Monday, March 16, 2009

Ya Allah, Kurniakan Daku Kekuatan

بسم الله الرحمن الرحيم




Di saat ini aku sangat memerlukan kekuatan dalaman iaitu kekuatan rohani. Ternyata, begitu lemah imanku kerana goyah dan murung bertandang ke tapak jiwa yang telah aku pasakkan kekuatan sebelum ini. Telah tampak kabur dan samar-samar pengisian dalam diri yang tidak mampu memberi sokongan kekuatan pasak itu. Aku penuh dan limpahkan perjalanan seharian dengan kerja dan kesibukkan namun ia tetap ingin bersinggah menyerang tembok diri yang semakin luntur dan retak.

“Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan; dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil; dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.”


“Ya Allah, sihatkanlah badanku, sihatkanlah pendengaranku dan sihatkanlah penglihatanku.”


“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari kekafiran dan kefakiran; Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur, tidak ada Tuhan selain Engkau.”

1 comment:

  1. Hidup ini ibarat roda..sekejap kita di atas..sekejap kat bawah..sentiasa perlu bersedia untuk kehidupan yang sukar...

    hmm..kena belajar untuk tidak mengeluh..dan pasrah dengan Qada' dan Qadarnya..

    Semoga Allah Al-Bai'th sentiasa membakar semangat kita untuk meneruskan perjuangan...

    ReplyDelete