بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum W.B.T.
Hari ini, sedang aku menghadap laptop tiba-tiba keluar prompt dialog untuk upgrade Mozilla Firefox 5. Wah! Aku rasa baru lagi Firefox 4 keluar dan aku masih lagi belum memasterkan diri untuk guna Firefox 4. Al-maklum, selama ini aku guna Google Chrome atas sebab ringan, pantas dan kurang memakan RAM. Tapi memandangkan fungsi Chrome agak terhad dimana aku tak boleh nak guna banyak add-ons yang disediakan oleh peminat-peminat Firefox makanya aku pun beralih kepada Firefox 4. Tapi sebelum-sebelum ini memang aku pengguna setia Firefox cuma gatal tangan nak guna Google Chrome.
Aku pun serta-merta klik OK untuk menaiktaraf Mozilla Firefox sedia ada kepada Firefox 5. Tengah-tengah memuat turun installer Firefox 5, aku pun menggoogle kenapalah cepats sangat jadi versi 5? Haaa... kat sini jawapannya --> http://blogs.ajc.com/news-to-me/2011/06/24/firefox-4-quickly-replaced-by-version-5/ .
Kamu-kamu semua boleh baca kenapa tiba-tiba jadi versi 5. Difahamkan bahawa Mozilla ingin mempercepatkan perkembangan Firefox dan akan menaiktaraf versi pelayar internet itu setiap 3 bulan. Ini disebabkan Google menaiktaraf Chrome mereka setiap 6 bulan.
![]() |
Fabulous Tabs dari Mozilla untuk Firefox 5! |
Sekarang, aku menulis entri ini dengan menggunakan Firefox 5. Setakat ini, alhamdulillah dan aku sukakan fungsi terbaru tab Firefox 5 iaitu App Tab. Nak tahu apa itu App Tab? Mari cuba Firefox 5!
Wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment