بسم الله الرحمن الرحيم
- Halal lagi Suci (Yang cetak rompak mungkin haram/syubhah)
- Terpelihara dari segala anasir-anasir yang tidak baik kerana perisian cetak rompak berkemungkinan besar telah dicemari oleh virus yang mampu mencuri data-data peribadi kita secara tidak langsung.
- Selamat dari diserbu dan disaman sekurang-kurangnya RM20,000 kerana memiliki perisian cetak rompak.
- Perisian tulen lebih efektif dan stabil berbanding produk cetak rompak yang telah digodam (hack).
- Memartabatkan hak-hak pemilik perisian terutamanya warga Malaysia dan beragama Islam.
- Menggalakkan pertumbuhan perisian berasaskan sumber terbuka (open source).
- Memajukan industri perisian negara.
- Mengurangkan risiko kerosakan komputer akibat diserang virus dari perisian cetak rompak.
- Memupuk sikap lebih menghargai sesuatu perisian.
- Memberi peluang kepada orang seperti saya untuk menulis idea-idea yang tercambah ke dalam blog.
huzaifah.org dengan ini menyatakan terang-terangan hasrat bersama, menyokong perisian tulen dan membantah perisian cetak rompak! Islam adalah cara hidup!
Wallahu'alam...