Showing posts with label Gaza. Show all posts
Showing posts with label Gaza. Show all posts

Thursday, August 28, 2014

Hamas Menang?

بسم الله الرحمن الرحيم




Hamas bukan sahaja menang dari sudut ketenteraan. Kita boleh huraikan dari sudut ketenteraan namun kemenangan yang lebih besar, lebih menarik dan lebih muktamad adalah :

1. Kemenangan politik

2. (Public opinion) Pandangan umum masyarakat antarabangsa.
Seperti peperangan Hijaratus sijjil (2012) Israel tidak ada pilihan melainkan terima semua syarat yg dikemukakan oleh HAMAS. Bezanya kali ini ialah Israel menerima tuntutan HAMAS melalui Fatah as Sisi, yang diharapkan akan memaksa HAMAS untuk tunduk kepada syarat syarat Israel. Namun sebaliknya yang berlaku.

Tanpa sebarang perundingan Israel menerima semua tuntutan HAMAS!

1. Membuka semua 5 laluan masuk ke Gaza dari israel. Setakat ini cuma 2 yg berfungsi (Eretz dan Kareem Shalom), di mana pergerakan keluar masuk dan penyaluran bantuan kecemasan dan kemanusiaan termasuk bahan binaan akan berjalan lancar tanpa sebarang sekatan. Syarat ini juga termasuk transaksi kewangan dari seluruh dunia tanpa kawalan dari US, EU dan Israel.

2. Tentang zon perikanan. Bukan sahaja diperluaskan sehingga 6 batu nautika dan dilanjutkan sehingga 12 batu nautika sebelum akhir tahun 2014, bahkan buffer zone (zon penampan) dihapuskan. Sebelum ini nelayan dibenarkan menangkap ikan sehingga 3 batu nautika dan 1 batu nautika sebagai buffer zone (bermakna nelayan hanya boleh menangkap ikan setakat 2 batu nautika).

3. Tentang pembinaan semula - ini akan dimuktamadkan dalam tempoh sebulan selepas rundingan dgn egypt. Ini termasuk pembinaan semua pelabuhan dan lapangan terbang di Gaza. Di sini Mesir pula yang terpaksa mengakui hak Palestin untuk laluan tanpa sekatan di sempadan Rafah dan kemasukan barang-barang binaan yang akan diselaraskan dalam sebuah konferens antarabangsa yang akan dilaksanakan dalam tempoh sebulan dari tarikh bermulanya gencatan senjata jangka panjang.

4. Kejayaan terbesar ialah israel bersetuju untuk tidak lagi menjejak dan mensasarkan pergerakan pimpinan HAMAS dalam dan di luar Gaza.
Ini adalah kejayaan besar kerana Israel bersetuju di hadapan seluruh dunia utk menerima semua syarat syarat HAMAS terutama syarat tidak lagi menjejaki pimpinan HAMAS.

Israel terpaksa menelan ego nya yg amat pahit apabila tunduk kpd HAMAS yg dicop sebagai pengganas dan berikrar tdk akan berunding dgn HAMAS
Kini mereka bukan sahaja terpaksa berunding bahkan terpaksa menerima syarat syarat HAMAS!

Bagi mereka yg meneliti sejarah ini adalah umpama British unconditional surrender of Singapore to Japan! Penyerahan Singapura oleh British kepada Jepun yang tercatat sebagai episod paling memalukan dalam sejarah empayar British.

Jadi isunya bukan Israel akan mungkir janji. Kemungkinan Israel mungkir janji adalah hampir pasti. Sebab itu HAMAS hanya bersedia untuk rundingan gencatan senjata dan bukan rundingan damai. Ini bermakna hubungan di antara HAMAS dan Israel tetap hubungan peperangan yang dihentikan atas terma-terma yang diterima oleh Israel tanpa syarat. Oleh kerana ia gencatan senjata ia boleh berakhir bila-bila masa terutama sekiranya Israel melanggar ketetapan gencatan senjata tersebut.

Isunya israel telah dimalukan (humiliated before the whole wide world). Ia adalah ibarat kaki buli (big bully) yang diejek dan menjadi bahan tertawa masyarakat antarabangsa (taunted and a subject of jest by everyone.). US yang menjadi pelindung setia hanya memerhatikan sahaja ketua penjahat upahan mereka dimalukan oleh Gaza.

It is unthinkable for a big bully to be jeered by his own victim. And the world gave a standing ovation to gaza.


Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi,
Humanitarian Care Malaysia.

(foto: ezz al zanoon)

Thursday, February 05, 2009

Mesir Pengkhianat Islam

بسم الله الرحمن الرحيم



Luluh hati dan berkaca mata ini dengan rintik kesayuan saat saya terpaku mononton Buletin Utama 3 malam lalu. Tergamak dikau menutup jalan bantuan bagi saudara-saudara kami di Palestin sana yang merintih dalam kedhaifan tatkala dihujani limpahan letupan dan tujahan peluru Zionis laknatullah.

