Showing posts with label nukilan. Show all posts
Showing posts with label nukilan. Show all posts

Thursday, October 17, 2013

Dataran Yang Mencengkam II

بسم الله الرحمن الرحيم



Kini bukan lagi lalu yang bagai kubu
Cengkaman bertalu-talu sampai ke situ
Jarum dan pedang berlagu-lagu
Menunggu dikau melangkah satu
Dataran mencebik kuku
Kuku-kuku si hantu-hantu

Kini bisu bukan dalam waktu
Meniti salju berwarna biru
Kering-kontang berlari laju
Dataran melintas lalu
Langkah-langkah tertusuk paku
Paku-paku si hantu-hantu

Kini kau bersujud dalam kalbu
Sujud sujud sujud sampai dahimu sebu
Hanya padaMu Allah yang satu
Dataran yang dulu palsu
Untukmu menangkis sembilu nafsu
Sembilu nafsu si hantu-hantu


Dataran Yang Mencengkam II
Abu Khalifah
00:37 17 Oktober 2013

Wallahu'alam...



Friday, August 16, 2013

Dataran Yang Mencengkam

بسم الله الرحمن الرحيم


Lalu kau mulakan dengan setitik hitam
Langkah perlahan meniti anak-anak tangga usia
Memalit tompok biarpun kau bersujud
Bisikan membentuk cangkuk-cangkuk
Menarik kuat lantas jatuh berdarah kembali

Lalu sudah bertompok-tompok
Masih mencangkuk diparut-parut
Pada Tuhan kau masih bersujud
Hilang tidak jua parut luka dicarik cangkuk
Terlalu indah cangkuk memaut

Lalu menjadi dataran yang mencengkam
Tatkala cangkuk cuba kau lepaskan
Semakin dalam cengkaman tertusuk
Menarik kembali ke lubuk busuk
Sujudmu masih belum sampai ke ufuk

Lalu dataran yang mencengkam kau patahkan
Cangkuk-cangkuk cakaran tajam kau lumpuhkan
Larilah dikau dari dataran yang mencengkam
Sujudkan dahimu ke bumi Tuhan
Padamkan jemu dari kamus hidupmu
In sya Allah, Tuhan ampunkan
Hidup lalumu dalam dataran


Dataran Yang Mencengkam
Abu Khalifah
8 Syawal 1434H
16 Ogos 2013

P/S: sajak ini tiada kaitan dengan orang lain melainkan diri sendiri, tq!