بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT. Ehem ehem. Walaupun aku ada kerja yang perlu disiapkan, namun memandangkan kepala agak sudah tersangkut dengan coding autopilot yang sedang dibangunkan aku pun nak bercerita kat sini tentang pemain muzik yang selalu aku gunakan dalam Linux.
Sebelum ini aku sangat suka menggunakan amaroK, pemain muzik utama dalam desktop KDE. Aku juga sering menggunakan Rhythmbox, pemain muzik dalam desktop Gnome. Tetapi jiwa aku yang asyik memberontak dengan perkara dan teknologi yang baru membuatkan aku tak pernah puas. Jadi aku pun merayau-rayau dengan menaiki Google untuk mencari apakah pemain muzik yang paling canggih dalam Linux. Hasilnya?
Aku telah terpikat dengan Sonata dan juga ncmpc++ atau ncmpcpp. Kedua-dua pemain muzik ini memerlukan MPD (Music Player Daemon) untuk memainkan lagu. Pendek kata, Sonata dan ncmpc++ cumalah body kereta dan MPD tersebut adalah enjinnya. Pada mulanya, newbie Linux macam aku ni memang mengambil masa yang agak lama untuk menggunakan Sonata dan ncmpc++ kerana agaklah susah nak install MPD dengan sempurna.
Akhirnya aku berjaya juga menggunakan MPD sebagai music daemon aku dan kini aku melayan lagu-lagu kegemaran aku menggunakan ncmp++. Lebih mudah, ringkas dan ringan. Mungkin ada orang cakap aku semakin mundur. Orang dah menuju ke hadapan dengan grafik yang cantik-cantik tapi aku lebih gemar guna command prompt. Aku sekadar tergelak. Okeh. Semoga beroleh manfaat. Wassalam.
No comments:
Post a Comment