Sunday, September 15, 2013

Hampir Kemalangan. Alhamdulillah ESP Berfungsi!

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum WBT. Kali ni nak cerita pengalaman dua hari lepas. Dalam perjalanan pulang dari Kajang ke Kuala Kubu Bharu, tika dan waktu melalui Jalan Sungai Tua di kala hujan. Memang detik cemas sungguh bila kat selekoh aku potong sebuah motosikal (dua lorong, bukan satu lorong). Aku kat lorong kanan, motosikal tu kat lorong kiri. Elok-elok tengah potong, tiba-tiba kereta aku semacam tergelincir dan steering kereta terus memutar ke kanan. Aku hilang kawalan. Jantung macam terberhenti sekejap. Tiba-tiba aku nampak satu indicator menyala dan kereta secara sendiri menstabilkan dirinya. Skreet skretttt... (bunyi tayar sudah tentu). Sedar-sedar kereta dah tegak balik dan aku pun terus pandu macam biasa. Alhamdulillah. Syukur setinggi-tinggi ke hadrat ilahi. Ajal belum sampai lagi.


Fungsi ESP

Rupanya, indicator yang menyala kat kokpit kereta tu menandakan ESP tengah mengambilalih pemanduan ataupun dengan erti kata lain sedang menstabilkan kembali kereta yang tergelincir. Nak tahu lebih lanjut tentang ESP boleh baca kat sini. Dengan adanya ESP, in sya Allah ia sangat-sangat membantu sekiranya kereta yang dipandu hilang kawalan.

Wallahu'alam.

2 comments:

  1. dah tau tengah selekoh, nak memotong jugak..lepas tu dalam hujan lak tu..jangan sebab kita, orang lain terlibat sama..

    buat apa pon, yang penting jangan lupa ade keluarga dekat rumah yang setia menunggu kepulangan anda..:)


    dari narnia katenye..:P

    ReplyDelete
  2. makcik narnia, potong kat dua lorong laa.. bukan satu lorong. tu la tak baca betul-betul. Aslan betul la.

    ReplyDelete