Friday, April 24, 2009

PERMOHONAN TAJAAN JPA DAN MARA BAGI TAJAAN LUAR NEGARA 2009

بسم الله الرحمن الرحيم





PERMOHONAN TAJAAN JPA DAN MARA UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008 DI BAWAH PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA 2009

1. Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 untuk mendapatkan tajaan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti
pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara tahun 2009.


2. Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui
laman web http://www.jpa.gov.my mulai tarikh keputusan SPM 2008
diumumkan secara rasmi.

3. Tarikh tutup permohonan tajaan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2009 adalah
7 hari selepas permohonan dibuka.

4. Maklumat lanjut mengenai program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan
cara memohon boleh diperoleh dengan melayari laman web
http://www.jpa.gov.my mulai tarikh iklan ini disiarkan. Calon hendaklah
membaca dan memahami kesemua maklumat mengenai program/bidang kursus,
syarat-syarat permohonan dan cara memohon sebelum membuat permohonan.

5. Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan
yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 5 hari mulai 23 sehingga
27 Mac 2009. Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk
mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.

6. Calon-calon dikehendaki menyemak maklumat terkini mengenai permohonan
melalui laman web http://www.jpa.gov.my:
a. Keputusan panggilan bagi mengikuti program Pendedahan Kerjaya
Seorang Doktor : 18 Mac 2009
b. Keputusan panggilan temuduga JPA : 25 Mac 2009

7. Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 31
Mac hingga 3 April 2009. Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga
diwajibkan untuk membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan
Keluarga yang telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan.

8. Pelajar-pelajar yang memohon tajaan MARA boleh menyemak maklumat terkini
mengenai permohonan melalui laman web http://www.mara.gov.my :
a. Keputusan panggilan dan maklumat temuduga MARA : 27 Mac 2009

9. Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan
atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853550 atau 03-
88853559. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00
malam mulai tarikh keputusan SPM 2008 diumumkan secara rasmi.

10. Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi
talian 03-88853892 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi
hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2009@jpa.gov.my.

11. Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi
Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111 (sambungan
1133, 1109, 1120, 3623, 3624, 3629, 3620 dan 3619) pada setiap hari bekerja
mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat
webmaster@mara.gov.my.

12. Calon-calon hendaklah sentiasa melayari laman web http://www.jpa.gov.my dan
laman web http://www.mara.gov.my dari semasa ke semasa untuk mengetahui
perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan PILN 2009.


Iklan ini dikeluarkan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
JPA PENERAJU PERKHIDMATAN AWAM

maklumat lanjut : http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=af224a07-6492-47a0-8c36-a221d42968bf&groupId=10131

2 comments: