Thursday, October 21, 2010

Nikmat Tidur

بسم الله الرحمن الرحيم






Assalamualaikum WBT semua =) . Jika ditatap pada tajuk kali ini dengan sekilas pandang, sudah tentu ramai yang bertanya sendirian "Tidur itu dah sememangnya sangat nikmat!, apa yang nak dikecohkan lagi?". Apa yang hendak aku kongsikan di sini ialah bukan mengenai tidur itu nikmat dengan erti kata "syoknya tidur" tetapi lebih menjurus kepada salah satu nikmat kurniaan Allah SWT kepada kita, hambaNya.

Baru-baru ini aku tersangatlah sibuk dengan jadual yang sangat padat, kerja-kerja yang bertimbun sehinggakan tiada masa langsung untuk diri sendiri dan pada waktu inilah sangat aku rasakan, nikmat tidur itu bagaikan telah ditarik oleh Allah SWT. Memandangkan segala kerja perlu disiapkan secepat mungkin, terutamanya pembentangan projek akhir tahun dan juga projek freelance mengenai Tower of London yang telah diamanahkan kepadaku. Maka, dengan itu juga tidak dapat aku kemaskinikan blogku sehingga ke hari ini.

Cuba kita renungkan setiap perkara dan setiap kejadian yang Allah ciptakan di dunia ini. Setiap perkara itu pastilah diciptakan Allah dengan tujuan samada disebut dalam Al-Quran mahupun hanya diketahui olehNya.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Qasas :
Daripada rahmat-Nya, (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur.
Setelah lebih kurang 2 hari tanpa tidur, aku berasa amat letih dan mengantuk. Dalam kuliah pun bagaikan berada di awangan. Begitulah kita sebagai makhluk yang diciptakan Allah SWT. Tenaga yang terhad perlu dijana semula dengan rehat. Itulah fungsi tidur, sunnatullah bagi menjana tenaga yang telah kehabisan.

Dan makanya, kita tahu apakah fungsi tidur dan mengapakah dijadikan malam dan siang serta lain-lain perkara di dunia ini. Semuanya tidak terjadi secara kebetulan seperti yang diwar-warkan oleh kaum yang tidak mahu mengaku adanya Allah. Tidak mahu mengaku mereka itu hambaNya. Marilah kita menjadi hamba. Apakah fungsi kita sebagai manusia di muka bumi ini?
Kenapakah kita dijadikan oleh Allah SWT?

Allah swt berfirman, “TidakKu jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (Az-Zariyat-Ayat 56).

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment