بسم الله الرحمن الرحيم
Termenung seketika aku di perpustakaan kampus dan tika itu juga terlintas di sudut benak mengenai projek semester akhir nanti yang semakin menghampiri. Projek yang berkemungkinan menerapkan elemen-elemen AI atau Artificial Intelligent iaitu kepintaran buatan. Apabila timbul perkataan AI, sudah pasti 'robot' akan menjadi kaitan utama kerana robot adalah ciptaan yang pintar yang mampu meniru perbuatan manusia.
Pernah ketika aku mengayuh basikal persoalan ini timbul di fikiran. Manusia mencipta mesin-mesin dan alatan yang AI dan ingin mengejar AI yang sesempurna mungkin. AI yang boleh mempelajari dengan sendirinya seperti manusia sendiri. Namun, sedarkah manusia bahawa sebenarnya kita sendiri adalah ciptaan yang AI. Dicipta oleh Yang Maha Kuasa, Allah s.w.t dan diberi akal, ciptaan yang tidak diberi kepada makhluk lain selain Manusia.
Kerana akal inilah manusia menjadi makhluk yang paling sempurna. Sesungguhnya kita memang tidak akan mampu mengejar ataupun tidak akan menyamai dengan hasil ciptaan Allah s.w.t. . Mata yang mampu melihat, telinga yang mampu mendengar, lidah yang mampu berkata-kata indah. Dari manakah datangnya kemampuan itu?
Bersyukurlah kita kepada Allah S.W.T di atas segala kurniaanNya dan semoga kita saling ingat mengingati sesama kita. Terkadang, aku juga terlupa akan segala nikmatNya dan lalai dengan segala kemudahan yang diberi. Ya Allah, jadikanlah aku dan semua saudaraku sebagai hamba-hambaMu yang bersyukur.
Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setetes air mani yang bercampur. Kami hendak mengujinya dengan beban perintah dan larangan. Karena itu kami jadikan ia mendengar dan melihat. Sesungguhnya kami telah menunjukinya jalan yang lurus: Ada yang bersyukur, namun ada pula yang kafir. (Al-Insan: 2-3)
salam akhi..
ReplyDeleteyup bersetuju 200%..manusia dianugerahkan oleh ALLAH aqal yg unik..tidak mampu diatasi oleh mana2 makhluk..
thats y umat Islam satu masa dahulu pernah mencapai zaman kegemilangan yang diingati sehingga ke hari ini...
Semoga ia bukan setakat nostalgia..tapi satu peransang utk kita meneruskan usaha menegakkan kalimah toiyyibah di muka bumi..:)