka kitab panduan solat-solat dan ibadah. Aku selak ke ruangan zikir dan meneliti bacaan-bacaan zikir yang terkandung didalamnya. Tidak lama kemudian, suara seseorang memecah kebisingan deruman enjin bas. Pakcik yang duduk di belakangku adalah seorang buta rupanya. Kasihan bisik hatiku. Setelah semua penumpang kembali ke dalam bas, pakcik tadi bersuara. "Drebar, nati saya nak turun di Ketereh. Di kepok lekor nu..". "Ketereh kepok lekor hok mano eh?", pemandu bertanya menjawab pertanyaan pakcik buta tersebut. Seorang lagi pemandu mencelah, "Hok dekat nge umoh Zahar tu... Zahar Mahligai". "Oohh... berreehh.. berrehh..." jawab pemandu pertama. "Nati kene royat lagi nge dio tuh. Dio tak ingat tuh nati", pemandu kedua berkata kepada pakcik buta. Bas terus bergerak meneruskan perjalanan dan aku pun melelapkan mata. Pemanduan bas yang agak seperti lagak cerita "Impak Maksima" menerjah tidurku dan aku melihat ke luar. Ya Allah, lajunya bas ni... aku sedikit kecut melihat pohon-pohon dan objek di luar bas yang kurang jelas kerana bas agak laju dan lebih laju dari kereta yang aku pandu ketika ke pantai timur. Tambahan lagi, kawasan Merapoh - Gua Musang - Kuala Krai itu adalah jalan yang agak berliku dan berbelok-belok, membuat hati bertambah bimbang. Aku memejam mata dan hanya mampu berdoa agar kami semua selamat dari segala bencana. Tiba di Kok Lanas, pakcik buta tadi bertanya kepada pemandu, "Sapa mano doh ni drebar?". "Kok Lanas, nok turun di Ketereh ke?" "Horr... di kepok lekor nu... hok umah Zahar tuu...". Bas terus meluncur laju dan pakcik buta tadi tiba-tiba bersuara "Sinii, sapa doh ni..." pemandu bas tidak memberi respon. Mungkin kerana suara pakcik itu agak perlahan maklumlah duduk di kerusi yang belakang sekali. "Lepah doh nih... jauh doh lepah ni drebar heiii..." pakcik tadi bersuara lagi tetapi agak kuat. Terdetik dalam hatiku bagaimana pakcik ini boleh tahu sedangkan matanya tidak boleh melihat. Maha Suci Allah, walaupun pakcik itu buta mata namun dia masih dapat melihat dan merasai dengan hatinya. Pemandu bas yang dapat melihat pun boleh terlepas pandang tetapi pakcik tersebut dapat merasakan dengan jelas tempat yang dimaksudkannya itu. Pemandu memberhentikan bas sejurus kemudian dan pakcik buta itu terpaksa turun berjalan kaki sejauh lebih kurang 300-500m dari jarak yang dilepasi tadi. Di pagi yang masih gelap pekat itu, aku simpati dengan nasib pakcik tersebut. Semoga pengalaman aku ini dapat dikongsi bersama rakan-rakan agar lebih bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t dan menggunakannya dengan baik supaya tidak dipersoalkan di akhirat kelak. InsyaAllah...

Sunday, November 09, 2008

Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan

بسم الله الرحمن الرحيم


Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan, satu kisah mengenai seorang anak watan berdarah pekat Malaysia dari Kampung Pantai Cicak, Sidam Kiri Kedah..As-Shahid Fauzi. Penulisnya (Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai cikgu Non) mengarap kisah ini dengan penghayatan mampu membawa kita mengembara perasaan, hingga adakala timbul rasa hasad dan dengki untuk sama-sama berada di soft mereka.
Bermula hanya dengan impian dan keingginan yang mendalam, di adun ke alam realiti, penghayatan dan kesungguhan jihad muncul hingga sanggup memerah tenaga, usaha dan minda hanya untuk mendapat mahar buat menampung perjalanan ke Afghanistan..

Saat mengadai tenaga semata kerana mencari RM 10,000 Cikgu Non berjaya menghidupkan penghayatan bagi pembaca untuk merasa sama kegigihan dan ukhuwah kala itu. Bukan hanya kata-kata kosong, dimulai oleh cikgu Non sendiri yang berhijrah ke Afghanistan lantas menginfakkan diri sebagai mujahidin, genap dan lebih sedikit dari masa yang dijanjikan as-Syahid Fauzi dan dua lagi rakan menyusul.

