Saturday, December 13, 2008

Ummu Huzaifah : Kebetulan atau Ketentuan?

بسم الله الرحمن الرحيم

Percaya atau tidak, dua sahabat bukan sahaja berkongsi nama malah berkongsi tarikh lahir ibu mereka. Aku, Huzaifah bin Jamaludin dan sahabat, Muhammad Huzaifah bin Abd Rashid mempunyai ibu yang sama tarikh lahir iaitu pada 12 Disember. Betapa hebatnya kuasa Allah s.w.t. yang mempertemukan kami dalam persahabatan dan persaudaraan berlandaskan aqidah Islamiyah.


Sengaja aku kongsikan buat sahabat-sahabat yang selalu menziarahi Hijrah Huzaifah ini kerana begitu terasa betapa BESAR dan AGUNGNYA ALLAH s.w.t. Dua Huzaifah sahaja sudah terasa pertalian ini apatah lagi ibu yang sama tarikh lahir. Adakah ibu yang lahir pada 12 Disember lebih cenderung untuk menamai seorang anak itu dengan 'Huzaifah' ?

Sungguh, setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan padaMu ya Rabb. Huzaifah, nama yang kadangkala disangka nama muslimat dikalangan golongan kurang ilmu sirah kenabian ternyata mempunyai aura yang tersendiri dalam kelompok para Huzaifah. Semoga kita terus memperjuangkan agama Allah di muka bumi ini insyaAllah... Persiapkan dirimu dengan ilmu, biar tak melimpah, asalkan istiqamah.

...............

No comments:

Post a Comment