Thursday, January 01, 2009

Kesibukan Yang Melanda

بسم الله الرحمن الرحيم


Sedar tidak sedar hari ini sudah 1 Januari 2009 bersamaan dengan 4 Muharram 1430 Hijrah dan aku masih belum keluar dari kancah kesibukan yang terpaksa kuharungi sejak bermulanya cuti semester yang sudah berpenghujung ini. Masih banyak yang perlu diselesaikan dan lebih tepat lagi perlu cepat diselesaikan. Ide-ide bernas sudah terkumpul di ruangan temporary tempurung otak tetapi belum sempat ku hamparkan ke hamparan digital ini dan oleh itu aku ingin mengambil kesempatan ini memohon kemaafan kepada semua pembaca, sahabat-sahabat blog, dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam penulisan blog ini. Belum berkesempatan untukku menekan papan kekunci XPS ku bagi mengarang himpunan ide-ide penulisan. Design-design baju yang masih belum ku photoshopkan, semak-samun belakang rumah yang masih belum tercantas, laman web pelanggan yang masih belum kusempurnakan, logo UniKLux yang tidak terlakar, tutorial XAMPP buat sahabat dan kerja-kerja yang masih terkumpul menanti untuk dibereskan. Tambahan pula semester yang bakal bermula, melambai-lambai bersama nota-nota dan buku-buku yang baru sahaja aku pinjam dari kakak kesayanganku membuat aku bertambah bimbang. Ya Allah, bantulah hambaMu ini dan permudahkanlah segala urusanku...

3 comments:

  1. salam maal hijrah dan tahun baru..semoga semangat baru dan kejayaan baru akan datang menjelma dalam idup ko..aku doakan semoga berjaya nanti..amin :)..

    yg penting da bayar registration untuk kuliah ke lom??..hehehhe...ok..chayok!!

    ReplyDelete
  2. selamat memulakan semester baru..saya sokong 100%. memang banyak dah ide-ide dlam minda ni yang eager sangat nak kuar. Tapi, kesibukan ke sana ke mari membuatkan saya tak sempat berteleku menekan keyboard. teringat kata-kata seorang sahabat...'hanya orang yang sibuk sahaja yang ada masa'. ayoh, fikirkan bersama. Semoga masa kita sentiasa diisi dengan perkaras2 berharga.

    ReplyDelete
  3. wah.. sibuk lar abg zai sem ni.. jam kredit byk x dr sem2 lepas? design web customer, talented to be bussinessman. gud luck.

    ReplyDelete