Showing posts with label komputer. Show all posts
Showing posts with label komputer. Show all posts

Thursday, October 28, 2010

Who Says Your WiFi is Secure? Firesheep Said No.

بسم الله الرحمن الرحيم


Ohh, tajuknya berbahasa Inggeris namun perinciannya akan aku karangkan dalam bahasa ibunda kita, bahasa Malaysia. Lagipun bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan walaupun cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tajuk kali ini agak hangat iaitu berkenaan dengan keselamatan informasi anda ketika melayari internet dengan menggunakan talian tanpa wayar.

Dari pengamatan selama aku berkecimpung dalam dunia digital sejak tahun 1998, kebanyakkan kita tidak tahu menahu tentang keselamatan dalaman talian tanpa wayar atau lebih dikenali sebagai WiFi. Kita merasakan bahawa talian itu sudah cukup selamat kerana perlu memasukkan kata kunci untuk menyambung ke jaringan. Tetapi hakikatnya anda salah kerana sesiapa jua boleh mengakses maklumat kita yang tidak diencrypt di internet.

Sebagai contoh terbaik, ketika anda memasukkan id pengguna dan juga kata laluan di Facebook, maklumat tersebut diencrypt oleh Facebook, walaubagaimanapun sesi anda selepas anda berjaya mengakses akaun anda tidaklah diencrypt. Ini telah dibuktikan oleh seorang pembangun aplikasi web yang telah mereka sebuah aplikasi tambahan Firefox yang dipanggil Firesheep, mampu merembat segala maklumat yang terkandung di talian tanpa wayar hanya dengan beberapa klik sahaja!



Bayangkan, semua maklumat anda diketahui oleh pihak ketiga yang tidak anda ketahui siapakah gerangannya. Sekiranya anda masuk ke laman sosial Facebook, dia pun masuk sekali. Sekiranya anda masuk ke Maybank2u pula, dia pun turut ikut masuk sekali. Sudahnya? Anda fikir-fikirkanlah sebelum menggunakan talian tanpa wayar. Pastikan keselamatan maklumat anda terjamin.

*encryption - proses merahsiakan sesuatu maklumat dengan algoritma tertentu.

Wallahu'alam.

Saturday, October 09, 2010

7-Zip Theme Manager Kini Dengan 64-Bit!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum. Kali ini aku nak kongsikan dengan pembaca semua berkenaan dengan 7-Zip Theme Manager, sebuah perisian yang mampu merubah wajah duka 7-Zip menjadi lebih ceria dan membuatkan anda semua pasti terpesona dengan perisian 'archiver' atau peng 'compress' open source percuma sekaligus meninggalkan perisian zip dan rar berbayar yang anda lanunkan selama ini.



Terlebih dahulu, 7-Zip adalah sebuah perisian archiver atau compression seperti WinRAR dan juga WinZip. Beza antara 7-Zip dan kedua perisian tersebut ialah, ianya PERCUMA. Percuma dan juga open source. Namun begitu, tidak ramai yang menggunakannya kerana Graphical User Interface (GUI) atau 7-Zip agak hodoh dan kurang ceria.

Masalah ini telah diatasi oleh 7-Zip Theme Manager yang direka oleh KillerCookie. Versi yang terdahulu cuma menyokong CPU 32-Bit tetapi kini ia telah diperbaharui dengan sokongan 64-Bit. Mari kita sama-sama gunakan perisian percuma ini dan kurangkan cetak rompak. Jangan menjadi lanun sekiranya terdapat perisian seumpama yang percuma!

Anda boleh muat turun 7-Zip Theme Manager di sini.

Thursday, October 07, 2010

Seksikan Blog Anda Dengan SexyLightBox

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum WBT. Sebenarnya aku ada banyak lagi kerja yang perlu disudahkan lagi-lagi kerana kesuntukan masa yang teramat sangat. Tapi oleh kerana aku tengah merehatkan diri, ingin aku kongsikan bersama segenap pembaca Hijrah Huzaifah (macamlah ramai sangat) ilmu yang boleh menambahkan kemahiran pengaturcaraan web sekaligus mencantik dan mengseksikan lagi blog anda.

SexyLightBox ialah klon kepada LightBox tetapi lebih seksi dan lebih ringan. Kedua-dua tersebut ialah skrip java yang mana mampu merubah cara paparan gambar pada sesebuah blog. Dari segi manakah cara paparan gambar itu diperbaharui? Sila klik pada mana-mana gambar di bawah bagi melihat contoh penggunaan SexyLightBox versi 2.3 --->




SexyLightBox akan memaparkan thumbnails tersebut di dalam tetingkap yang seksi. Ia juga membuatkan blog anda mempunyai daya tarikan tersendiri dengan adanya photo gallery sekaligus memudahkan semua pembaca anda melihat gambar-gambar yang banyak tanpa perlu klik back dan seterusnya.

