بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum WBT. Nak dijadikan cerita, hari ini kereta aku gagal dihidupkan. Terpaksalah aku memanggil pomen untuk memeriksa kereta aku yang tak seberapa nak sihat tu. Beberapa hari sebelum ini, memang dah bermasalah, drive shaft nya dah longgar ke rosak ke macam tu lah agaknya kot. Aku ada seorang kawan yang mempunyai bengkel kereta dan dia adalah seorang non-muslim, namun begitu memang baik dan acapkali memberi nasihat yang baik-baik untuk aku. Ketika aku rasakan kereta aku yang masalahnya bergegar-gegar dan bergoyang (drive shaft katanya), kawan tersebut memberi aku harga lebih kurang RM400 untuk dibaikpulih.
Dia juga memberikan aku nasihat untuk tidak menukar lagi drive shaft yang katanya masih boleh digunakan. Aku pun terus saja beredar dengan ucapan terima kasih tanpa dikenakan apa-apa bayaran untuk pemeriksaan itu.
Semalam, kerosakan drive shaft berkenaan semakin menjadi-jadi dan sudah sampai ke tahap bahaya nampak gayanya. Memang sangat perlu untuk aku gantikan sebelum aku mula bekerja. Tup tap, kereta pula tak boleh nak hidup. Alamak. Sudah jatuh ditimpa tangga. Memang sudah tercatat di dalam Lauh Mahfuz, kereta aku tak boleh hidup pagi ini. Aku ingat, sekadar starter yang problem sebab sebelum ini, memang begitulah tak mahu hidup tapi boleh juga dihidupkan setelah beberapa ketika. Malangnya memang kali ini langsung tak mahu.
Dan bila ditimpa musibah, bacalah doa ini :
“Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Allaahumma’jurni fii mushiibatii wakhluflii khairan minhaa ”
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan yang lebih baik (dari musibah ini).” (HR Muslim 2/632).
Bukan hanya bila ada kematian semata-mata.
Berkenaan kerosakan kereta, aku pergi ke bengkel berhampiran. Melayu muslim. Dengan segera datang memeriksa kereta aku di rumah.
"Bateri lemah ni bang"
Bateri pulak. Aduhh... Memang dugaan ni.
"Agak-agak semua sekali dengan bateri sekali drive shaft berapa ya?"
Aku tanya nak kepastian sebelum kerja membaikpulih dimulakan.
"Semua dalam RM390 bang. Drive shaft pasang siap RM180. Bateri RM190. Campur dengan minyak gear."
Aik.. kawan tu cakap drive shaft pasang siap dalam RM400. Yang ni RM180 je? Biar betul. Memang lebih afdhal untuk pergi ke bengkel saudara sendiri berbanding kawan. InsyaAllah lepas ni memang aku akan pergi ke bengkel saudara Islam sahaja melainkan andai terdesak.
Wallahu'alam.
sy pulak selalu terkene dgn bengkel saudara seislam ni bang.. tanya overhaul enjin proton 1.3Gli.. rm2600.. lepas tu sy tanya pulak kat kedai kwn sy.. tp kedai cina.. dia kata rm1600 saja... so sy pun overhaul enjin kat kedai cina tu.. bila dah siap.. dia bagi bill.. tgk kat bill.. kos overhaul rm1890 sebab ade masalah dgn sistem brake.. tp dia kata bayar saja rm1600.. dia kata lagi.. kawan kawan maa murah2 saja.. alhamdulillah.. enjin kereta seperti baru keluar kedai.. usya punya usya.. 1 family dia tgh mendalami ajaran agama islam.. doakan lah utk mereka... ah bun nama dia.. sampai skrg masalah kereta sy rujuk pada dia.. harga murah.. servis terbaik..
ReplyDeletemaaf, tapi dia area mana yaa? sy nak repair kereta. shaft problem :'(
Deletearea mana tu? kalo kuantan, boleh aku try usha..
ReplyDeleteFarhan : Bergantung kpd situasi, pilih yg mana lebih afdhal.
ReplyDeletemEe : Nak usha apa tu bro?
Assalamualaikum, jika ingin bengkel services yg berpatutan sila hubungi no tel;016-9368140 (azan) bengkel di rumah (insyaallah sedang cari lokasi bengkel yg sesuai).
ReplyDeleteLokasi beserah (berhampiran satelite). service; tukar enjin halfcut, overhaul, repair gearbox dan performance power untuk TURBO etc. berminat boleh telefon.
ReplyDeletekedai yg dkat jambatan tu ker?
DeleteLokasi bt 5 jln gambang Triple s Auto Garage..sebelah half cut Mojiko...servis baik punya..hrga murah puas hati...servis..tukar engine ..overhaul
ReplyDelete