Kami di sini begitu berharap segala bantuan makanan dan perubahan dapat tiba di bumi Gaza dan Palestin agar penderitaan saudara-saudara kami dapat diringankan. Namun ini yang engkau lakukan? Luka yang berdarah lagi ditikam-tikam hingga membuak darah merah pekat mengalir.

Pedihnya berlipat ganda berbanding kezaliman Zionis. Pedih dan sungguh perit sekali dalam di hulu hati ibarat tertikam duri. Mesir, mengapa kau begini? Bukan sahaja tangan tidak kau hulurkan namun tangan-tangan lain juga kau pintas dan kau tutup pintu-pintu harapan kami.

Palestin: Pemerintah Mesir didakwa pengkhianat
Imran Al-Malizi
Fri | Jan 23, 09 | 4:29:40 pm MYT


SAANA, Yaman: Baru-baru ini sebuah pertubuhan pelajar telah menganjurkan satu majlis penerangan berkenaan isu yang sedang berlaku di Gaza. Dr Omar Abu Ubaid dari Institut Antarabangsa Al-Quds telah dijemput untuk menyampaikan penerangan tersebut.

Latar belakang beliau yang berasal dari Palestin dan pernah bertugas sebagai wakil Hamas di Sudan menjadikan beliau salah seorang pemimpin komuniti Palestin yang selalu dijadikan tempat rujukan dalam isu-isu negara tersebut. Turut sama menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut ialah Ahmed Al-Bashy yang merupakan Ketua Bahagian Kajian dan Penyelidikan, 'Paletinian Return Community' (Wajeb) yang berpusat di Damsyik, Syria.

Dalam majlis itu, Dr Omar menjelaskan latar belakang peristiwa yang sedang berlaku di wilayah Gaza ketika ini. Enam bulan lalu, satu usaha gencatan senjata telah dilakukan dengan harapan tiada berlaku serangan di antara dua pihak. Antara syarat yang dipersetujui oleh pihak Hamas dalam genjata senjata ini ialah perjanjian ini akan berterusan dalam tempoh enam bulan, supaya musuh berundur ke Tebing Barat dalam tempoh tersebut, dibuka seluruh laluan di sempadan Gaza dan supaya pihak musuh Zionis menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin.

Dalam perjanjian ini, kerajaan Mesir telah menjadi perantara di mana Hamas telah menandatangani perjanjian dengan mereka dan satu perjanjian berasingan pula dibuat antara mereka dan pihak penjajah Israel. Akan tetapi pihak musuh tidak berpegang dengan perjanjian gencatan senjata ini. Mereka tidak membuka pintu-pintu sempadan melainkan sebahagian kecil. Hanya 5 peratus keperluan penduduk yang dibenarkan untuk dibawa masuk. Pihak Mesir pula tidak membuka sempadan Rafah.

Pihak Israel pula tidak menghentikan permusuhan mereka. Maka para pejuang di Gaza dari segenap lapisan yang telah berdiam diri selama ini dapat melihat dengan jelas bahawa gencatan senjata ini tidak mencapai apa-apa maksud. Lalu mereka bersepakat untuk tidak memperbaharui tempohnya..

Dr Omar kemudian menegaskan dengan berterus terang bahawa pihak Mesir yang beriya-iya menuntut Hamas menerima perlanjutan tempoh kekuasaan Mahmoud Abbas dalam pemerintahan Palestin yang sepatutnya berakhir pada 8 Januari lalu.

Namun pihak Hamas tidak mahu menerimanya dan tidak akan mengiktiraf jawatan beliau selepas tarikh tersebut. Hamas juga masih mengekalkan pendiriannya untuk tidak mengiktiraf negara Israel. Tindakan ini telah menaikkan kemarahan pemerintah Mesir.

Israel melalui wakil keselamatannya yang berkunjung ke Mesir dikatakan telah mengarahkan agar pergerakan Hamas 'dipancung kepalanya'. Menteri Luar Israel pula dalam pertemuannya dengan Presiden Mesir, Hosni Mubarak beberapa hari lalu dilaporkan telah berkata: "Kami tidak akan membiarkan Hamas mencapai kemenangan dalam peperangan ini!"

Dr Omar juga mendedahkan tiga matlamat penjajah Israel dalam peperangan ini yang dilaksanakan secara berperingkat. Yang utama ialah untuk menghapuskan Hamas dari pemerintahannya sebagaimana yang disepakati Israel dengan beberapa pemimpin negara-negara Arab dan ini disarankan sendiri oleh Amerika Syarikat. Pihak musuh sangat menyedari mereka tidak mampu untuk melakukannya.

Sekiranya tidak dapat mencapai matlamat tersebut maka mereka perlu meletakkan sasaran yang lain iaitu melakukan serangan udara kepada penduduk awam di Gaza.
Lalu mereka melaksanakan peringkat kedua iaitu serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh tentera Israel di selatan negara itu.

Serangan dilakukan selama seminggu dan mereka dapat menjangkakan bahawa kekuatan Hamas tidak dapat dipatahkan. Akhirnya untuk peringkat ketiga, sekiranya mereka masih gagal, satu ketetapan telah dibuat oleh Majlis Menteri-menteri Israel, Majlis Keselamatan, Menteri Luar dan Menteri Pertahanan mereka untuk melancarkan serangan habis-habisan terhadap Gaza dan semua penduduknya mesti dibunuh.

Ini kerana menyedari mereka akan gagal sehinggalah serangan darat yang dilakukan baru-baru ini. Dalam tempoh tersebut, mereka dapat melengahkan waktu dan menambahkan tekanan terhadap Hamas.
Kata Dr Omar lagi: "Kita adalah umat yang bersedia untuk menghadapi kematian, manakala orang-orang Yahudi sangat cinta pada kehidupan dunia."

Penduduk Gaza sudah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh pemerintah Mesir. Dr Omar juga pada akhir ucapannya secara menegaskan: �Wahai saudara-saudaraku! Saya bercakap dengan berterus terang, sesungguhnya yang mengepung wilayah Gaza adalah Mesir dan bukannya Israel atau Amerika Syarikat.

"Walaupun Israel menyerang kami dengan peluru berpandu dan jet-jet pejuang, mereka membuka juga laluan sempadan untuk dibawa masuk beberapa bentuk bantuan, bahan makanan dan ubat-ubatan. Manakala Mesir menolak sepenuhnya sebarang bantuan dibawa masuk melalui sempadan (mereka di) Rafah."

Kata beliau lagi, satu perancangan jahat telah dilakukan oleh Israel, Amerika Syarikat, Mesir dan pemerintah Palestin dengan satu tujuan iaitu menghapuskan Hamas untuk membuka jalan kepada Mahmoud Abbas menguasai pemerintahan di Gaza.
Dalam majlis yang sama, Ahmed Al-Bashy turut sama mengulas isu yang sedang bergolak di Gaza. Beliau menyatakan bahawa penentangan rakyat terhadap penjajahan Israel sekarang ini adalah di atas nama Islam.

Maka peperangan yang dilancarkan oleh Israel adalah peperangan terhadap Islam. Kenapa sasaran ditujukan kepada Hamas? Kerana Hamas mewakili umat Islam dalam peperangan menghadapi Yahudi di Palestin yang mana peperangan ini akan berkembang ke seluruh umat Arab dan Islam di dunia ini.

Namun beliau meyakini kemenangan tetap datang dengan melihat umat Islam masih mendokong perjuangan rakyat Palestin.

Daripada penerangan ini, jelaslah bahawa peperangan kini telah mengambil di seluruh dunia Islam. Dalam keadaan kita menyaksikan di hadapan mata kita kezaliman dan kebiadaban bangsa Yahudi itu, namun seolah-olah tiada apa yang dapat dilakukan oleh negara-negara umat Islam.

Sedangkan penduduk Israel sebenarnya tidak melebihi lima juta. Kerana itu terdapat pandangan dari kalangan pemerhati politik yang menyatakan bahawa jika umat Islam ingin memerangi bangsa Yahudi dan melenyapkan negara haram Israel, mereka perlu menghadapi peperangan dengan sekutu-sekutu yang mempertahankan kedudukan musuh.

Mereka adalah para pemimpin negara-negara Arab yang menjadi barua kepada Israel dan Amerika Syarikat. Pada hari ini, pihak yang bertanggungjawab membiarkan sungai darah terus mengalir di Gaza adalah pemerintah Mesir.

Sekiranya mereka membuka pintu sempadan di Rafah, ramai para pejuang akan masuk dari luar sebagaimana para mujahidin pernah memasuki Afghanistan, Bosnia, Chechnya dan rantau lain. Mereka adalah pengkhianat sebenar! Di hadapan Allah kelak mereka tidak akan terlepas!

http://nowforeverkit.blogspot.com

Tuesday, January 13, 2009

Boikot Bukan Cara Rasulullah?

بسم الله الرحمن الرحيم





Assalamualaikum w.b.t. . Entri kali ini adalah untuk memberikan pandangan atau pendapat bagi menjawab pertanyaan yang dilontarkan kepada saya oleh seorang sahabat seperjuangan. Dan dengan ilmu serta sedikit-sebanyak usaha selidik yang saya lakukan, saya menjawab soalan beliau yang tertera di bawah. Anda dialu-alukan untuk mencambah sebarang pandangan bagi mendapatkan perbincangan yang lebih sihat dan mantap, insyaAllah.

Soalan : "ada orang cakap boikot bukan cara Rasulullah. bahkan dalam peperangan dan juga perang saraf baginda, tidak pernah ada cara boikot. So, orang tu pun x nak boikot..what's ur opinion?
Saya memang xstuju sangat2..ada hujjah tambahan?huhu.."


Jawapan : "Boikot ini pernah dilaksanakan pada zaman Rasulullah terhadap orang Yahudi. Sebagai contoh Telaga Ruumah (Bir Ruumah) yang dimiliki oleh Yahudi, telah diboikot oleh umat Islam di Madinah. Begitu juga dengan pasar-pasar Yahudi yang diboikot di Madinah. Ini kerana berlaku penipuan yang dilakukan terhadap orang Islam,"
Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18679&Itemid=1

Jika kita fikirkan secara logik, selami maksud boikot itu sendiri. Memboikot ISRAEL & AMERIKA bermaksud memulaukan atau tidak membeli barangan buatan mereka atau lebih tepat lagi, tidak menyalurkan sumber ekonomi kepada mereka. Mudah, di sini kita dapat lihat bahawa tidak memboikot bermaksud 'menyokong' kerana kita menyalurkan sumber ekonomi kepada MUSUH ISLAM dan sumber ekonomi ini digunakan pula untuk menghancurkan Islam. Di manakah kita? Pembantu saudara-saudara kita ataupun pembantu musuh-musuh ISLAM untuk menghancur-leburkan Palestin?

Jika ada pihak yang mengatakan boikot bukan cara Rasulullah, ambillah segala-galanya yang dikatakan bukan cara Rasulullah. Rasulullah menunggang kuda sebagai pengangkutan, pedang, panah dan tombak sebagai senjata. Jadi adakah kita mesti melawan ZIONIS dengan menggunakan pedang, panah dan tombak?

Kita mengambil pendekatan yang seiring dengan zaman selagi tidak melanggar syarak. Tiada pengharaman dalam menggunakan senjata api untuk menentang MUSUH ISLAM bahkan DIPERINTAHKAN lagi untuk umat ISLAM berperang sekiranya DIPERANGI dan tiada juga pengharaman BOIKOT. TIDAK MEMBOIKOT boleh menjadi syubhah dan haram kerana ia membantu MUSUH ISLAM.

Sesetengah pihak memperlekeh bahawa BOIKOT tidak akan memberi kesan kepada serangan Zionis terhadap Gaza. Apakah tindakan MEMPERLEKEH boleh menghentikan serangan tersebut dan membebaskan Gaza dari tindakan kejam yang tidak berperikemanusiaan? Jika sekadar 'berhenti dari membeli barangan mereka' pun tidak mampu kita lakukan, apatah lagi menghantar bala tentera Islam untuk menghulurkan tangan bagi yang memerlukan. Pergilah menghadirkan diri sebagai tentera perang mewakili Melayu kita menuntut hak keamanan Islam di Gaza sekiranya boikot bukan cara Rasulullah. Perangilah mereka yang memerangi dan menzalimi saudara kita dan itu cara Rasulullah.

Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barang siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman.’” (HR. Muslim).

"Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir." (Al-Jaathiya: 13)


Wallahu'alam.

Monday, January 12, 2009

10 Steps To Support Gaza

بسم الله الرحمن الرحيم




1) Follow up the news about what is happening in Gaza. The number of shuhada', injured people, the volume of destructions etc.
2) Download pictures of the massacre and distribute to your friends via print outs, e-mails, on the mobile.
3) Follow up on the achievements of the Palestinian resistance heroes in Gaza. What victories they achieve every day, how many soldiers they kill, how many tanks they destroy.
4) Call the people of Gaza tell them where you from and share with them your feelings of sympathy and support and your confidence that they will win in this war. You can call this number 009708285xxxx. Replace the x's with any number.
5) Paste pictures of Gaza on your notebooks, in your romm, PC desktops.
6) Participate in as much activities about Gaza as you can. Talks, gathering, seminars.
7) Organize activities on what is happening in Gaza in your neighborhood, in your collage, surau's (e.g: Organize Qiyamullai in grops especially for the people of Gaza) etc.
8) MAKE THIS THE MOST IMPORTANT TOPIC OF YOUR DISCUSSIONS AMONGST YOUR FRIENDS. MAKE IT THE FIRST THING AFTER GREETING THE PEOPLE YOU MEET THAT YOU TELL OR ASK ABOUT.
9) BOYCOTT!!! BOYCOTT!!! BOYCOTT ISRAELI & AMERICAN PRODUCTS.
10) REMEMBER THEM IN YOUR DO'A AND PRAYER.

Source: Al-Aqsa Friends Society UIAM , Humaira's Writing Den

.....