بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum. Memandangkan aku dah terlalu penat berfikir dan mencari penyelesaian bagi memperbaiki struktur UAV sepanjang hari sampaikan dah naik jammed otak ni, maka aku nak kongsikan cerita yang mungkin bagi kamu orang tak menarik. Tapi bagi aku agak seronok untuk dikongsi sebab pagi tadi, aku dah bunuh dua ekor burung. Ya, BURUNG! DUA EKOR! Macamana?
Macam ini ceritanya. Bermula seawal jam 6 pagi tadi aku terburu-buru ke Melaka dari Equine Park dan sudah semestinya pandu dengan laju iaitu lebih kurang 120KM/J - 140KM/J (bagi aku kira lajulah). Sepatutnya aku bertolak pada jam 5.30 pagi memandangkan aku perlu menghantar dua orang anak dara (adik aku dan sepupu lah) yang nak balik ke asrama petang ini di Serkam, Melaka. Tapi, disebabkan oleh mereka yang lambat bebenau bangun dan mandi agak 'sekejap', aku tiba di rumah Mak Bah (destinasi menghantar dua orang tersebut) lebih kurang 15 minit lagi pukul 8, waktu masuk pejabat.
Kalau aku ikut jalan biasa, memang agak tidak sempatlah memandangkan trafik pagi di Melaka menuju ke bandar agak sibuk. Aku memutuskan untuk mengikut susur keluar melalui Jasin, lebuhraya Plus. Aku pada tika itu memang fikirkan nak tiba ke pejabat secepat mungkin dan sepanjang laluan ke tol Jasin agak lengang dan selesa.
Namun panas tidak sampai ke petang. rupa-rupanya hujan ditengah hari. Tengah laju aku memandu, sekumpulan burung Tiong Gembala Kerbau mendarat di atas jalan betul-betul di hadapan aku dan hasrat dua ekor daripada burung-burung tersebut untuk terbang tidak kesampaian kerana terlebih dahulu dilanggar olehku. Banyak-banyak tempat, tengah jalan juga yang dia nak landing.
Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita aku tersebut dan pandulah dengan cermat, agar jiwa kita semua selamat.
INGATLAH INSAN TERSAYANG WALAUPUN HANYA SEEKOR BURUNG
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment