Tuesday, January 13, 2009

Boikot Bukan Cara Rasulullah?

بسم الله الرحمن الرحيم





Assalamualaikum w.b.t. . Entri kali ini adalah untuk memberikan pandangan atau pendapat bagi menjawab pertanyaan yang dilontarkan kepada saya oleh seorang sahabat seperjuangan. Dan dengan ilmu serta sedikit-sebanyak usaha selidik yang saya lakukan, saya menjawab soalan beliau yang tertera di bawah. Anda dialu-alukan untuk mencambah sebarang pandangan bagi mendapatkan perbincangan yang lebih sihat dan mantap, insyaAllah.

Soalan : "ada orang cakap boikot bukan cara Rasulullah. bahkan dalam peperangan dan juga perang saraf baginda, tidak pernah ada cara boikot. So, orang tu pun x nak boikot..what's ur opinion?
Saya memang xstuju sangat2..ada hujjah tambahan?huhu.."


Jawapan : "Boikot ini pernah dilaksanakan pada zaman Rasulullah terhadap orang Yahudi. Sebagai contoh Telaga Ruumah (Bir Ruumah) yang dimiliki oleh Yahudi, telah diboikot oleh umat Islam di Madinah. Begitu juga dengan pasar-pasar Yahudi yang diboikot di Madinah. Ini kerana berlaku penipuan yang dilakukan terhadap orang Islam,"
Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18679&Itemid=1

Jika kita fikirkan secara logik, selami maksud boikot itu sendiri. Memboikot ISRAEL & AMERIKA bermaksud memulaukan atau tidak membeli barangan buatan mereka atau lebih tepat lagi, tidak menyalurkan sumber ekonomi kepada mereka. Mudah, di sini kita dapat lihat bahawa tidak memboikot bermaksud 'menyokong' kerana kita menyalurkan sumber ekonomi kepada MUSUH ISLAM dan sumber ekonomi ini digunakan pula untuk menghancurkan Islam. Di manakah kita? Pembantu saudara-saudara kita ataupun pembantu musuh-musuh ISLAM untuk menghancur-leburkan Palestin?

Jika ada pihak yang mengatakan boikot bukan cara Rasulullah, ambillah segala-galanya yang dikatakan bukan cara Rasulullah. Rasulullah menunggang kuda sebagai pengangkutan, pedang, panah dan tombak sebagai senjata. Jadi adakah kita mesti melawan ZIONIS dengan menggunakan pedang, panah dan tombak?

Kita mengambil pendekatan yang seiring dengan zaman selagi tidak melanggar syarak. Tiada pengharaman dalam menggunakan senjata api untuk menentang MUSUH ISLAM bahkan DIPERINTAHKAN lagi untuk umat ISLAM berperang sekiranya DIPERANGI dan tiada juga pengharaman BOIKOT. TIDAK MEMBOIKOT boleh menjadi syubhah dan haram kerana ia membantu MUSUH ISLAM.

Sesetengah pihak memperlekeh bahawa BOIKOT tidak akan memberi kesan kepada serangan Zionis terhadap Gaza. Apakah tindakan MEMPERLEKEH boleh menghentikan serangan tersebut dan membebaskan Gaza dari tindakan kejam yang tidak berperikemanusiaan? Jika sekadar 'berhenti dari membeli barangan mereka' pun tidak mampu kita lakukan, apatah lagi menghantar bala tentera Islam untuk menghulurkan tangan bagi yang memerlukan. Pergilah menghadirkan diri sebagai tentera perang mewakili Melayu kita menuntut hak keamanan Islam di Gaza sekiranya boikot bukan cara Rasulullah. Perangilah mereka yang memerangi dan menzalimi saudara kita dan itu cara Rasulullah.

Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barang siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman.’” (HR. Muslim).

"Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir." (Al-Jaathiya: 13)


Wallahu'alam.

5 comments:

  1. Syukran atas penjelasan yang bernas dan kukuh...

    semalam sempat jumpe senior, so, adalah jugak sedikit sebanyak input tambahan yang dapat..

    penamaan calon ari ni..doakan semoga semuanya berjalan lancar..hehe..

    jazakallah..:)

    ReplyDelete
  2. kite mmg patut boikot barangan israel.. itu cara kiter selain dari doa dan menderma.. kalo derma pun x sampai jugak.. caranye dgan mudah adalh memboikot.. kalo kiter terus membeli barangan mereka, bermakna kiter juga turut membunuh saudara kiter.. bar kod yang ader 9556 didepan adalh barangan israel.. perhatikan.. wallahu hak..

    ReplyDelete