Sunday, April 19, 2009

PC Untuk Dak Dayah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t.... Akhirnya selesai jua tugas hari ini. Pasang dan menyempurnakan dengan sebaik mungkin sebuah komputer yang pada mulanya cuma bermula dengan sekeping "mainboard" dan "processor (cpu)". Hasil dari pengumpulan semula barang-barang lama yang masih boleh digunakan dan alhamdulillah, sempurnalah sebuah komputer peribadi yang aku dedikasikan buat adik sepupuku yang sedang membuat persiapan ke matrikulasi dalam masa terdekat ini insyaAllah. Terima kasih buat Dato' (Dak Ateh) kerana menyumbangkan "ram" dan juga "power supply", jasamu akan ku kenang dalam doaku dan jaga dirimu di rantau orang (Kano). Singgah di Piramid Giza jangan lupa naik unta, nanti kita boleh borak sama-sama.

Kepada masyarakat yang bukan berasal dari Melaka, perkataan "dak" digunakan apabila merujuk kepada seseorang yang dikenali seperti penggunaan perkataan "si", contohnya "si Abang" tetapi di Melaka menggunakan "dak Abang" (akulah tu). Buat sepupu sepapat sekelian, jangan iri hati kepada dak Dayah sebab komputer peribadi ini memang telah dijanjikan buat beliau (lagipun korang semua dah ada "laptop" kan?). Akhir kata, selamat menggunakan teknologi sebaik mungkin dan gapailah setinggi-tinggi ilmu dengannya.

nota kaki:
"Entry" ini ditaip menggunakan "PC" yang baru sahaja sempurna dipasang dan diselenggarakan.
Foto tidak dapat dimuatnaik memandangkan tiada peralatan "bluetooth" bagi pemindahan foto dari telefon bimbit. Abang Zai balik dulu ya.. Belajar rajin-rajin, jangan guna untuk main "game" sahaja.

Wallahu'alam.

7 comments:

  1. Salam...waaa...bestnya..xpayah beli PC baru..huhu..
    erm..bila baca perkataan 'dak'..teringat zamanku masa budak2 di Melaka..sungguh seronok hidup dlm kalangan masyarakat Kampung Solok Gaung yang cukup ramah dan baik hati..

    apa pun..nostalgia tetap kemas di ingatan..nak hilangkan rindu..tiap2 bulan turun melaka..ahaks..

    anyway, semoga 'dak dayah' berjaya menempuhi kehidupan di matrik. hmm..pengalaman saya di matrik juga 1 mencatatkn kenangan indah dlm diari hidup..huhu..

    aLL The Best..:)

    ReplyDelete
  2. me too using this whole brand re-newed pc.

    cool la bang.

    hoho.

    doakan akak nk exam dlm mse terdekat nih.

    salam~

    ReplyDelete
  3. hoho... patut la dari smalam dok tertunggu-tunggu pc siap yek... rupenye nak pakai.. hehe... alrite semoga berjaye dgn cemerlang hendaknye dlm exam nnt insyaAllah...

    ReplyDelete
  4. salam abg zai, syukran ala ijatihaduka... hehehe dah dapat pc baru semestinya digunakan dengan penuh berhikmah insyaallah...
    asif jiddan, dayah xder kat rumah, sebab malam tu tidur rumah nenek.
    aper pun terima kasih yer abg zai...

    ReplyDelete
  5. Wssalam wbt... 'afwan.. Pc tu pun dari barang-barang yang dah tersadai kat rumah.. tambah je lagi dengan barang-barang yang Ateh bg tu yg bleh jalan balik. X pe no prob mlm tu ade Mak Bah ngan Pak Yem temankan. Cuma pc tu ade prob sikit dengan mainboard, masa/jam dalam pc tu tak boleh nak di save kalau tutup plug (jam dan tarikh akan kembali pada tahun 2003). Apa-apa pun study rajin-rajin, Lillahi ta'ala.

    ReplyDelete
  6. salam..
    pc dak kak sau xder erk
    isyh beznyer dpt pc..
    patut lak dak dayah asik on9 jerk..
    to abg zai n umairah n k.cik maan najah fil imtihan
    to dayah ahlan wasahln to m3x gambang..
    to k.sau slamat balik ke mesia..hu2..
    gsatu caner erk borang mara 2??

    ReplyDelete
  7. Salam...ateh punya laptop x power pun.kau kasi buat satu laptop baru la.hahahah.anyway,trip ke Kano maybe x jadi kot sebab hanya beberapa orang yang terpilih je akan pergi.Apa2 pun sumer x konpem lagi.

    ReplyDelete