بسم الله الرحمن الرحيم
Hari ini aku demam lagi. Kifarah dosa lagi agaknya. Semoga Allah S.W.T menghapuskan dosa-dosa aku di dunia ini dengan balasan sakit sebagai ganti balasan di akhirat. Sesungguhnya sudah pasti aku tidak dapat menahan azab di akhirat kelak. Kali ini ingin saya ceritakan tentang penggunaan bahasa dalam Hijrah Huzaifah. Jika anda semua biasa mengunjungi dan mengimbas sedikit sebanyak artikel dan kupasan di blog ini, sudah pasti anda dapat melihat perbezaan penggunaan bahasa di segenap penulisan yang saya tuliskan.
'Saya' dan 'Aku' adalah ganti nama yang sama maksudnya tetapi mempunyai nilai yang tersendiri di dalam penggunaannya. Di Hijrah Huzaifah ini, terdapat hasil tulisan yang menggunakan 'Aku' dan juga terdapat penulisan yang menggunakan 'Saya'. Mengapa bukan 'Aku' sahaja? Dan mengapa tidak 'Saya' sahaja? Tidak selaras? Mungkin itu yang anda rasakan tetapi saya mempunyai alasan yang tersendiri di sebalik penggunaan dua ganti nama tersebut.
Saya menggunakan 'Saya' ketika menulis sesuatu yang formal seperti artikel, tazkirah, lontaran pendapat dan sebagainya. Ianya lebih sesuai kerana lebih sopan kepada pembaca-pembaca yang tidak mengenali diri saya dan secara tidak langsung menjadikan penulisan itu formal. 'Saya' menunjukkan juga karya itu lebih serius dan sesuai untuk dibaca oleh segenap lapisan masyarakat tanpa berbaur apa-apa perasaan yang kurang menyenangkan.
Manakala 'Aku' digunakan ketika meluahkan perasaan yang terbuku, dan juga perjalanan hidup atau jurnal kehidupan diri ini. Lebih mudah dan lebih mendalam nilainya. Seperti contoh, penulisan yang dilabelkan dengan 'hijrahku' lebih banyak menggunakan ganti nama 'Aku' kerana ia memaparkan perjalanan hidup yang dilakarkan sedikit sebanyak ke dalam blog ini. 'Aku' juga digunakan ketika penulisan itu seolah-olah luahan hati kepada diri sendiri dan juga ketika berkata-kata dengan empunya badan yang menulis. Lantaran penggunaan bahasa yang mudah dan kurang formal, menjadikan penulisan itu lebih realistik dan tidak terlalu formal. Ringan dan ringkas untuk dibaca.
Semoga perkongsian ini dapat memberi lebih kefahaman kepada semua pembaca Hijrah Huzaifah. Teruskan menyokong saya di masa hadapan dan InsyaAllah, saya akan terus menulis dengan segala kudrat yang ada. Terima kasih atas sokongan anda sekelian.
Wallahu'alam.

................
No comments:
Post a Comment