Tuesday, April 28, 2009

Selesai Fizik Kejuruteraan II

بسم الله الرحمن الرحيم





Alhamdulillah, hari ini selesai sudah kertas Fizik Kejuruteraan II. Memang mencabar kewibawaan calon-calon yang sering mengulangkaji pada saat-saat akhir seperti aku, hoho. Tapi tak mengapa sebab rasanya alhamdulillah juga saat menjawab tadi biarpun bersin tak henti-henti sehingga terbang hingus-mingus. Kifarah lagi agaknya tapi alhamdulillah juga lagi kerana dengan ketidaksihatan ini, moga terampun dosa-dosa yang menggunung tinggi (ya Allah, ampunilah dosa hambaMu yang hina dina ini) .

Esok, kertas yang lebih mencabar. Kertas apa? Sistem Pengoperasi (Operating Systems) yang ditunjuk ajar oleh Sifu Redhat iaitu En. Syaiful Nizam dan mesti mahu dapat terbaik untuk kertas ini. Kenapa? kerana di dalam kuliah subjek inilah melekat nama 'Abang Ubuntu' sampai sekarang. Asalkan nama disebut En.Sifu, pasti ada yang menyampuk dengan panggilan 'Abang Ubuntu!!!!' . Fuh, mencabar sungguh kertas ini.

En. Sifu Razman, akan daku sahut cabaranmu itu untuk mencapai gred cemerlang dalam subjek ini insyaAllah. Kenang daku dalam setiap kali doamu, sifu! Oh, sahabat-sahabat minta tolong doa juga buat Encik Abang Ubuntu sebab insyaAllah apabila kalian mendoakan sahabat-sahabat dan insan lain, itulah doa gred pertama (yang terbaik) . INSYA-ALLAH ~

Wallahu'alam

3 comments:

  1. tumpang tanye boleh?
    fizik kejuruteraan byk belajar pasal ape eh?

    ReplyDelete
  2. alamak, dah 3 tahun... lupa dah belajar apa.. MasyaAllah... maaf ye aimie..

    ReplyDelete
  3. assalmualaikum, sye bkal ambik fizik kjuruteraan mybe bleh briefing ckit...kna strugle x?hehhe

    ReplyDelete