بسم الله الرحمن الرحيم
Ohh, tajuknya berbahasa Inggeris namun perinciannya akan aku karangkan dalam bahasa ibunda kita, bahasa Malaysia. Lagipun bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan walaupun cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tajuk kali ini agak hangat iaitu berkenaan dengan keselamatan informasi anda ketika melayari internet dengan menggunakan talian tanpa wayar.
Dari pengamatan selama aku berkecimpung dalam dunia digital sejak tahun 1998, kebanyakkan kita tidak tahu menahu tentang keselamatan dalaman talian tanpa wayar atau lebih dikenali sebagai WiFi. Kita merasakan bahawa talian itu sudah cukup selamat kerana perlu memasukkan kata kunci untuk menyambung ke jaringan. Tetapi hakikatnya anda salah kerana sesiapa jua boleh mengakses maklumat kita yang tidak diencrypt di internet.

Sebagai contoh terbaik, ketika anda memasukkan id pengguna dan juga kata laluan di Facebook, maklumat tersebut diencrypt oleh Facebook, walaubagaimanapun sesi anda selepas anda berjaya mengakses akaun anda tidaklah diencrypt. Ini telah dibuktikan oleh seorang pembangun aplikasi web yang telah mereka sebuah aplikasi tambahan Firefox yang dipanggil Firesheep, mampu merembat segala maklumat yang terkandung di talian tanpa wayar hanya dengan beberapa klik sahaja!
Bayangkan, semua maklumat anda diketahui oleh pihak ketiga yang tidak anda ketahui siapakah gerangannya. Sekiranya anda masuk ke laman sosial Facebook, dia pun masuk sekali. Sekiranya anda masuk ke Maybank2u pula, dia pun turut ikut masuk sekali. Sudahnya? Anda fikir-fikirkanlah sebelum menggunakan talian tanpa wayar. Pastikan keselamatan maklumat anda terjamin.
*encryption - proses merahsiakan sesuatu maklumat dengan algoritma tertentu.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment