Friday, January 16, 2009

Persediaan Untuk INTRA

بسم الله الرحمن الرحيم



Selesai sahaja taklimat Latihan Industri di Dewan Bestari, aku bergegas ke perpustakaan lantas menghidupkan komputer riba peribadi ini. Penulisan yang agak hambar baru-baru ini memujuk diriku agar menulis tentang diri yang mungkin sedikit-sebanyak mampu menambah isi buat tinta digital ini. Semester hadapan adalah semester ke-7 dan lebih tepat lagi semester untuk keluar mencari pengalaman dalam dunia industri. Walaupun sebelum ini sudah pun menjalani latihan industri semasa di peringkat diploma dan tidak kurang juga bekerja selama 1 tahun di IRIS, sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkan MyKad, e-Passport, Sistem Touch'N'go untuk bas-bas RapidKL, KTM Komuter dan KL Monorel. Diri ini masih dalam perancangan samada mahu kembali menyertai sahabat-sahabat sekerja di IRIS dengan plan 'belajar sambil bekerja' dan sesudah itu terus bekerja di syarikat tersebut. Dalam pada yang sama, aku masih mempertimbangkan untuk memohon kepada sebuah syarikat di Kuantan kepunyaan ibu kepada seorang sahabat. Syarikat perisian yang lebih menjurus kepada 'Sumber Terbuka' sudah pasti membuka selera. Ketandusan pengalaman dan ilmu-ilmu dari pihak-pihak yang lebih handal dan mahir dalam bidang ini membuatkan aku lebih ingin meningkatkan ilmu di dada seiring dengan tuntutan Islam. Bagaimana harus ku mulakan? Ah... hilang sudah ide-ide menarik untuk dikongsikan. Terlalu menusuk ke sumsum kesejukkan hawa dingin. Mungkin kerana kerus-kerusi yang tiada diduduki. Kosong. Lengang. Hambar. Namun tidak sunyi kerana ditemani bualan-bualan dan siulan-siulan beberapa makhluk yang mungkin berilmu dan terpelajar tetapi tidak mampu menganalisa papan tanda yang tergantung di sana-sini.

"ZON SENYAP / QUIET ZONE"

1 comment:

  1. salam..aduss..puitis sungguh bahasa huzaifah..huhu..anyway, saya dah jumpa 2 daripada member satu group lakium kita, pada hari yang sama plak 2..hari yang mulia..hari Jumaat.

    masa duk tengah sibuk2 penat2 berkempen..tetiba ada orang tegur..huhu..Alhamdulillah..lega skit ...masih perlu menjejaki 2 orang..huhu..

    ReplyDelete