بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum. Okeh. Aku telah pun mula menggunakan Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat setelah meng'
install' ke dalam Alienware M11x dua hari lalu melalui
Wubi. Setakat ini, aku baru mencuba lebih kurang kerana tidak berkesempatan untuk mencuba dengan lebih lagi.
Masalah pertama yang aku hadapi ialah, pemandu (driver) kad
wireless network Alienware M11x iaitu dengan cip Broadcom BCM 43224 tidak di'
install' 'out of the box'. Ini kerana Ubuntu tidak dapat memasukkan
driver tersebut dikhuatiri akan melanggar hak pengeluaran yang tidak diberi kepada Ubuntu. Maka, perlulah aku dan sesiapa sahaja yang menggunakan kad
wireless jenis ini untuk meng
install secara manual dari menu System > Administration > Additional Drivers (Sila guna kabel untuk sambungan internet sementara
wireless masih belum boleh diguna).
Antara kumbang-kumbang (bugs) yang aku dapati ialah apabila Ubuntu memaparkan skrin
authentication dengan perlunya user memasukkan
password, tidaklah boleh dengan hanya menekan kekunci 'Enter' kerana ini akan mengakibatkan tetingkap
authentication itu akan statik di situ sahaja melainkan anda klik kanan pada taskbar dan tutup secara paksa (force exit).
Antara lain, aku terjumpa
LibreOffice dari The Document Foundation, dahulunya OpenOffice yang telah dibeli oleh ORACLE. Aku tengah lagi memuat turun installer LibreOffice, jadi terpaksalah aku menunggu termasuklah anda semua. Nantikan pandangan guna uji LibreOffice dalam perkongsian yang seterusnya insyaAllah.