Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Saturday, June 18, 2016

Salam Ramadhan 1437H 2016

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum WBT. Sedar tak sedar dah masuk 14 Ramadhan 1437H dan blog ni aku dah tak update sejak 19 Julai 2015!! Woww!!! Sebulan lagi nak masuk setahun!! Berkarat, berhabuk bagai. Tapi alhamdulillah aku rasa nak kembali menulis di blog Hijrah Huzaifah. Sekadar meluangkan masa dan berkongsi maklumat untuk manfaat bersama. Bak kata pepatah, "sharing is caring" kan?

Memandangkan dah masuk separuh bulan Ramadhan, aku ambil juga kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa dan selamat melipatgandakan ibadah kita semua. Semoga Allah kurniakan kita semua peluang untuk kita pulun habis-habisan.

Sekian, wassalam....

Tuesday, July 24, 2012

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan 1433H. Sebuah Kehidupan.


بسم الله الرحمن الرحيم


Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Mungkin aku yang paling hina dalam kalangan kamu semua... 




- http://zharifalimin.blogspot.com

Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan Dua Zaman

بسم الله الرحمن الرحيم


Ramadan
Satu nasib tak serupa
Peluangnya sama, natijah berbeza


Ramadhan mereka
Gemilang cemerlang, mukmin berjasa
Di awal zaman


Ramadhan kami, malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman


Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergiannmu


Malam mereka meriah disimbah Nur Al-Quran
Tapi malam kami pulang bertemu dengkur


Mereka berlumba mengejar makrifat
Tapi kami, lesu diburu nafsu


Hati mereka,bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa


Takbir mereka, takbir kemenangan
hadiah mujahadah..sebulan Ramadan
Takbir kami, lesu tak bermaya
adakala lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga








Artis: Nazrey (Raihan) & In-Team / The Zikr
Lagu/Lirik: Ramadan Dua Zaman

Monday, August 09, 2010

Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum. Ramadhan Al-Mubarak is just around the corner. So, what are we waiting for? (of course we wait for 1st day of Ramadhan) Get all your gears and be prepared! Lets wear out the holy month with all our amal!!





Monday, September 21, 2009

Jumpa Lagi Ramadhan, Apa Khabar Aidilfitri

بسم الله الرحمن الرحيم




Kesempatan yang terhad, hanya ini yang termampu. Menulis di pagi 2 Syawal sekadar yang termampu. Kesibukkan dalam banyak dimensi kehidupan membataskan Hijrah Huzaifah untuk dikemaskini selalu. Hari ini 2 Syawal, 1430 Hijrah aku berada di Felda Endau, Mersing Johor, kampung halaman ayahanda aku yang sudah semestinya menjadi destinasi bagi menyambut 1 Syawal setiap tahun. Kampung mak dah ramai orang, kampung baba yang tak ramai orang. Maka, disinilah kami sekeluarga.

Kepada semua rakan taulan serta pembaca yang dikasihi sekelian, Salam Aidilfitri aku ucapkan dan aku pohon kemaafan fizikal dan mental sekiranya selama ini ada terguris, terkasar bahasa, terlepas bicara. Maaf sebanak-banyaknya. Terima kasih juga buat insan-insan yang sudi memberi sokongan, membantu, berjasa secara langsung mahupun tidak. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian.

Sempena Syawal yang hadir dan Ramadhan yang berlalu, semoga kita akan lebih maju lagi pada masa akan datang bagi meningkatkan amalan di dunia dan akhirat. InsyaAllah...


Wallahu'alam...

Friday, August 21, 2009

Ahlan Wasahlan Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum w.b.t, saya kira bulan yang penuh kemuliaan ini bulan yang kita tunggu-tunggu selama ini. Ramadhan sering mengingatkan kita tentang 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang sentiasa perlu ditanam dalam ingatan.

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w., antara lain menyatakan perguna lima perkara sebelum datang lima perkara; masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin dan masa hidupmu sebelum mati.

Maka, saya mengajak rakan-rakan muslim sekelian marilah kita pulun habis-habisan beramal dan rebut segala peluang yang ada di bulan yang tersedia dengan rahmat tanpa putus ini, insyaAllah. Sebagai menutup tirai bicara kali ini, saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa ~

Wallahu'alam.