بسم الله الرحمن الرحيم
Lalu kau mulakan dengan setitik hitam
Langkah perlahan meniti anak-anak tangga usia
Memalit tompok biarpun kau bersujud
Bisikan membentuk cangkuk-cangkuk
Menarik kuat lantas jatuh berdarah kembali
Lalu sudah bertompok-tompok
Masih mencangkuk diparut-parut
Pada Tuhan kau masih bersujud
Hilang tidak jua parut luka dicarik cangkuk
Terlalu indah cangkuk memaut
Lalu menjadi dataran yang mencengkam
Tatkala cangkuk cuba kau lepaskan
Semakin dalam cengkaman tertusuk
Menarik kembali ke lubuk busuk
Sujudmu masih belum sampai ke ufuk
Lalu dataran yang mencengkam kau patahkan
Cangkuk-cangkuk cakaran tajam kau lumpuhkan
Larilah dikau dari dataran yang mencengkam
Sujudkan dahimu ke bumi Tuhan
Padamkan jemu dari kamus hidupmu
In sya Allah, Tuhan ampunkan
Hidup lalumu dalam dataran
Dataran Yang Mencengkam
Abu Khalifah
8 Syawal 1434H
16 Ogos 2013
P/S: sajak ini tiada kaitan dengan orang lain melainkan diri sendiri, tq!
kih3, abg zai mencengkam tanah. start puisi je dah mula dengan lalu... hu3. teruskan usaha lagi.
ReplyDeletehehe.. lalu tu refer pada masa lalu.. abg zai je yg faham puisi ni..
ReplyDelete