بسم الله الرحمن الرحيم
Projek freelance terbaru kali ini ialah mendirikan rekabentuk dan membangunkan pembentangan e-Pembelajaran menggunakan Macromedia Flash 8.0 Pro (sekarang dikenali sebagai Adobe Flash). Harap maaf, gambar tidak boleh dipaparkan dengan jelas kerana ianya adalah Hak Cipta terpelihara empunya projek tersebut (pelanggan).
Ya Allah jika ada rezekiku di langit maka turunkanlah; dan jika ada rezekiku di bumi maka keluarkanlah; jika sukar maka permudahkanlah, dan jika ianya haram maka bersihkanlah, dan jika ia jauh maka perdekatkanlah, dan jika ia dekat maka permudahkanlah; dengan kebesaran dhuhaMu, keagungan, keindahan, kekuatan, dan kekuasaanMu. Berilah padaku sebagaimana Engkau berikan pada hamba-hambaMu yang soleh.
Semoga Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
salam..ape kabar? susah x nak gune adope flash utk buat e-pembelajaran?
ReplyDeleteWassalam wbt dan sejahtera Alhamdulillah. Ermm.. susah atau tidak bergantung pd kerajinan untuk mentelaah atau meng'explore' perkara-perkara baru. Tetapi secara jujur mmg agak sukar jika pertama kali ingin memulakan sesuatu dgn Adobe Flash, perlu bimbingan org yg tahu.
ReplyDeletelazimnya kami bakal-bakal guru ini hanya didedahkan dengan power point sahaja sebagai ABM dalam p&p dan penggunaan adobe flash tidak didedahkan. Sebenarnya adobe flash lebih mampu menarik perhatian pelajar berbanding power point. Tetapi disebabkan kami sendiri tidak terlatih dengan adobe flash, maka p&p yang menarik dengan bantuan ICT tidak mampu dilaksanakan. Jadi tak teringin ke saudara nak wujudkan tutorial penggunaan adobe flash?
ReplyDeleteInsyaAllah saya akan cuba utk memuatnaik tutorial menggunakan Adobe Flash tetapi buat masa terdekat ini saya terlalu sibuk dengan perkara-perkara lain disebabkan itu juga ruangan tutorial dan yang lain-lain tidak sempat sy kemaskini.
ReplyDeleteSegala kesulitan amat dikesali.
Terima kasih.