Cara-cara untuk menggunakannya bolehlah didapati di laman empunya SexyLightBox.

Sekian.

Wallahu'alam.

Monday, October 04, 2010

Bagaimana Memasang Favicon Sendiri Dalam Blogger

بسم الله الرحمن الرحيم


Pertama-tama sekali, mungkin ada diantara kalian yang bertanyakan APA ITU FAVICON? UNTUK APA FAVICON ITU?

Maka di sinilah aku akan kongsikan bersama kamu semua. Boleh juga jika hendak di Google. Lebih mudah dan pantas. Sebab apa? Sebab aku pun belajar melalui Google. Tips aku, jadikanlah Google sebagai sahabat karib kamu semua kerana Google mampu menjawab apa sahaja pertanyaan kalian namun begitu perlu tahu jawapan yang diberikan oleh Mr. Google adalah sangat subjektif dan kita perlu tahu mencari jawapan yang tepat bagi semua jawapan yang diberikan oleh Google.

Sambung berkenaan favicon, aku akan Google dulu tentang favicon dan ini dia jawapan Google selepas aku cari "use favicon on blogger". Aku pilih untuk buka laman http://www.bloggingtips.com/2009/04/27/add-a-custom-favicon-to-your-blogger-blog/. Kamu boleh terus baca di laman tersebut ataupun baca dari perkongsian aku ini.

Oh, terlupa aku nak cakap. Favicon itu adalah icon kecil (selalunya logo) yang akan keluar di sebelah kiri alamat sesebuah laman sesawang dalam pelayar sesawang (web browser) kamu.



Favicon yang telah diubah


Sekiranya kamu tidak menukar favicon, ia akan secara azalinya menggunakan favicon Blogger iaitu seperti ini


Untuk apa favicon yang diubah?
Hanyalah sekadar untuk menampakkan kelainan pada blog kita dan menunjukkan logo bagi memudahkan sesiapa yang masuk ke dalam blog.

Bagaimana?
Terlebih dahulu, buat favicon anda sendiri yang bersaiz 16x16 pixels dan menggunakan format .ico. Boleh juga sekiranya dalam format GIF atau PNG. Kamu boleh menggunakan servis di laman berikut untuk merubah gambar grafik logo anda kepada favicon.



Setelah itu, hanya gunakan Picasa Web Albums anda untuk memuat naik favicon anda tersebut. Harap maklum, semua pengguna Blogger mempunyai Picasa album mereka tersendiri secara automatik.

Gunakan url favicon yang telah kamu muatnaik ke Picasa tersebut. Kemudian, buka html didalam Design Layout Blogger kamu. Cari tag dan pastekan kod ini sebelum tag tersebut.

link href='http://www.blogger.com/favicon.ico' rel='icon' type='image/vnd.microsoft.icon'/ 

Gantikan 'http://link_kepada_favicon_kamu.ico' dengan url sebenar favicon yang telah kamu muatnaik ke Picasa. Save template dan berjaya!!

Sekian Terima Kasih.

Wallahu'alam.

Sunday, October 03, 2010

Ubuntu Datang Lagi! Kali Ini Versi 10.10 Maverick Meerkat

بسم الله الرحمن الرحيم




Desktop Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat Beta


Ubuntu datang lagi! Teringat pada iklan Tora Datang Lagi! zaman aku sekolah rendah dulu. Begitu pantas masa berlalu. Seperti baru sahaja versi yang lalu 10.04 LTS dilancarkan, beberapa hari lagi akan keluar pula versi 10.10 Maverick Meerkat. Sememangnya Ubuntu adalah sistem pengoperasi yang sangat pantas kadar pembangunannya iaitu setiap enam bulan sekali akan dilancarkan versi baru yang lebih padat dengan pembaharuan.





Iklan Tora zaman 90-an



Okeh. Mari cerita tentang Maverick Meerkat yang bakal dilancarkan tujuh hari lagi. Versi Release Candidate (RC) sudah pun dikeluarkan bagi tujuan penilaian oleh pengguna-pengguna dan para penyokong Ubuntu walaubagaimanapun aku enggan memuat turun versi RC tersebut kerana aku lebih rela menunggu ianya dilancarkan sepenuhnya dengan rasmi 7 hari lagi!


Apa yang diperbaharui?


Mari kita sama-sama lihat pembaharuan yang telah dibuat oleh pasukan pembangun Ubuntu bagi versi terbaru dan teristimewa, 10.10 Maverick Meerkat.

1. Font Ubuntu - secara rasminya, font Ubuntu!
2. Gnome Desktop versi 2.32 - terkini!
3.Evolution versi 2.30 - lebih ringan dan pantas!
4. Shotwell menggantikan F-Spot sebagai photo manager.
5. Gwibber telah dikemaskini!
6. Sound Indicator telah diperbaharui dengan kawalan pemain muzik!

