Showing posts with label maverick meerkat. Show all posts
Showing posts with label maverick meerkat. Show all posts

Wednesday, October 27, 2010

Anisoptera MAV

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum WBT. Sekian lama aku menunggu untuk bercerita mengenai projek akhir tahun Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang baru sahaja aku bentangkan minggu lalu. Baru sekarang dapat aku isikan peluang ini dengan projek yang bertajuk The Development of Anisoptera MAV. Projek ini asalnya aku cadangkan ketika aku membuat projek diploma kira-kira empat tahun yang sudah namun ditolak atas sebab keselamatan.

Anisoptera yang dipetik dari nama saintifik pepatung atau nama orang putihnya dragonfly melambangkan jentera kecil yang mampu terbang dengan bebas. MAV pula adalah singkatan bagi Micro Air Vehicle. Info lebih lanjut mengenai MAV di sini. Lebih kurang sedikit dan sebanyak itulah projek yang akan aku bangunkan.


Notre Dame MAV ; Rekabentuk Anisoptera MAV lebih kurang begini. Rekabentuk sebenar adalah dirahsiakan.


Dengan usahasama syarikat jentera udara tanpa pemandu tempatan (nama dirahsiakan atas sebab keselamatan) aku bangunkan projek ini dengan kos lebih kurang RM30,000 dan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat tersebut. Alhamdulillah dan jutaan terima kasih buat syarikat yang sudi menerima aku dengan seadanya.

Anisoptera MAV adalah sebuah jentera terbang yang mampu terbang dengan sendiri tanpa pemandu dan dilengkapi dengan kamera video. Mempunyai kebolehan untuk naik dan turun secara menegak atau lebih gahnya dipanggil VTOL serta kemampuan untuk terbang secara melintang (horizontal flying). Pendek kata, ianya mempunyai kebolehan seperti campuran kapal terbang dan juga helikopter.

Dengan adanya jentera ini, badan keselamatan negara dan penyelamat boleh maju selangkah ke hadapan sekaligus memudahkan kerja-kerja menyelamat dan pemantauan dilakukan. Semoga aku mampu menjayakan projek ini dalam lingkungan waktu yang ditetapkan insyaAllah.

Thursday, October 14, 2010

Alienware M11x Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum. Okeh. Aku telah pun mula menggunakan Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat setelah meng'install' ke dalam Alienware M11x dua hari lalu melalui Wubi. Setakat ini, aku baru mencuba lebih kurang kerana tidak berkesempatan untuk mencuba dengan lebih lagi.

Masalah pertama yang aku hadapi ialah, pemandu (driver) kad wireless network Alienware M11x iaitu dengan cip Broadcom BCM 43224 tidak di'install' 'out of the box'. Ini kerana Ubuntu tidak dapat memasukkan driver tersebut dikhuatiri akan melanggar hak pengeluaran yang tidak diberi kepada Ubuntu. Maka, perlulah aku dan sesiapa sahaja yang menggunakan kad wireless jenis ini untuk menginstall secara manual dari menu System > Administration > Additional Drivers (Sila guna kabel untuk sambungan internet sementara wireless masih belum boleh diguna).




Antara kumbang-kumbang (bugs) yang aku dapati ialah apabila Ubuntu memaparkan skrin authentication dengan perlunya user memasukkan password, tidaklah boleh dengan hanya menekan kekunci 'Enter' kerana ini akan mengakibatkan tetingkap authentication itu akan statik di situ sahaja melainkan anda klik kanan pada taskbar dan tutup secara paksa (force exit).

Antara lain, aku terjumpa LibreOffice dari The Document Foundation, dahulunya OpenOffice yang telah dibeli oleh ORACLE. Aku tengah lagi memuat turun installer LibreOffice, jadi terpaksalah aku menunggu termasuklah anda semua. Nantikan pandangan guna uji LibreOffice dalam perkongsian yang seterusnya insyaAllah.

Tuesday, October 12, 2010

Akhirnya, Dia Datang! Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat!

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum. Maverick Meerkat telah dilancarkan secara rasminya dua hari lalu namun cuma masa ini sahaja yang terluang untuk aku kongsikan kepada pembaca sekalian. Secara jujurnya, aku masih belum lagi memuat turun Ubuntu 10.10 dan sedang memuat turun sebenarnya. Baru sahaja tiba di rumah dan terus menghantar kakak ke hospital atas kemalangan kecil yang tidak diduga. Memang nampaknya agak menarik versi Ubuntu kali ini, mungkin disebabkan ianya versi 10.10 dan dilancarkan pada 10.10.2010. Baiklah, sampai sini dahulu dan aku akan kemaskini sekaligus berkongsi tentang Ubuntu 10.10 sebaik sahaja aku selesai mencubanya (sudah tentu sekiranya aku mempunyai masa lapang).

Wallahu'alam.