Showing posts with label bosan-bosan. Show all posts
Showing posts with label bosan-bosan. Show all posts

Tuesday, November 09, 2010

Percubaan Mengambil JARDNESS.com Tidak Berjaya!

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum WBT. Rasa macam nak tergelak sorang-sorang bila aku fikirkan balik apa yang aku cuba buat dan malangnya tidak berjaya. Mungkin juga bukan malang tetapi untung sebab tak berjaya nak mengenakan seseorang.

Ceritanya macam ni, kelmarin sedang aku melepakkan diri aku kat bilik kakak aku kami berborak mengenai blog seorang rakannya. Kakak aku pun membuka laman blog kawan yang diceritakan itu. Satu penulisan blog itu sangat menarik hati aku.

Bagaimana nak daftar nama DOMAIN baru? Minta tolong!!! Urgent!

Lantaran header blog yang terpampang JARDNESS.com walaupun URL nya adalah http://ignorantbrat.blogspot.com . Apa yang menarik ialah aku geram pemilik blog tersebut meletakkan header JARDNESS.com terlebih dahulu sebelum menggunakan domain yang sepatutnya. Aku geram nak mendaftar domain tersebut terlebih dahulu biar pemilik blog berkenaan terkedu apabila melihat domain yang sangat dikehendakinya telah pun berdaftar. Sekadar niat untuk suka-suka dan bergurau. Tak lebih dari itu. Bukan dengki, bukan berniat jahat. Nakal bolehlah kot.



Header yang membuatkan aku geram nak daftar domain tu!



Aku pun terus mendaftar domain jardness.com secepat mungkin dan telah pun membuat bayaran sebaik sahaja invois dikeluarkan. Seminit dua lepas tu aku pun masuk ke jardness.com dengan tujuan menguji samada domain telah didaftar ataupun belum.
Percubaan Menggunakan Domain Berjaya!

Alamak! Aku yang dah terlambat. Berjaya juga kawan kakak aku mendaftar terlebih dahulu tanpa mengetahui pun yang sekiranya terlambat, domain nya akan terbang ke tangan aku. Aku cek emel dan ini dia :

Dear Huzaifah Jamaludin,

FYI, the domain jardness.com is unavailable to register, please kindly refer below details:

Domain Name: JARDNESS.COM

Registrant:
PrivacyProtect.org
Domain Admin (Email Masking Image@privacyprotect.org)
P.O. Box 97
Note - All Postal Mails Rejected, visit Privacyprotect.org
Moergestel
null,5066 ZH
NL
Tel. +45.36946676

Since you have made the payment of RM35.00, may I know do you wish to change to other domain name? Please kindly advise so that we can proceed further.

Thank you.



Moral cerita ini ialah, tak baik berniat untuk mengenakan orang lain nanti sendiri yang terkena macam aku.


Wallahu'alam.

Monday, April 27, 2009

5 Don'ts When You're Sleeping

بسم الله الرحمن الرحيم





1 - DON'T SLEEP WITH WATCH
Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on your health.



2 - DON'T SLEEP WITH BRA

Scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. So go to bed without it.



3 - DON'T SLEEP WITH PHONE

Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged. Though some of us will use phones as alarm clocks, but please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system. Therefore if you need to put your mo! bile phone near you, switch it off first.



4 - DON'T SLEEP WITH MAKE UP

People who sleep with make up might have skin problems in the long run. Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in perspiring. You will also need a much longer time to go into deep sleep.


Lastly.....


5 - DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE / HUSBAND

You may never wake up again. : )



source : forwarded email

Sunday, April 19, 2009

PC Untuk Dak Dayah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t.... Akhirnya selesai jua tugas hari ini. Pasang dan menyempurnakan dengan sebaik mungkin sebuah komputer yang pada mulanya cuma bermula dengan sekeping "mainboard" dan "processor (cpu)". Hasil dari pengumpulan semula barang-barang lama yang masih boleh digunakan dan alhamdulillah, sempurnalah sebuah komputer peribadi yang aku dedikasikan buat adik sepupuku yang sedang membuat persiapan ke matrikulasi dalam masa terdekat ini insyaAllah. Terima kasih buat Dato' (Dak Ateh) kerana menyumbangkan "ram" dan juga "power supply", jasamu akan ku kenang dalam doaku dan jaga dirimu di rantau orang (Kano). Singgah di Piramid Giza jangan lupa naik unta, nanti kita boleh borak sama-sama.

