بسم الله الرحمن الرحيم
Tersentak dengan gelagat dan telatah peminat bola sepak negara malam tadi membuatkan saya berasa terpanggil untuk mencoret sedikit sebanyak luahan perasaan dan juga kesedihan ditambah lagi dengan kekecewaan di hati. Jika anda ada menonton warta berita malam tadi, pasti anda dapat lihat betapa kemarahan dan kegeraman yang memuncak, diluahkan oleh peminat-peminat bola sepak negara ibarat kematian anak mereka. Persoalannya, apakah yang begitu penting dalam ketaksuban bola sepak sehingga ke tahap menyerang jurulatih pasukan sendiri dan lawan?
Saya pasti berasa sangat bangga sekiranya perasaan sedemikian adalah luahan marah kepada Zionis yang menghentam Palestin baru-baru ini. Sungguh dukacita kerana amarah itu sekadar disebabkan tewas kepada UAE 5-0 dalam permainan bola sepak. Menyerang jurulatih dengan membaling botol minuman pula. Alangkah bagus jika yang diserang itu puak Zionis laknatullah.
Mungkin tidak salah menonton dan meminati bola sepak tetapi pada hemat saya, biarlah berpada-pada kerana ia cumalah satu sukan dan permainan sahaja.
Semoga kita lebih berwaspada dan lebih mengambil berat isu serangan Zionis terhadap Palestin. Biarpun gencatan senjata sudah dibuat, namun ianya cuma setelah ribuan rakyat tidak berdosa terkorban. Genap sepuluh kali serang dan gencatan senjata oleh Zionis, licinlah Palestin agaknya kerana itu sudah terang-terangan taktik dan rancangan Zionis untuk menghapuskan Palestin.
Wallahu'alam
...
Salam ziarah..
ReplyDeletesaya setuju dgn kata2 saudara..
Rakyat Malaysia memang terlalu taksub dgn bola sedangkan tumpuan seharusnya ditumpukan pada saudara seIslam kita di Palestin..
amat menyedihkan..huhu