Dan banyak lagi perubahan dan kemajuan lain yang boleh anda semua lihat di laman sesawang Ubuntu sendiri di www.ubuntu.com

Wallahu'alam.

Thursday, November 12, 2009

Jom Karmic Koala!

بسم الله الرحمن الرحيم





Ehem, Assalamualaikum buat pembaca & bloggers sekelian. Memandangkan hari ini sudah menjelang hari lahir kakak aku yang dikasihi, aku doakan beliau dikurniakan kesihatan, sentiasa diberkati dan dirahmati, murah rezeki dan digolongkan dalam golongan insan-insan yang beriman insyaAllah. Terpandangkan juga kepala yang sudah bagaikan gunung berapi menanti waktu untuk meledakkan cecair merah menyala (penat study la kononnya), aku buat keputusan untuk berehat sebentar dan mengajak rakan-rakan, kaum muslimin dan muslimat sekelian. Jom kita ramai-ramai muat turun Ubuntu versi terbaru iaitu 9.10 dengan kod nama Karmic Koala. Wah! boleh bela koala la kali ni. Aku berani jamin yang anda-anda semua pasti akan terpesona dengan kemajuan pesat Ubuntu terbaru ni. Jom jom jom klik sini untuk download -->>> http://www.ubuntu.com/getubuntu/download . Lupa nak sebut, gambar koala tersebut ihsan dari http://ubuntulife.wordpress.com/

Wednesday, November 11, 2009

Ubuntu 9.10 - Karmic Koala 64-bit Flash Player

بسم الله الرحمن الرحيم





Masalah utama dalam menggunakan sistem pengoperasi 64-bit adalah 'flash player' untuk 64-bit yang masih belum sempurna. Adobe masih lagi bertungkus-lumus untuk memastikan pengeluaran 'flash player' mereka bagi sistem berasaskan 64-bit. Sekiranya anda adalah pengguna LINUX 64-bit seperti saya, apa yang anda boleh lakukan ialah :

1. Buang semua 'flash player' anda terlebih dahulu. Sekiranya anda pengguna Ubuntu atau Debian, guna arahan ini di dalam terminal.

$ sudo apt-get remove flashplugin-nonfree flashplayer-mozilla flashplugin-installer
$ sudo apt-get purge flashplugin-installer

2. Muat turun plugin 64-bit dari laman web Adobe di sini

3. Extract dan salin libflashplayer.so ke dalam /usr/lib/mozilla/plugins

$ sudo cp libflashplayer.so /usr/lib/mozilla/plugins

4. Reboot dan mula melayari laman web yang mempunyai flash seperti youtube dan lain-lain.

Sekian.

Karmic Koala - Anjakan Paradigma!

بسم الله الرحمن الرحيم


Perubahan yang agak ketara dapat dilihat berbanding keluaran versi sebelumnya. Malah, fungsi-fungsi dan rekabentuk telah dimajukan dengan lebih sistematik.



Antara kemajuan yang dicapai ialah :
  • Faster Boot
  • Improved Sound Control
  • Simpler Add/Remove Programs
  • “Ubuntu One provides an enhanced desktop experience, simplifies backup, synchronisation, and sharing of files with an expanded set of features including Tomboy Notes and contacts synchronisation”
  • Upload easily to your favourite social network or photo-sharing sites inlcuding: Flickr, Facebook, Picassa and many others.
  • Ubuntu One – Gives you 2GB of free online storage and you can share those files with friends etc. Really cool!

Lihat sini untuk lebih paparan-skrin http://www.seoexpertconsultants.com/index.php?linux&release=Ubuntu%209.10

Saturday, September 05, 2009

Jatuh Cinta Padamu Mira

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t, malam tadi sedang aku melayari internet sambil mencari-cari artikel menarik untuk dibaca secara tak langsung terjumpa si dia yang bernama Mira sekaligus aku jatuh cinta pandang pertama. Lantaran kecantikkan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T buat Mira, mengakibatkan aku tidak dapat menahan segala godaan biarpun di bulan Ramadhan yang mulia ini. Lantas, aku yang sudah gila bayang ini tanpa membuat apa-apa perkiraan terus memuat turun Mira V2 hasil sentuhan sen7. Warna ton gelap dan juga hiasan bagai ukiran yang begitu artistik membuatkan Mira lebih segak dan padan untuk digayakan dengan Linux pilihan anda agar tampak garang sentiasa. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita menikmati keindahan yang sebegini.

Tema GTK2.x ini juga didatangkan dengan tema Conky-Mira, monitor sistem yang ringan tapi lebih gah berbanding monitor sistem yang lain. Disebabkan oleh tema-tema serta kebolehan Linux yang bebas lagi merdeka ini jugalah aku menggunakan Ubuntu sebagai sistem operasi utama seharian. Tanpa melengahkan masa, aku sajikan buat tatapan korang semua paparan skrin yang baru sahaja aku rakamkan. Silakan Mira....