Kepada masyarakat yang bukan berasal dari Melaka, perkataan "dak" digunakan apabila merujuk kepada seseorang yang dikenali seperti penggunaan perkataan "si", contohnya "si Abang" tetapi di Melaka menggunakan "dak Abang" (akulah tu). Buat sepupu sepapat sekelian, jangan iri hati kepada dak Dayah sebab komputer peribadi ini memang telah dijanjikan buat beliau (lagipun korang semua dah ada "laptop" kan?). Akhir kata, selamat menggunakan teknologi sebaik mungkin dan gapailah setinggi-tinggi ilmu dengannya.

nota kaki:
"Entry" ini ditaip menggunakan "PC" yang baru sahaja sempurna dipasang dan diselenggarakan.
Foto tidak dapat dimuatnaik memandangkan tiada peralatan "bluetooth" bagi pemindahan foto dari telefon bimbit. Abang Zai balik dulu ya.. Belajar rajin-rajin, jangan guna untuk main "game" sahaja.

Wallahu'alam.

Tuesday, December 02, 2008

7 Weird Things About Myself Tag #1 : by SYarNaZymn

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t...

Inilah kali pertama aku dikenakan dengan permainan yang diberi nama 'tag' ini. Bagi aku 'tag' tidak lah wajib diikut dan cuma sekadar suka-suka sahaja asalkan tidak melampaui batas dan melanggar hukum syara'.




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ : ٥:٨٧

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Al-Maidah : 87




Tag yang datang dari SYarNaZymn ini berbunyi begini...

To tag along: You have to list 7 weird things about yourself, post it in your blog, tag at least 7 people (list their names), and comment on their blog to let them know that you just tagged them.

::::::::::::::: Bermulanya 7 Perkara Pelik Tentang Aku :::::::::::::::::::

1. Apabila aku bercakap atau berbual menggunakan telefon bimbit (handphone lah), suara aku tidak kedengaran oleh insan-insan di sekitar biarpun mereka begitu hampir sekali denganku. Kagum dan cemburu dengan teknik menyembunyikan suara tersebut, sahabat-sahabat sering mengajuk-ajuk 'teknik encryption suara' setiap kali aku membuat atau menjawab panggilan telefon.

2. Akulah satu-satunya insan yang berbasikal dari Sentul ke kampus UniKL MIIT dengan jarak 5KM sedangkan rakan-rakan yang lain menunggang motosikal ataupun menaiki tren. Pelik ke?

3.
Berat badan aku tak juga naik-naik walaupun makan dengan banyaknya. Orang kata, kadar metabolisme tinggi. Kalau sekali makan roti canai tu, tiga keping. Nasi lemak pula dua bungkus. Baru siang tadi timbang di Pertama Complex semasa beli buku 'Life is an Open Secret' berat cuma 59kg sahaja.

4. Telefon bimbit aku sudah jarang berbunyi dan ini antara perkara pelik dalam hidup aku sebab selama ini telefon bimbit aku tidak pernah henti-henti berdering. Di kampung pun pakcik-makcik akan mengejek aku yang tidak habis-habis dengan telefon sahaja. Alhamdulillah, satu perubahan positif telah berlaku dalam diri aku dan semoga aku istiqamah di jalan Allah s.w.t.

5. Tiba-tiba sahaja aku menjadi rajin dalam usaha menambahbaik diri sendiri dari segi kerohanian. Pasti sahaja menjadi pelik bagi orang-orang sekitar sebab selama ini aku cumalah insan yang biasa sebiasa orang yang jahil dalam kecerahan. Alhamdulillah aku telah keluar dari kejahilan dan kembali dalam kecerahan yang nyata.

6. Tiba-tiba lagi aku sangat aktif dalam menyertai aktiviti-aktiviti 'outdoor'. Cuti sem ini sahaja aku sudah berkhemah sebanyak tiga kali dan dua daripadanya adalah kem bermotifkan motivasi keislaman. Alhamdulillah lagi kerana hidayah yang dikurniakan olehNya...

7. Yang ini lagi pelik sebab tiba-tiba lagi dan lagi aku rajin pergi kedai buku untuk membeli bahan-bahan bacaan ilmiah. Sebelum ini cuma ke Plaza Low Yat untuk mentelaah barang-barang komputer sahaja dan ke Sunway Pyramid untuk meluncur ais.

::::::::::::::::::::::::::::::

Dan itulah kesekian 7 perkara pelik tentang diri aku... (kot..?)

7 orang bertuah yang nak di tag oleh aku ialah :

Pakcik Mohd. Najib bin Md Punggot
Pakcik Qayyum Dainuri
Pakcik Daus Doublescene
Pakcik Bobo Buttercisco
Makcik Afifah Ramdan
Makcik Nabilah Ab Karim
Makcik Aisyah Ulya