Showing posts with label prof dato' ir dr radin umar. Show all posts
Showing posts with label prof dato' ir dr radin umar. Show all posts

Saturday, February 08, 2014

Radin Umar Radin Sohadi ...memoir

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum WBT. Promo buku yang wajib dimiliki. Petikan dari FB sahabat, Radin Zaid, anak kepada arwah :

Autobiografi arwah ayahanda tercinta. Banyak jasa-jasa beliau hanya saya baru ketahui ketika membaca draf awal memoir ini, iaitu beberapa minggu sebelum pemergian beliau.
Emel terakhir arwah kepada saya berbunyi “Abah sayang abang sekeluarga. Baru habis solat tahjud,taubat,hajat dan witir. Tak pernah tinggal doakan abang sekeluarga sejak 3 tahun yang lalu setiap hari. Semoga berjaya dunia dan akhirat.”

Antara pesan2 terakhir beliau kepada para pelawat "Jangan takut mati, kalau nak masuk syurga kena mati dulu"

Mohon doakan beliau ditempatkan dikalangan muhsinin.


Buku yang sempat arwah usahakan di hari-hari terakhir beliau... Terus terang memang sebak sangat ketika menziarahi beliau. Walaupun beliau dalam keadaan yang sangat sakit, namun ketenangan sentiasa terpamer di wajah...

Semoga pakcik tergolong dikalangan orang-orang mu'min yang dikasihi Allah...

Sunday, October 13, 2013

Perginya Seorang Wira - Al-Fatihah Buat Prof Dato' Ir Dr Radin Umar

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum WBT. Pagi ini aku dikhabarkan dengan pemergian Prof Dato' Ir Dr Radin Umar, mantan Naib Canselor UPM. Bagi sesiapa yang mengenali beliau pastinya mengetahui akan ketegasan dan ketelusan beliau dalam setiap perkara. Pada aku, beliau adalah seorang wira yang telah banyak berjasa pada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Beliau juga yang telah bersusah payah mencari dan menemui aku ketika sesat dan hilang di KL tujuh belas tahun lalu. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman in sya Allah. Aku pohon kepada sesiapa yang terbaca tulisan ini agar meluangkan kesempatan untuk menyumbangkan Al-Fatihah kepada roh beliau. Al-Fatihah...



Innialillahiwainnailaihi roji'un...

Wallahu'alam...