بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT. Ni nak cerita tempat baikpulih
sport rims kereta yang bengkok ataupun dah rosak. Sekian maklum jalan kat tanah air kita ni memang "cantik-cantik" sampai dah jadi kebiasaan pemandu terpaksa mengelak lubang macam main
game lumba kereta. Sebelum raya baru-baru ni aku ada hantar dua biji sport rims kereta aku yang dah bengkok kritikal untuk dibaikpulih sepenuhnya. Nak beli lain tak mampu, makanya terpaksalah
repair sahaja. Aku tak pernah hantar untuk repair
sport rims sebelum ni melainkan hanya tahu yang kedai-kedai tayar boleh tolong hantarkan dengan kadar bayaran lebih kurang RM100-RM120 untuk setiap satu.
Di zaman serba-serbi canggih yang penuh dengan jaringan maya, aku pun
menggoogle tempat yang boleh
repair sport rims kereta. Daripada forum-forum internet,
Wan Sing Sportrims Services adalah tempat yang dicari. Aku tak pernah tengok dan tak pernah tahu macam mana dia orang ni buat untuk pulihkan balik
sport rims yang dah bengkok. Tambahan pula sport rims kereta aku yang dua biji tu memang bengkok amat sampaikan tayar pun rosak. Aku bayangkan dia orang ni mesti ada mesin yang canggih memang khas untuk baiki
sport rims. Sekali masuk terus elok. Macam tu la agaknya kan.
Tapi setibanya aku kat Wan Sing Sportrims Services, sangkaan aku meleset. Tempat dia macam kedai jual tayar buruk. Macam kilang pagar besi pun ada jugak. Hati dah lain macam. Betul ke dia orang ni boleh
repair sport rims kan? Lepas aku parkir kereta depan kedai tu, keluarlah seorang lelaki cina. Edwin namanya. Dia tunjukkan dalam kedai dia sport rims yang dah siap dibaikpulih. Aku tengok salah seorang pekerja sedang khusyuk mengetuk rim yang ligat berputar atas mesin. Lagak pekerja tu memang sangat pakar. Ketuk sambil rim kereta tu tengah pusing. Aku borak-borak dengan dia pasal ketuk rim ni. Sing nama dia. Dah sepuluh tahun kerja, memang pakar habis la jawabnya. Sambil-sambil ketuk, dia panaskan pakai api welding untuk melembutkan rim lepas tu sambung ketuk lagi. Dia orang ni memang bukan pakar kereta tapi pakar besi! Mesin-mesin kelihatan
old school, sekadar memutarkan rim. Tapi kepakaran mereka tak dapat dinafikan.
Ilmu dan bahan yang Allah dah bagi pada kita manusia. Disebutkan lagi dalam surah Al-Hadid.
Surah Al Hadid, Ayat 25
Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Dipendekkan cerita, dia orang pinjamkan aku rim sementara untuk siapkan dua biji sport rims aku. Aku hantar pukul 12 tengah hari boleh siap dalam pukul 5 petang. Aku pesan untuk pasangkan sekali tayar baru yang aku beli. Senang kerja tak perlu dua tiga kali. Dia orang akan betulkan rim siap buat
on wheel balancing. Lepas dah siap semua, bayaran hanya RM60 untuk sebiji sport rim 17 inci (asalnya RM70 tapi diskaun sebab pakai keahlian MyForte Club). Murah kan? Memang sedap pandu kereta dengan sport rims yang sudah disempurnakan kembali. 160km/j pun tak bergegar. Masih terasa amat lancar. Jadi, aku sangatlah menyarankan pada sesiapa yang ada masalah dengan sport rims kereta tu, boleh hantar ke Wan Sing ni. Jangan kata rim bengkok, yang berlubang besar penumbuk pun boleh baiki lagi. Cayalah. Ilmu Allah yang setitik ni Allah bagi, kalau kita kuasai in sya Allah memang jadi pakar.
|
Brother Sing, pakar besi |
|
Bahagian hadapan kilang |
|
Mesin baikpulih |
Ni butiran kedai Wan Sing :
Lokasi :
View Larger Map
Bersebelahan dengan KIA 3S (seberang jalan).