Showing posts with label internet. Show all posts
Showing posts with label internet. Show all posts

Friday, September 23, 2011

How To Bypass 4Shared Block By DiGi Broadband

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum WBT. Terlebih dahulu, sejuta kemaafan ingin aku pohonkan sebab dan lama sangat blog ni tak dikemaskini. Agak sibuk dengan kerja-kerja yang lebih penting. Salam Aidilfitri aku ucapkan kepada semua dan semoga Ramadhan yang berlalu memberi sebanyak-banyaknya manfaat buat kita semua insyaAllah.

Kali ini nak bercerita tentang pengguna DiGi broadband yang mengalami kesukaran memuat turun fail dari laman 4shared.com dan ini bukan sahaja dialami oleh pengguna DiGi sahaja malah terdapat broadband lain yang turut terkena tempiasnya hasil dari keputusan SKMM di bawah polisi MSC.

Nak muat turun dari 4Shared?

Ikut langkah-langkah di bawah.

1. Buka command prompt anda dan taip :




2. Kemudian copy paparan IP yang diberi iaitu 74.117.178.83.
3. Buka pelayar web (web browser) dan pastekan alamat IP tersebut ke dalam address bar.


4. Gantikan alamat 4shared dengan IP address tersebut dalam setiap situasi yang diperlukan! Selamat mencuba!!

Saturday, June 25, 2011

Firefox 5? Bukan Firefox 4 Baru Lagi Keluar Ke?

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum W.B.T.

Hari ini, sedang aku menghadap laptop tiba-tiba keluar prompt dialog untuk upgrade Mozilla Firefox 5. Wah! Aku rasa baru lagi Firefox 4 keluar dan aku masih lagi belum memasterkan diri untuk guna Firefox 4. Al-maklum, selama ini aku guna Google Chrome atas sebab ringan, pantas dan kurang memakan RAM. Tapi memandangkan fungsi Chrome agak terhad dimana aku tak boleh nak guna banyak add-ons yang disediakan oleh peminat-peminat Firefox makanya aku pun beralih kepada Firefox 4. Tapi sebelum-sebelum ini memang aku pengguna setia Firefox cuma gatal tangan nak guna Google Chrome.


Aku pun serta-merta klik OK untuk menaiktaraf Mozilla Firefox sedia ada kepada Firefox 5. Tengah-tengah memuat turun installer Firefox 5, aku pun menggoogle kenapalah cepats sangat jadi versi 5? Haaa... kat sini jawapannya -->  http://blogs.ajc.com/news-to-me/2011/06/24/firefox-4-quickly-replaced-by-version-5/ .
Kamu-kamu semua boleh baca kenapa tiba-tiba jadi versi 5. Difahamkan bahawa Mozilla ingin mempercepatkan perkembangan Firefox dan akan menaiktaraf versi pelayar internet itu setiap 3 bulan. Ini disebabkan Google menaiktaraf Chrome mereka setiap 6 bulan.

Fabulous Tabs dari Mozilla untuk Firefox 5!

Sekarang, aku menulis entri ini dengan menggunakan Firefox 5. Setakat ini, alhamdulillah dan aku sukakan fungsi terbaru tab Firefox 5 iaitu App Tab. Nak tahu apa itu App Tab? Mari cuba Firefox 5!


Wallahu'alam...

Tuesday, March 15, 2011

YouTube & Facebook Kena Block? Ini Jawapannya...

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum WBT. Kali ini aku nak cerita macam mana caranya kita nak melepasi firewall yang telah menyekat kita dari melayari laman-laman web yang tertentu seperti Facebook dan juga YouTube. Jangan sekali-kali lakukan ini ketika waktu anda bekerja. Ingat! Waktu bekerja itu adalah amanah. Kalau waktu rehat makan tengah hari tak apa kot.


Okeh, caranya agak banyak tapi aku ringkaskan dengan memilih cara yang paling mudah. Caranya ialah dengan menggunakan aplikasi yang mampu menyerabutkan lalu-lintas internet anda semua sekaligus membuat firewall tersebut pening dan melepaskan laluan anda. Pernah dengan tentang VPN? Kalau tak pernah, klik kat sini. Aplikasi yang akan aku kongsikan ini adalah aplikasi VPN yang dapat merahsiakan identiti penggunanya.

Jika anda menggunakan Windows :



Jika anda menggunakan Linux :



Cara penggunaan aplikasi untuk Windows adalah sangat mudah. Manakala untuk Linux, anda boleh lihat panduannya di sini :



Semoga berjaya!

Friday, October 29, 2010

CRAZY SALES atau Jualan Gila di Cytron! Hari Ini Sahaja!

بسم الله الرحمن الرحيم


Bersempena dengan hari ulangtahun yang ke-6, Cytron Technologies mengadakan jualan gila di mana semua produk akan mendapat diskaun sebanyak 50%! Namun begitu, peluang baik ini hanya terhad sehingga jam 12 tengah malam ini sahaja. Kepada semua rakan-rakan dan pembaca yang perlukan barangan elektonik dan robotik, lawati Cytron dengan kadar segera.




Thursday, October 28, 2010

Who Says Your WiFi is Secure? Firesheep Said No.

بسم الله الرحمن الرحيم


Ohh, tajuknya berbahasa Inggeris namun perinciannya akan aku karangkan dalam bahasa ibunda kita, bahasa Malaysia. Lagipun bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan walaupun cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tajuk kali ini agak hangat iaitu berkenaan dengan keselamatan informasi anda ketika melayari internet dengan menggunakan talian tanpa wayar.

Dari pengamatan selama aku berkecimpung dalam dunia digital sejak tahun 1998, kebanyakkan kita tidak tahu menahu tentang keselamatan dalaman talian tanpa wayar atau lebih dikenali sebagai WiFi. Kita merasakan bahawa talian itu sudah cukup selamat kerana perlu memasukkan kata kunci untuk menyambung ke jaringan. Tetapi hakikatnya anda salah kerana sesiapa jua boleh mengakses maklumat kita yang tidak diencrypt di internet.

Sebagai contoh terbaik, ketika anda memasukkan id pengguna dan juga kata laluan di Facebook, maklumat tersebut diencrypt oleh Facebook, walaubagaimanapun sesi anda selepas anda berjaya mengakses akaun anda tidaklah diencrypt. Ini telah dibuktikan oleh seorang pembangun aplikasi web yang telah mereka sebuah aplikasi tambahan Firefox yang dipanggil Firesheep, mampu merembat segala maklumat yang terkandung di talian tanpa wayar hanya dengan beberapa klik sahaja!



Bayangkan, semua maklumat anda diketahui oleh pihak ketiga yang tidak anda ketahui siapakah gerangannya. Sekiranya anda masuk ke laman sosial Facebook, dia pun masuk sekali. Sekiranya anda masuk ke Maybank2u pula, dia pun turut ikut masuk sekali. Sudahnya? Anda fikir-fikirkanlah sebelum menggunakan talian tanpa wayar. Pastikan keselamatan maklumat anda terjamin.

*encryption - proses merahsiakan sesuatu maklumat dengan algoritma tertentu.

Wallahu'alam.