Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Thursday, August 28, 2014

Hamas Menang?

بسم الله الرحمن الرحيم




Hamas bukan sahaja menang dari sudut ketenteraan. Kita boleh huraikan dari sudut ketenteraan namun kemenangan yang lebih besar, lebih menarik dan lebih muktamad adalah :

1. Kemenangan politik

2. (Public opinion) Pandangan umum masyarakat antarabangsa.
Seperti peperangan Hijaratus sijjil (2012) Israel tidak ada pilihan melainkan terima semua syarat yg dikemukakan oleh HAMAS. Bezanya kali ini ialah Israel menerima tuntutan HAMAS melalui Fatah as Sisi, yang diharapkan akan memaksa HAMAS untuk tunduk kepada syarat syarat Israel. Namun sebaliknya yang berlaku.

Tanpa sebarang perundingan Israel menerima semua tuntutan HAMAS!

1. Membuka semua 5 laluan masuk ke Gaza dari israel. Setakat ini cuma 2 yg berfungsi (Eretz dan Kareem Shalom), di mana pergerakan keluar masuk dan penyaluran bantuan kecemasan dan kemanusiaan termasuk bahan binaan akan berjalan lancar tanpa sebarang sekatan. Syarat ini juga termasuk transaksi kewangan dari seluruh dunia tanpa kawalan dari US, EU dan Israel.

2. Tentang zon perikanan. Bukan sahaja diperluaskan sehingga 6 batu nautika dan dilanjutkan sehingga 12 batu nautika sebelum akhir tahun 2014, bahkan buffer zone (zon penampan) dihapuskan. Sebelum ini nelayan dibenarkan menangkap ikan sehingga 3 batu nautika dan 1 batu nautika sebagai buffer zone (bermakna nelayan hanya boleh menangkap ikan setakat 2 batu nautika).

3. Tentang pembinaan semula - ini akan dimuktamadkan dalam tempoh sebulan selepas rundingan dgn egypt. Ini termasuk pembinaan semua pelabuhan dan lapangan terbang di Gaza. Di sini Mesir pula yang terpaksa mengakui hak Palestin untuk laluan tanpa sekatan di sempadan Rafah dan kemasukan barang-barang binaan yang akan diselaraskan dalam sebuah konferens antarabangsa yang akan dilaksanakan dalam tempoh sebulan dari tarikh bermulanya gencatan senjata jangka panjang.

4. Kejayaan terbesar ialah israel bersetuju untuk tidak lagi menjejak dan mensasarkan pergerakan pimpinan HAMAS dalam dan di luar Gaza.
Ini adalah kejayaan besar kerana Israel bersetuju di hadapan seluruh dunia utk menerima semua syarat syarat HAMAS terutama syarat tidak lagi menjejaki pimpinan HAMAS.

Israel terpaksa menelan ego nya yg amat pahit apabila tunduk kpd HAMAS yg dicop sebagai pengganas dan berikrar tdk akan berunding dgn HAMAS
Kini mereka bukan sahaja terpaksa berunding bahkan terpaksa menerima syarat syarat HAMAS!

Bagi mereka yg meneliti sejarah ini adalah umpama British unconditional surrender of Singapore to Japan! Penyerahan Singapura oleh British kepada Jepun yang tercatat sebagai episod paling memalukan dalam sejarah empayar British.

Jadi isunya bukan Israel akan mungkir janji. Kemungkinan Israel mungkir janji adalah hampir pasti. Sebab itu HAMAS hanya bersedia untuk rundingan gencatan senjata dan bukan rundingan damai. Ini bermakna hubungan di antara HAMAS dan Israel tetap hubungan peperangan yang dihentikan atas terma-terma yang diterima oleh Israel tanpa syarat. Oleh kerana ia gencatan senjata ia boleh berakhir bila-bila masa terutama sekiranya Israel melanggar ketetapan gencatan senjata tersebut.

Isunya israel telah dimalukan (humiliated before the whole wide world). Ia adalah ibarat kaki buli (big bully) yang diejek dan menjadi bahan tertawa masyarakat antarabangsa (taunted and a subject of jest by everyone.). US yang menjadi pelindung setia hanya memerhatikan sahaja ketua penjahat upahan mereka dimalukan oleh Gaza.

It is unthinkable for a big bully to be jeered by his own victim. And the world gave a standing ovation to gaza.


Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi,
Humanitarian Care Malaysia.

(foto: ezz al zanoon)

Wednesday, April 10, 2013

Tarikh PRU 13 Dah Diumumkan

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum buat pembaca dan buat pengunjung blog berhabuk Hijrah Huzaifah. Tarikh mengundi telah pun diumumkan. Jom mengundi dan pastikan yang terbaik dengan undi kita. Sekadar mengemaskini blog yang dah sekian lama berhabuk.

Wednesday, April 21, 2010

Kuala Kubu Bharu - Medan Peperangan Terbaru

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah macam medan peperangan! Polis di sana-sini. Berek pengawal di merata tempat. Bendera parti di kiri dan kanan jalan. Bila hadir pilihanraya, beginilah. Sampai waktu sudah, semuanya hilang entah kemana. Seolah-olah pilihanraya sahaja tanggungjawabnya. Selesai semua, terabailah jawabnya. Aku nak balik ke rumah pun was-was. Tadi sewaktu tiba di rumah, kedengaran suara Pakcik Anwar Ibrahim mendendangkan ceramahnya. Tak jauh pun. Buka tingkap bilik, memang jelas bait-bait syarahan bagi memancing pengundi-pengundi. Tak kurang juga dengan parti lawan, serupa juga mata kailnya. Tak banyak yang berbeza. Kakak aku pun sekali-sekali berleter sendirian entah mana satu patut menjadi pilihan. Tapi bagi aku, memang jelas nyata dan terang. ISLAM itu perlu jadi pilihan. Lainlah kalau kedua-duanya memang muslim. Suka atau tidak, itu sahaja pilihan yang ada. Biar bukan anak jati tapi masih beragama Islam. Dah jadi bahan caturan politik negara. Berserahlah pada Allah, pilih ikut yang mana lebih kurang kekurangannya kerana dah tak nampak kelebihannya.

Wallahu'alam.

Monday, May 11, 2009

Nizar Menteri Besar Perak Yang Sah

بسم الله الرحمن الرحيم



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk memohon keputusan itu ditangguhkan untuk membolehkan rayuan dibuat kepada Mahkamah Rayuan ditolak oleh hakim.

Hakim juga berkata, jika Sultan Perak mahu Nizar meletakkan jawatan, baginda hendaklah mengarahkan Dun Perak bersidang dan usul undi tidak percaya dikemukakan.

Selepas usul itu lulus barulah Sultan berhak memerintahkannya meletakkan jawatan dan melantik MB baru.

Sumber dari http://www.detikdaily.net/