Ketidakfahaman bahasa bukan menjadi satu jurang pemisah diantara mujahideen, sebentar saja rasa ukhuwah menular dan membias melahirkan bibit kasih dan sayang pengubat rasa rindu pada keluarga. Yang tinggal dari ukhuwah itu hanya kuasa jihad yang kukuh mengimpikan bidadari Syurga.

Saat takdir Allah menjemput, As-Shahid yang ketika itu ditugaskan berkawal dibukit Quba' bersama seorang mujahid Arab. Memang sudah takdir Allah, dari ratusan butir peluru musuh salah satunya dihadiahkan untuk As-Shahid. Darah merah pekat seorang shahid kekal mengalir menyembah bumi walau ditinggalkan selama 10 jam.

Itulah kisah seorang shahid, tatkala para remaja bersuka ria, sebuk menguruskan urusan dunia , dia rela bergadai nyawa, berdagang mencari Syurga. Walau jauh dari keluarga, rindu memuncak pada ibu bapa.. Saat bedilan bom mengenainya, lalu berterbangan bidadari Syurga menyambut kedatangan seorang lagi pilihan Allah yang shahid menempah firdaus, abadi damai di sana..


Dipetik dari http://nazifatunnisa.blogspot.com/

"Hijrah Huzaifah" - Istiqamah Fiisabilillah

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t buat rakan pembaca sekalian. Hari ini aku ubah blog aku yang bertajuk 'Hijrah Paradigma' kepada 'Hijrah Huzaifah' memandangkan blog aku ini lebih menjurus kepada kisah perjalanan hidup aku walaupun ada dan akan diselitkan kisah tauladan, artikel-artikel berilmu serta tutorial-tutorial berilmu dari sudut ilmu agama mahupun ilmu dunia. 'Hijrah Huzaifah' lebih bersesuaian dengan konsep perubahan hidup aku yang membuat langkah hijrah dan mengharapkan serta berazam untuk terus istiqamah di jalan mendapatkan redha Allah s.w.t. Dan oleh itu, insyaAllah dari hari dan saat ini untuk seterusnya, blog aku akan dikenali sebagai 'Hijrah Huzaifah' - Istiqamah Fiisabilillah, dari kegelapan menuju cahaya redha Ilahi. Tajuk blog bermaksud hijrah aku, istiqamah di jalan Allah. Semoga aku mampu istiqamah dalam menegakkan agama Allah yang syumul...

Wednesday, November 05, 2008

'Final Exam' Bermula!!

بسم الله الرحمن الرحيم



Kertas pertama untuk permulaan peperiksaan akhir semester (Julai 2008) sudah semakin hampir. Bahang soalan-soalan yang bakal menjelma di atas kertas semakin terasa. Baru sahaja di fikiran ingin mereka rekacorak baru untuk 'Hijrah Paradigma" bagi menampakkan kelainan, nama sahaja sudah 'hijrah' dan semestinya berwajah baru, insyaAllah. Tetapi peperiksaan perlu diutamakan dan aku tidak akan melepaskan peluang yang masih ada untuk mentelaah nota-nota yang agaknya baru di kala dan waktu sebegini sahaja akan di selak. Buat teman-teman seperjuangan, selamat menduduki peperiksaan aku ucapkan dan semoga Allah memperkenankan doa-doa hambaNya. Doakan aku wahai teman-teman, semoga peperiksaan kali ini adalah yang terbaik buat kita semua!

Tuesday, November 04, 2008

Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang

بسم الله الرحمن الرحيم




[ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذِينَ عَمِلُوا السُّوءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ تَابُوا مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ وَأَصْلَحُوا إِنَّ رَبَّكَ مِنْ بَعْدِهَا لَغَفُورٌ رَحِيمٌ [١٦:١١٩
Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan karena kebodohannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[An-Nahl : 119]

Monday, November 03, 2008

Hijrah Paradigma

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca yang dimuliakan. Di sini aku menghidupkan kembali tinta digital yang telah aku tamatkan pada 4 minggu yang lalu dengan harapan baru. Di sinilah bermulanya 'Hijrah Paradigma', Dari Kegelapan Menuju Redha Ilahi... hijrahku... bermula di sini.. pada tika ini... demi mencari redha dan cinta Allah... Doakan aku istiqamah wahai teman-teman...