بسم الله الرحمن الرحيم
Beberapa hari yang lalu aku mendengar tentang Kembara Kasih'10 di radio IKIM FM. Lantas aku merasa terpanggil untuk berkongsi informasi mengenai misi bantuan kemanusiaan ini. Kembara Kasih'10 adalah misi yang akan dilaksanakan oleh sebuah pasukan dari Kolej Tun Dr. Ismail, Universiti Teknologi Malaysia. Misi ini bertujuan menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Islam yang minoriti di Vietnam dan Kemboja. Pasukan tersebut akan berada di sebuah kampung di Kemboja selama sepuluh hari dan bertolak dari tanah air pada 6 Disember ini.
Petikan dari Utusan:
Pengarah program, Muaz Zakaria, 22, berkata, antara bantuan yang disalurkan berupa makanan, perubatan (berkhatan), akikah, kewangan, kelengkapan solat dan pembinaan prasarana seperti perigi dan tandas.
Katanya, masyarakat Islam di Kemboja tergolong dalam kelompok masyarakat yang serba kekurangan dan memerlukan sumbangan daripada pelbagai pihak sama ada dari segi kewangan mahupun perubatan.
Di Vietnam pula, katanya, masyarakat di sana kurang mendapat pendedahan agama dan kebanyakan anak-anak Islam di negara itu tiada pilihan lain selain daripada belajar di sekolah-sekolah yang mengikut sistem pemerintahan komunis.
”Meskipun program ini masih baru, kami bersyukur kerana dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
”Pada tahun ini, kami berhasrat untuk membuat salinan buku solat dan doa untuk diserahkan kepada masyarakat Islam di sana,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Menurut beliau, program tersebut banyak menerima peruntukan kewangan melalui kutipan derma daripada mahasiswa dan pensyarah di universiti berkenaan selain sumbangan daripada individu perseorangan lain.
Katanya, sumbangan daripada mana-mana pihak lain amat dialu-alukan dalam memastikan objektif program berkenaan untuk membantu golongan kurang berkemampuan itu dapat diteruskan pada masa akan datang.
Jelasnya, sumbangan boleh disalurkan melalui akuan bank kembara kasih ‘01, CIMB – 01160 00025 3103 atau menghubungi pengarah program, Muaz Zakaria di talian .
Sumbangan al-Quran wakaf untuk dibawa ke Vietnam dan Kemboja pula boleh disalurkan ke Percetakan Saufi, Syarikat penerbitan al-Quran Mushaf Uthmani di alamat Lot 6213 Batu 9 3/4 Cheras, Jalan Cheras Kajang, Selangor atau hubungi Rahman Mahdan di talian 03-2693049 atau 03-26915184.
Dipetik dari Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment